(HIBURAN) ‘DRAMA’ LAGU TERBAIK MINGGU PERTAMA SFMM34!

Spread the love

SHAH ALAM 15 NOVEMBER 2019. Drama Band menjuarai lagu terbaik pada Separuh Akhir pertama Muzik- Muzik 34 di Seri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. NSTP/SADDAM YUSOFF

Petaling Jaya, 18 November 2019 – Minggu pertama Muzik-Muzik 34 Separuh Akhir (SFMM34) telah pun berlangsung Jumaat lepas, di mana lagu ciptaan Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib dan Ammar Habir yang berjudul Drama dinobat sebagai lagu terbaik. Namun, ini tidak bermakna lagu nyanyian kumpulan Drama Band ini sudah layak untuk bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34). 12 buah lagu yang berjaya untuk mara ke AJL34 hanya akan diumumkan di minggu terakhir SFMM34.

Apabila ditanya sekiranya memang mereka sudah menjangkakan bahawa lagu tersebut akan diangkat sebagai lagu terbaik, penyanyi utama kumpulan itu iaitu Aepul Roza berkata, “Sejujurnya memang kami langsung tidak jangka bahawa lagu terbaik untuk minggu pertama akan jatuh kepada kami. Insya Allah, sekiranya ada rezeki, kami berharap lagu Drama ini diberi peluang untuk bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu akan datang. Namun, sekiranya rezeki bukan milik kami, kami tetap akan terima dengan hati yang terbuka dan berasa bangga kerana berjaya memasuki peringkat separuh akhir,”

Selain Drama Band, minggu pertama SFMM34 turut menampilkan persembahan oleh Ara Johari (Paku), Shila Amzah (Tiada Dirimu), Sufian Suhaimi (Mencuba), Khai Bahar (123), Siti Nordiana & Khai Bahar (Satukan Rasa), Wany Hasrita (Terlalu Memuja), Siti Nordiana (Hatiku Milikmu), Ismail Izzani (Bidadari), Usop (Aku Yang Bersalah), dan Luqman Faiz (Kepuraanmu).

Setiap persembahan pada malam tersebut juga diadili oleh panel juri profesional yang terdiri daripada Faizal Uzir (Lok U), Datuk Syafinaz, Edrie Hashim, Aznul Haidi Azmi, Aubrey Suwito, Ajai dan Azmeer sebagai ketua juri. Pentas SFMM34 juga turut dimeriahkan dengan persembahan selingan oleh Ramlah Ram dan Nora yang telah mendendangkan lagu-lagu hit seperti Hanyalah Satu, Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi serta Romancinta.

 

SFMM34 turut disokong oleh rakan radio iaitu Hot FM & Kool FM, serta rakan digital iaitu Ohbulan!, Xtra dan Senang Terhibur. Para peminat yang ingin hadir menyaksikan persembahan penyanyi kegemaran mereka, boleh mendapatkan tiket separuh akhir minggu kedua pada 20 November seawal pukul 3.00 petang di kaunter pengawal Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. Maksimum 2 tiket untuk seorang (tiket adalah terhad).

Kepada para peminat yang ingin mengetahui maklumat lanjut, mereka boleh ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Instagram TV3 iaitu @tv3malaysia & @senangterhibur untuk pelbagai info menarik mengenai SFMM34. Malah, para pengunjung juga boleh saksikan SFMM34 secara strim langsung di saluran www.tonton.com.my. Jangan lupa untuk hashtag #SFMM34 bagi menghangatkan lagi SFMM34 di laman media sosial anda.

Berikut adalah senarai lagu untuk minggu kedua:

  • Persembahan SFMM34 (Minggu kedua, 22 November)
ARTIS LAGU KOMPOSER PENULIS LIRIK
1. DATO’ SRI SITI NURHALIZA Anta Permana Hael Husaini,

Ezra Kong

Hael Husaini,

Ezra Kong

2. AKIM & THE MAJISTRET Rampas Hang Nadim,

Laq

Bunga Cantik
3. ADIRA Pujaan Hati Ikhwan Fatanna,

Ayden Ali

Arisz Ab. Rahman,

Ayden Ali

4. NAIM DANIEL Sumpah Naim Daniel,

Omar K

Naim Daniel
5. ERNIE ZAKRIE Ku Bersuara Syamel,

Omar K,

Blaine Bakri,

John Jeevasingham

Syamel,

Omar K,

Blaine Bakri,

John Jeevasingham

6. HAFIZ SUIP Kisah Cinta Kita Ikhwan Fatanna,

Ayden Ali

Dato’ A. Aida
7. MUNA SHAHIRAH Teguh Setia Ibnu & Gouffran Ibnu & Gouffran
8. FAIZAL TAHIR Ragaman Faizal Tahir,

Mike Chan,

Romeo

Faizal Tahir,

Jaare,

Karim Karam,

Mike Chan

9. SARAH SUHAIRI Pedih Room None Iman Imran
10. TOMOK Bekas Kekasih Mel Ramlan,

Aizat Amdan

Mel Ramlan,

Aizat Amdan

11. HAQIEM RUSLI Lembah Kesepian Haqiem Rusli Haqiem Rusli,

Ibnu & Gouffran

 

 

  • Tamat –
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI UNIT PERHUBUNGAN AWAM

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *