(HIBURAN) ‘DUKUN DOKTOR DANI’ TAMPIL SISI LAIN TAUFIK BATISAH, FASHA SANDHA, SABRI YUNUS

Spread the love

Digital-Poster-DukunDoktorDani__M‘Siapa kata nasib tak boleh diubah?’ Astro Shaw selaku penerbit bersama produksi Balang Rimbun bakal menampilkan sebuah filem terbaru berjudul DUKUN DOKTOR DANI yang akan menemui para penonton di layar perak pada 28 Julai 2016 ini. Satu majlis sidang media dan pratonton diadakan di MM2 Screen Management, e@Curve, Cathay Cineplex Damansara, Petaling Jaya.
Filem ini telah diarahkan oleh pengarah berkaliber, Sabri Yunus dan nukilan skirp juga oleh Sabri Yunus. Kemunculan filem bergenre drama / komedi ini menggabungkan barisan pelakon berbakat besar dan popular seperti Taufik Batisah, Fasha Sandha, Amerul Affendi, Arwah Yus Edoo, Raysha Risroze, Sabri Yunus, Khatijah Tan dan ramai lagi.

Padat dengan lakonan mantap, filem ini turut mengangkat lagu berjudul ‘Harus Begitu’ yang didendangkan oleh Taufik Batisah sebagai lagu tema utama Dukun Doktor Dani.

FAZ_7349 IMG_0081 IMG_1368 IMG_1716 IMG_1879 IMG_1923 IMG_1947 IMG_2117 IMG_2275 IMG_2333 IMG_2405 IMG_2434 IMG_2543 IMG_2700 IMG_2812 IMG_2946 IMG_3136 IMG_8761 IMG_8914 IMG_8948 IMG_9489 IMG_9587 IMG_9786

Naib Presiden dan Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar berkata, “Sebagai penerbit filem, kami sentiasa berusaha untuk membawa pembaharuan dan variasi pada penonton. Kali ini menerusi filem Dukun Doktor Dani, Astro Shaw mengambil langkah berani dengan meletakkan kepercayaan pada nama-nama baru dalam dunia perfileman tempatan. Meskipun mereka yang terlibat dalam filem ini sudah dikenali oleh peminat di luar sana, namun bagi merancakkan lagi industri filem tempatan, kami cuba menonjolkan sisi lain mereka, dan sebagai contoh, Sabri Yunus yang dikenali sebagai pelakon dan pengarah drama, kini beliau telah bergerak setapak kehadapan dengan mempertaruhkan sentuhannya pada filem pertama arahan beliau. Manakala, penyanyi terkenal dari negara Singapura, Taufik Batisah yang selama ini dikenali menerusi lagu-lagu popularnya, tampil buat julung kali di Malaysia dengan menggalas watak utama sebagai Dani. Sementara itu, bagi model dan pemenang Dewi Remaja 2016, Raysha Risroze, beliau telah berjaya menunjukkan bakat lakonannya dalam filem pertama beliau.”

“Malah, ini juga merupakan kali pertama Astro Shaw bekerjasama dengan produksi Balang Rimbun dalam menghasilkan sebuah filem. Ini menunjukkan bahawa Astro Shaw sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam menerbitkan sesebuah filem. Kami berharap kombinasi yang dipersembahkan dalam filem ini, akan diterima dan mendapat sokongan dari peminat dan penonton di luar sana,” ujar beliau mengakhiri perbualan.

Selepas Dukun Doktor Dani, Astro Shaw bakal muncul dengan sebuah filem bergenre aksi supernatural iaitu “Aliff Dalam 7 Dimensi” yang menampilkan Izzue Islam, Juliana Evans dan Alif Satar sebagai teraju utama. Filem ini bakal memulakan tayangan 8 September 2016. Antara filem terbaru yang bakal memulakan sesi penggambaran adalah Tombiruo.

Untuk maklumat lanjut, serta info dan gambar eksklusif di balik tabir filem ini, sila layari www.facebook.com/AstroShaw atau follow @AstroShaw di Twitter dan Instagram rasmi kami.Pengguna laman sosial boleh menggunakan ‘hash tag’ (#DukunDoktorDani).

Berikut adalah Trivia filem ‘Dukun Doktor Dani’ buat pengetahuan semua peminat industri perfileman tempatan:
 Dukun Doktor Dani adalah filem arahan pertama Sabri Yunus.
 Lokasi pengambaran untuk filem ini adalah di Nenasi, Pahang dan sekitar Kuala Lumpur.
 Filem ini adalah filem terakhir lakonan Arwah Yus Edoo.
 Penyanyi terkenal dari negara Singapura, Taufik Batisah kali pertama berlakon untuk filem Malaysia menerusi Dukun Doktor Dani.
 Raysha Risroze yang merupakan adik kepada pelakon terkenal Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose merupakan pemenang Dewi Remaja 2015, dan filem ini juga adalah filem pertama lakonannya.
 Penampilan Fasha Sandha dalam filem ini banyak dengan berbaju kurung.
 Lagu tema bagi filem ini bertajuk Harus Begitu, nyanyian Taufik Batisah.
 Penduduk Nenasi, Pahang memberi sokongan yang penuh sepanjang pengambaran Dukun Doktor Dani. Contoh babak persembahan lagu rakyat.
 Arwah Yus Edoo sangat teruja untuk berlakon di bawah arahan Sabri Yunus dalam filem Dukun Doktor Dani.

Screen Shot 2016-05-26 at 11.00.42 AM Screen Shot 2016-05-26 at 11.01.06 AM Screen Shot 2016-05-26 at 11.02.11 AM Screen Shot 2016-05-26 at 11.02.42 AM Screen Shot 2016-05-26 at 11.05.09 AM Screen Shot 2016-05-26 at 11.07.17 AM Screen Shot 2016-05-26 at 11.09.07 AM Screen Shot 2016-05-26 at 11.09.59 AM Screen Shot 2016-05-26 at 11.10.13 AM Screen Shot 2016-05-26 at 11.11.50 AM Screen Shot 2016-05-26 at 11.12.00 AM Screen Shot 2016-05-26 at 11.12.24 AM Screen Shot 2016-05-26 at 11.14.43 AM Screen Shot 2016-05-26 at 11.14.56 AM Screen Shot 2016-05-26 at 11.15.21 AM Screen Shot 2016-05-26 at 11.15.43 AM Screen Shot 2016-05-26 at 11.16.23 AM Screen Shot 2016-05-26 at 11.16.54 AM Screen Shot 2016-05-26 at 11.17.25 AM Screen Shot 2016-05-26 at 11.18.10 AM Screen Shot 2016-05-26 at 11.19.05 AM Screen Shot 2016-05-26 at 11.20.01 AM Screen Shot 2016-05-26 at 11.20.33 AM Screen Shot 2016-05-26 at 11.24.32 AM Screen Shot 2016-05-26 at 11.25.25 AM Screen Shot 2016-05-26 at 11.26.01 AM Screen Shot 2016-05-26 at 11.26.44 AM Screen Shot 2016-05-26 at 11.27.08 AM Screen Shot 2016-05-26 at 11.27.48 AM Screen Shot 2016-05-26 at 11.27.52 AM Screen Shot 2016-05-26 at 11.27.57 AM Screen Shot 2016-05-26 at 11.28.01 AM

SINOPSIS – DUKUN DOKTOR DANI

Doktor Dani seorang doktor muda. Beliau baru sahaja dapat kerja di sebuah hospital selepas tamat pengajian. Dia sangat teruja apabila mendapat melakukan pembedahan pertamanya. Tapi malangnya pembedahannya gagal dan pesakit meninggal dunia. Dia memutuskan untuk berhenti kerja dan tidak mahu lagi menjadi seorang doktor. Baginya dia “tak mahu jadi pembunuh” dan letak jawatan.

Doktor Dani pulang ke kampung halamnya. Mak Siti, ibunya amat kecewa dengan pilihan Dani kerana dia telah menghabiskan hartanya demi pembelajaran Dani. Sementara itu, pada satu hari Dani ke rumah Dukun Sudin. Dia melihat kerja-kerja Dukun Sudin tak terurus. Dani juga sedar kaedah perdukunan yang digunakan tiada dalam keilmuannya. Kemudian mereka berbincang untuk bekerjasama. Akhirnya, Dani berniaga barang-barang yang boleh digunakan oleh pesakit yang ingin dirawat oleh Dukun Sudin di depan rumah Dukun Sudin. Ajaibnya khidmat perniagaan Dukun Sudin semakin meningkat.

Keadaan mula berubah apabila Dukun Sudin tiba-tiba meninggal dunia. Dani terpaksa mengambil alih kerja Dukun. Mak Cik Siti jatuh sakit. Sebagai doktor, Dani tahu sakit maknya. Dia tidak akan menggunakan cara dukun. Dia membawa maknya ke Kuala Lumpur. Selepas pemeriksaan doktor. Nyatalah mak Dani juga kena sakit yang memerlukan pembedahan. Mak Siti ingin anaknya untuk melakukan pembedahan. Dani berperang denga dilemma ini. Akhirnya dia setuju dan melakukan pembedahan kepada Mak Siti. Berjayakan Dani menyelamatkan maknya?


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *