(HIBURAN) EZLY SYAZWAN – “KAU BUKAN DIA”

Spread the love

“Kau Bukan Dia”, merupakan single pertama daripada Ezly Syazwan Shah Mohd Joeelleyno Bin Mohd Joeelleyno atau lebih mesra sebagai Ezly Syazwan. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang nyanyian sejak kecil lagi. Bakatnya mula diketengahkan apabila menyertai pertandingan Battle of the band (raja band), menjuarai pertandingan menyanyi peringkat sekolah dan pernah menyertai program realiti televisyen TV9 (Pop Krew).

Lagu “Kau Bukan Dia” yang bergenre Balada ini adalah hasil ciptaan beliau sendiri yang mengisarkan tentang rintihan seorang lelaki apabila cintanya disia-siakan oleh kekasihnya. Segala pengorbanan dan cinta yang diberikan tidak dihargai malah ditinggalkan wanita kesayanganya. Lelaki tersebut akhirnya terpaksa meneruskan kehidupan tanpa wanita tersebut disisi.

Beliau yang berusia 20 tahun dan kini sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat diploma jurusan Muzik di UiTM Shah Alam sama sekali tidak merasakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar mengganggu bidang nyanyian yang diceburinya. Malah ia menjadi penyuntik semangat serta ilmu yang dapat membantu beliau untuk berjaya dalam bidang yang diminati.

Single pertama beliau bakal dilancarkan pada bulan Julai ini dan boleh didapati di semua platform muzik. Ezly berharap lagu ini dapat diterima baik oleh pendengar dari semua lapisan masyarakat dan sentiasa menyokong Ezly sebagai penghibur di dalam industri muzik.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *