Filem nie mengisahkan Fathia (Nora Danish) yang bekerja sebagai pelayan di kafe rakannya. Kecantikan dan keramahan Fathia menyebabkan Faisal (Farid Kamil) jatuh hati lalu memikat Fathia. Kehidupan mereka sangat sweet dan bahagia sehinggalah mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Tiara. Segalanya berubah apabila Faisal mula lalai dengan tanggungjawabnya menjaga isteri dan mula berskandal. Hubungan mereka menjadi hambar apabila Faizal, suami yang kaya mula menjalinkan hubungan dengan orang lain dan bertukar menjadi seorang pendera. Terperangkap dalam perkahwinan yang merosakkan nilai masyarakat konsevatif, Fathia melarikan diri ke Langkawi dan cuba meminta perlindungan daripada kawan baiknya. Mereka kemudiannya menyedari bahawa masing-masing saling jatuh cinta namun Fathia terpaksa menghadapi suaminya. Bencinta akan menemui peminat di pawagam seluruh negara pada 26 September ni. Filem ini turut menampilkan nama-nama besar yang lain seperti Fezrul Khan, Uqasha Senrose, Zalif Sidek, Angeline Tan dan Azlan Komeng.
(HIBURAN) Filem BenCinta
Spread the love
Spread the love