(HIBURAN) FILEM SERAM FANTASI INDONESIA, ‘JAGAT ARWAH’ BAKAL BUAT PENONTON MEREMANG DI PAWGAM MULAI 27 OKTOBER INI

Spread the love

Kuala Lumpur, 26 Oktober 2022 – Selepas bekerjasama menerusi filem Mencuri Raden Saleh, terbaharu, Astro Shaw sekali lagi bekerjasama dengan penerbit hebat Indonesia, Visinema Pictures dengan mempersembahkan filem seram fantasi, Jagat Arwah kepada penonton Malaysia bermula 27 Oktober ini di pawagam seluruh Malaysia. Berbeza dengan filem seram yang lain, kelibat makhluk atau hantu dalam Jagat Arwah digambarkan sebagai ‘superhero’. Ini secara tidak langsung menyaksikan penerbit Visinema Pictures tidak tampil dengan filem seram yang ‘stereotype’ di mana kebiasaannya hantu sering memainkan peranan antagonis, dan dalam Jagat Arwah sebaliknya, iaitu menjadi pahlawan.

Bukan itu sahaja, malah kekuatan naskah ini turut dilihat melalui kualiti teknik Computer Generated Imagery (CGI) yang memukau dan sangat meyakinkan serta rangkaian adegan penuh mendebarkan. Antara babaknya adalah cahaya-cahaya yang menjalari tubuh watak-watak ketika sedang bertarung, daun berterbangan, makhluk ghaib Genderuwo dengan taring menggerunkan. Ini mampu membuat para penonton tidak hanya menikmati tayangan penuh efek yang mengujakan, tetapi turut membawa penonton seolah-olah terlibat di dalam filem ini.

Filem dengan aliran seram fantasi ini banyak mengangkat budaya jawa yang begitu dekat dengan latar belakang pengarahnya sendiri, iaitu Ruben Adrian, skrip oleh M. Rino Sarjono bersama Ruben Adrian. Jagat Arwah telah ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia pada 29 September lalu dan menerima sambutan baik di sana.

Jagat Arwah membariskan pelakon terkenal Indonesia seperti Ari Irham, Cinta Laura, Oka Antara, Sheila Dara, Ganindra Bimo, Kiki Narendra, Abdurrahman Arif, Muhammad Khan dan ramai lagi.

Kisah Jagat Arwah bermula apabila kematian Sukmo iaitu ayah kepada Raga yang didapati mencurigakan. Kemudian Raga mendapat tahu dia merupakan keturunan Jagat Arwah dan mewarisi tradisi keluarganya. Dibantu temannya Jaya, Raga berusaha mengendalikan kekuatan yang ada di dalam dirinya dan bertemu dengan Nonik, Kunti dan Genderuwo. Pertemuan itu kemudian mengubah hidup Raga selamanya.

Saksikan filem seram fantasi, Jagat Arwah di pawagam seluruh tanah air bermula 27 Oktober 2022. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *