(HIBURAN) Filem “Zaiton Ceritaku”

Spread the love

Zaiton Sameon, satu nama yang pernah menjadi sebutan satu ketika dahulu dan kini kisah penyanyi ini di filemkan oleh Bruang Filem Sdn Bhd. Filem “Zaiton Ceritaku” ini di ilhamkan oleh Hajah Ainon dan Hj. Burhanuddin, merupakan pengarah urusan Les’Copaque Production. Filem sulung arahan Esma Daniel filem arahan Esma Daniel ini dibarisi para pelakonnya Nadia Aqilah, Sahronizam Noor, Karl Shafek, Arash Mohamad, Norlia Ghani dan Fazlina Ahmad Daud bakal  menyajikan sebuah cerita yang pastinya menyayat hati dan menyentuh perasaan penonton yang mengenali Zaiton Sameon. Penyanyi yang sensasi dengan lagu Menaruh Harapan ini pernah berada di puncak kegemilangan sebelum beliau mengalami kemalangan ngeri pada tahun 1990 yang menjatuhkan populariti beliau dan juga mengakibatkan kematian anaknya Irwan.

Filem Zaiton Ceritaku juga hasil kerjasama Pengarah Sinematografi Mohd Noor Kassim yang pernah memenangi Anugerah Sinematografi Terbaik dalam Filem Hikayat Merong Mahawangsa dan dibantu oleh Pengarah Seni Ombak Rindu Mohd Khairul Md Dan. Filem ini bakal ditayangkan di pawagam pada 1 November 2012, jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem biografi Zaiton Ceritaku yang mengisahkan tetang perjalanan hidup penyanyi Zaiton Sameon.

maklumat lanjut boleh didapati di facebook Filem “Zaiton Ceritaku”


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *