(HIBURAN) Forteen – DEKAT TAPI JAUH

Spread the love

Artwork Dekat Tapi Jauh

Kajang, 22hb Februari 2016 – Menjangkau usia lima tahun mengorak langkah dalam industri seni suara tanah air, kumpulan Forteen kini tampil lagi dengan karya terbaru berjudul ‘Dekat Tapi Jauh’ sekaligus menepis sangkaan bahawa kumpulan mereka bakal berpecah.

‘Dekat Tapi Jauh’ ciptaan sepenuhnya komposer berprolifik, Edry Abdul Halim ini menceritakan kisah seorang peminat rahsia (secret admirer) yang ingin cuba mendekati dan mengenali hati seorang gadis/ jejaka tetapi takut sekiranya cubaan itu tidak diterima secara baik.

Single baru ini membawa konsep muzik ala ‘brit pop’ yang jauh berbeza dengan lagu mereka yang lain, tetapi tetap kekal dengan melodi Melayu yang sebati dengan irama Forteen. Malah, imej mereka kini pun bersesuaian dengan muzik yang lebih kontemporari, namun tetap segar dalam kalangan remaja.

Kerap kali diasak dengan soalan adakah kumpulan ini bakal berpecah, lagu ‘Dekat Tapi Jauh’ ini membuktikan keutuhan kumpulan Forteen untuk terus bersatu dan berkarya dengan lebih jauh lagi.

Tambah menarik, keempat-empat ahli menyumbangkan suara secara solo, berbanding dulu yang hanya bersandarkan pada One dan Ariz sahaja. Ini membuktikan keyakinan setiap ahli sudah semakin bertambah sekaligus mengimbangi kebolehan mereka sebagai satu kumpulan.

Single terbaharu ini telah pun dilancarkan dan bakal menemui peminat di laman YouTube KRU Music jam 3 petang hari ini.. Para peminat juga boleh memuat turun lagu ini di iTunes, Spotify, Deezer dan beberapa platform muzik yang lain.

‘Dekat Tapi Jauh’ merupakan single ketujuh selepas lagu-lagu popular mereka seperti Berdua Bersatu, Seperti Dulu, Kita, Tidak Pernah Berjumpa dan Linangan Terakhir.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *