(HIBURAN) HAZMAN AL-IDRUS KEMBALI DI PENTAS ANTARABANGSA BERHIJRAH KE INDONESIA

Spread the love

Pernah mewakili Malaysia untuk rancangan realiti nyanyian D’Academy Asia musim pertama pada akhir tahun 2015 dan bakat lakonannya juga dicungkil setelah menerima beberapa tawaran sebagai watak utama di Indonesia, kini Hazman Al-idrus telah berhijrah ke negara seberang demi melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa.

Sebelum ini Hazman Al-idrus juga sering menerima beberapa tawaran lakonan & nyanyian dari negara seberang, namun terhalang oleh jadual penggambaran yang begitu padat. Atas dorongan isterinya Tiaz Al-khred yang juga merupakan pengurus kepada beliau di syarikat label dan pengurusan  HAI PRODUCTION, akhirnya impian beliau tercapai dengan hasil usaha dan kerja keras walaupun pernah berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Kembalinya Hazman Al-idrus ke Jakarta, Indonesia mendapat perhatian dari pihak stesen TV INDOSIAR dengan menampilkan Hazman Al-idrus untuk menjadi bintang tamu dalam Konser Kangen Merayu sekaligus ‘come back’ untuk bernyanyi kembali di pentas antarabangsa.

Hazman Al-idrus tampil duet bersama Raffa Affar & Sandrina Mazaya untuk lagu berjudul ‘Tiara’ yang pernah dipopularkan oleh kumpulan KRIS dari Malaysia. Lagu ini dinyanyikan dengan gabungan versi Malaysia dan Indonesia serta mendapat sambutan yang sangat baik.

Bukan sahaja tampil dengan lagu ‘Tiara’ malah beliau juga turut berduet bersama Rani D’Academy 3 dan Putri D’Academy 4 dengan lagu berjudul ‘Suci Dalam Debu’ yang pernah dipopularkan oleh kumpulan IKLIM dari Malaysia.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *