(HIBURAN) JUARA ‘I CAN SEE YOUR VOICE’ (ICSYV) MUSIM KE-3 HARIZ DANIAL HADIR DENGAN ‘HUKUM’

Spread the love

KUALA LUMPUR, 6 Januari 2023 – Berbekalkan wajah yang tampan sahaja tanpa bakat bukanlah tiket untuk mengecap kemasyhuran, namun bagi pendatang baharu, anak kelahiran Johor Bahru, Johor, Hariz Danial, dia mempunyai pakej yang lengkap, memulakan langkah perdananya sebagai pendatang baharu industri muzik tempatan dan berada di bawah naungan syarikat rakaman unggul, Armani Entertainment Group (AEG), Hariz hadir dengan single pertamanya berjudul ‘HUKUM’ hasil ciptaan komposer terkenal, Sirkhan Danial dan Ibnu Rinkarnaen, manakala terbitan oleh AEG sepenuhnya.

“Syukur Alhamdulillah kerana peluang menghasilkan single ini adalah rezeki yang tidak disangka-sangka, sejujurnya saya tidak pernah terfikir akan menyanyikan lagu ciptaan komposer hebat seperti Sirkhan Danial dan juga Ibnu Rinkarnaen.

“Terima kasih kepada pihak AEG kerana sudi melamar saya menjadi artis naungan mereka dan terutamanya kepada Dato’ KK Chua yang nampak dan juga percaya dengan bakat yang saya miliki,” kongsi graduan Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Sumber Manusia), UiTM Bandaraya Melaka.

Siapa sangka jejaka berwajah ‘boyish’ ini sudah pun berumur 27 tahun, perjalanan seninya bermula ketika dia masih lagi bergelar siswazah sepenuh masa.

“Ketika menuntut di universiti, saya sudah pun aktif menyanyi atas undangan acara kecil-kecilan seperti majlis perkahwinan, makan malam dan just pesta graduasi.

“Mulanya sebagai hobi kemudiannya bertukar menjadi pendapatan sampingan ketika masih belajar, saya mula serius apabila menyertai program ICSYV musim ke-3 dengan menjadi pemenang mingguan sehinggalah saya dinobatkan sebagai juara keseluruhan, dan bukan itu sahaja, saya pernah menjadi salah satu peserta program Vokal Mania oleh TV3.

“Apabila pihak AEG mengadakan ujibakat di Johor Bahru, saya mencuba nasib dan rezeki menyebelahi saya apabila ditawarkan menjadi salah satu ‘talent’ di bawah label mereka,” jelas Hariz.

Ibarat bulan jatuh ke riba, pihak AEG merasakan sudah masanya bakat Hariz diperkenalkan kepada khalayak ramai kerana bakat yang dimilikinya tidak seharusnya dibiarkan begitu sahaja.

Menurut Dato’ KK Chua, Pengasas & Ketua Pegawai AEG, “Di AEG, kami percaya bakat anak muda tempatan wajar diberikan peluang dan diketengahkan agar ramai penggemar muzik dapat menikmatinya, saya yakin dengan kebolehan Hariz yang mampu pergi jauh jika berada di landasan yang betul, lagi pula memang matlamat AEG untuk melahirkan lebih ramai bakat-bakat baharu.

Lagu HUKUM merupakan sebuah karya balada pop moden dengan sedikit elemen rock yang

menceritakan tentang perhubungan sepasang kekasih yang tiada persefaham dan tidak sehaluan, walaupun segala pengorbanan dan curahan kasih sayang seakan tidak bererti kerana apa yang dimahukan kadang kala tidak ‘menjadi’ dan masing-masing harus akur dengan ketentuan-Nya.

“Proses rakaman memakan masa selama 3 hari kerana saya perlu mempersiapkan emosi serta vokal yang dikehendaki agar meresap ke dalam jiwa apabila dinyanyikan.

“Begitu juga dengan MV (video muzik) HUKUM yang bermetafora mendalam melalui teknik artistik yang ditonjolkan dengan saya memainkan watak teman lelaki yang seakan merangkak ke hadapan dan belakang menunjukkan betapa peritnya untuk melepaskan seseorang yang kita sayangi lebih dari diri sendiri, kalau hendak tahu lebih lanjut, wajib menontonnya di YouTube nanti.

“Harapan saya agar lagu ini diterima oleh semua pendengar dan mendapat sokongan ramai agar mampu berada di peringkat yang lebih tinggi, dan cubalah selamai dan fahami maksudnyanya,” tambah Hariz.

Lagu HUKUM boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

Manakala video single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube Armani Entertainment.

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *