Sentiasa bersyukur dengan apa yang diberikan dan percaya kepada rahmat di sebalik dugaan menjadi pegangan teguh kepada rakyat Malaysia yang masih berjuang untuk mengatasi pandemik Covid-19. Bersempena dengan sambutan bulan Ramadan yang bakal tiba, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) telah melancarkan Kempen Salam Sayang menerusi siaran langsung di TV9 dari pukul 8.30 malam – 10.00 malam.
Tema Salam Sayang dipilih sebagai kesinambungan kepada Setulus Ikhlas yang dibawakan pada tahun lalu. Salam Sayang membawa banyak makna dalam kehidupan harian kita. Lebih penting ia menyuntik elemen kasih sayang sesama insan, rasa hormat, keikhlasan dan memberi sokongan kepada mereka yang berhadapan dengan situasi getir akibat penularan pandemik ini.
Menurut Dato’ Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios, “MPTN, khususnya TV3 dan TV9 telah mencetuskan inisiatif Kempen Salam Sayang bagi membantu para pengusaha kecil memperluaskan perniagaan mereka menerusi Misi Salam Sayang. Objektif kami adalah untuk sebarkan rezeki dan luaskan jalinan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan. Misi Salam Sayang ini dijangka dapat membantu memulihkan semula semangat mereka untuk mencari rezeki. Selain itu, TV3 dan TV9 juga meneruskan tradisi untuk menyajikan program-program menarik yang merangkumi genre keagamaan, drama, bual bicara, gaya hidup dan hiburan untuk tatapan penonton. Penonton juga boleh membeli-belah dan membuat persiapan raya dalam program Jom Heboh Di Rumah – Raya Bersama Shopee yang akan disiarkan pada 4 & 5 Mei 2021.”
Untuk makluman, TV3 akan menyediakan platform Misi Salam Sayang kepada pengusaha kecil ini mempromosikan produk mereka di laman sosial TV3 Malaysia. TV3 juga akan membeli barangan produk mereka untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan. Aktiviti khidmat masyarakat (CSR) ini akan diadakan pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ramadan. Pada pengakhiran Ramadan nanti, kami akan menayangkan kompilasi video eksklusif 30 minit menceritakan tentang Misi Salam Sayang kepada penonton setia kami. Misi ini ini bertujuan untuk menceriakan bulan Ramadan kepada mereka yang terkesan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.xtra.com.my/salamsayang
Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), terutamanya TV3, sentiasa menjadi tumpuan penonton setiap kali menjelang Ramadan dan Raya. Sajian kerohanian iaitu program Jejak Rasul yang wajib ditonton pada setiap bulan Ramadan meneruskan perjalanannya walaupun produksi terpaksa berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul tajaan Pharmaniaga Baraka & Jabatan Muzium Malaysia yang akan bersiaran mulai 9 April 2021 di TV3 membawakan kesinambungan dakwah Islamiah di Tanah Melayu seawal kurun pertama Hijrah. Lokasi strategik Tanah Melayu di laluan dagang sutera menghubungkan dunia Timur dan Barat, dengan pelabuhan-pelabuhan di daerah pesisir Tanah Melayu dipercayai menjadi pintu masuk alim ulama. Ikuti penjelajahan Fedtri Yahya selama 41 hari di serata Malaysia untuk menjejak peninggalan sejarah ini.
Tanyalah Ustaz, biar tahu, jangan keliru! Ikuti Tanyalah Ustaz Ramadan tajaan Pusat Pungutan Zakat pada setiap hari, pukul 6.30 pagi di TV3 dan TV9 dengan tema “Persediaan Diri Menyambut Ramadan”, “Ilmu Untuk Beramal Di Bulan Ramadan”, dan “Amalan Sunnah di Bulan Syawal” bersama ustaz-ustaz bertauliah yang ternama serta segmen tip bersama Ustaz Don Daniyal. Tadarus Al Quran dengan kerjasama Muzium Kesenian Islam Malaysia pula akan bersiaran di TV9 sepanjang bulan Ramadan pada pukul 7.00 malam.
Slot drama pastinya antara program yang paling tinggi tontonannya tidak kira dalam ratings TV mahupun platform digital. Terbaharu, TV9 memperkenalkan slot drama Diandra yang akan menyajikan drama komedi sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Kampung Kolestrol lakonan Ziana Zain, Mas Idayu, Aiman Tino, Sufian Suhaimi dan Rusdi Ramli akan membuka tirai slot Diandra pada 20 April ini. Selain itu, TV9 juga akan menyiarkan drama Assalamualaikum Mustafa berkisarkan tentang persahabatan antara seorang kanak-kanak lelaki dengan seekor kambing peliharaan lakonan adik Dzariff, adik Amani, adik Embun, adik Aryan, Syazwan Zulkifli, Kazar dan Rozita Che Wan bermula 5 Mei 2021.
Teruskan menonton lakonan hebat artis-artis kesayangan anda menerusi slot drama Akasia, Lestary, Samarinda dan Drama Pukul 6 di TV3 sepanjang bulan Ramadan hingga ke Syawal nanti. Antaranya, Redza Rosli & Intan Najuwa (Tak Sempurna Mencintaimu), Datin Seri Umie Aida, Tony Eusoff, Adibah Noor, Nabila Huda, Tiz Zaqyah, Nora Danish & Syafiq Kyle (Covid Oh Covid tajaan GSK Sensodyne), Khai Bahar & Riena Diana (Kisah Cinta Rumi tajaan oleh Pharmaniaga – Citrex Vitamin C ), Alif Satar, Fauzi Nawawi & Azira Shafinaz (Penjara Janji), Hisyam Hamid, Ruhainies & Chacha Maembong (Cukup Derita Itu tajaan Vivo X60 series), Redza Rosli & Sharifah Rose (Kekasih Hati Mr Bodyguard tajaan Nivea), Saharul Ridzwan & Amyra Rosli (Sabarlah Duhai Hati tajaan Flavettes Nutriskincare & Similac Intelli-Pro) Ziana Zain & Ning Baizura (Madam E Wallet tajaan Celcom) dan Ungku Ismail Aziz & Julia Farhana Marin (Single Terlalu Lama tajaan Celcom MEGA (TM) & Celcom Xpax). Jangan ketinggalan juga menyaksikan gandingan serasi pelakon cilik Nik Adam Mika dengan Syamsul Yusof dalam mini siri Ramadani.
Istimewa di bulan Ramadan, slot Cerekarama menyajikan naskah menarik Basikal Karat lakonan Zamarul Hisyam dan Nadiya Nissa. Ia mengisahkan dua adik beradik yang sanggup mengayuh basikal dari Kuala Pilah ke Penjara Seremban demi mencari jalan membebaskan ayah mereka.
Bermula pada 17 & 18 April, nantikan siaran program gaya hidup di kaca TV anda. Pesan Makan tajaan ABC Kicap Manis membariskan selebriti popular iaitu Fizo Omar, Izzue Islam, Bella Astillah & Nadia Brian, ikuti pencarian juadah berbuka puasa bersama Nazrudin Habibur Rahman dalam Jalan Jalan Cari Makan Ramadan tajaan Listerine, berhibur dengan keletah comel pasangan instafamous & selebriti Youtube, Maryam You Nara dan suaminya, Ryzal di Apa Nak Masak Ni? tajaan Sabella serta dapatkan resipi menarik daripada Datin Paduka Eina Azman, Sheila Rusly, Zarina Zainuddin dan Linda Rafar menerusi program Jom Berbuka tajaan Nestlé Maggi.
Selain itu, program bual bicara, Sembang Sahur yang akan bersiaran pada setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 11.00 malam ditaja oleh V’Asia, Jamu Jelita, KITKAT, Nestlé Everyday Milk dan KOPETRO Food Sdn Bhd bakal membincangkan perlbagai topik-topik menarik, belajar resipi baharu di segmen Jom Masak dan paparan inisiatif amal di segmen Singgah Sahur.
Akustika Ramadan tajaan Uphamol kembali dengan musim baharu dan pengisian program yang lebih menarik setiap Selasa 11.00 malam! Dihoskan oleh Ustaz Safwan dan Anas Ridzuan, ia juga dimeriahkan dengan kehadiran artis-artis popular seperti Hael Hussaini, Haqiem Rusli dan Wany Hasrita. Ikuti gelagat lucu Ropie, Naim Daniel dan Aprena Manrose dalam musim baharu Pak Kodi 5G tajaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja! Untuk sinopsis penuh kesemua program, boleh merujuk kepada Senarai Program Ramadan 2021 TV3 TV9
Ayuh mempersiapkan Hari Raya anda dengan membeli-belah menerusi Jom Heboh Di Rumah Raya Bersama Shopee yang akan bersiaran pada 4 Mei 2021, 9.00 malam dan 5 Mei 2021, 2.00 petang di TV3 dan Shopee Live! Program ini menampilkan artis-artis dan selebriti tanah air popular seperti Anuar Zain, Yasin Sulaiman, MK K-Clique, Ernie Zakri, Syamel dan juga Chef Wan!
Sama-sama meriahkan Kempen Salam Sayang, sebarkan rezeki, luaskan jalinan dan cipta kemesraan antara kita semua! Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3 & TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia @TV9Malaysia Gunakan #SalamSayang untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.
Drama Rantaian
Akasia: Tak Sempurna Mencintaimu, 28 episod
Mulai 29 Mac 2021, Isnin – Ahad, 7.00 malam
Pelakon: Intan Najuwa, Redza Rosli, Rita Nadira, Fendy Bakry
(BM) Perkenalan Siratul dengan Mustaqim tidak bermula dengan bait-bait kata yang indah malah ia sangat menyakitkan. Apabila Siratul mula membuka hati kepada Mustaqim, lelaki itu pula mendustai dirinya. Selepas Siratul mengerti apa yang telah Mustaqim lalui selama sepuluh tahun, dia mengambil keputusan untuk menjadi perisai yang membantu lelaki yang dicintainya untuk terus bertahan. Mustaqim sekali lagi bertarung dengan ujian antara dia, Siratul dan Melisa dimana ia hanya dipisahkan oleh garisan halus kematian. Adakah dia masih gagah untuk menghayun pedang melawan ujian itu apabila perisainya tumbang?
(English) Mustaqim who doesn’t believe in love finds himself falling for Siratul, a strong-willed woman who comes from kampung. Siratul even managed to persuade Mustaqim to put his ego aside and make amends with his estranged father. However, their relationship is put to the test when Mustaqim is being obsessed by Melissa, his young stepmother. Mustaqim will do anything to ensure that his marriage to Siratul stays strong and untainted.
Lestary: Covid Oh Covid, 13 episod (Ditaja oleh GSK Sensodyne)
Mulai 2 April, Rabu – Sabtu, 9.00 malam
Pelakon: Datin Seri Umie Aida, Tony Eusoff, Adibah Noor, Tiz Zaqyah, Nabila Huda, Nora Danish, Nasiruddin Al Aydrus
(BM) Pengumuman sambungan PKP amat meresahkan rakyat Malaysia termasuklah Villa Angrani yang dihuni oleh Tuan Ariffin, mak mertuanya Tok Wan, isterinya Habsah dan anak-anaknya Safura, Salmiah, Suhaila dan Shazrul. Hanya Suhaila dan Shazrul yang belum berkahwin tinggal bersama dengan Tuan Ariffin. Walaubagaimanapun, mereka sebuah keluarga yang rapat dan anak-anak selalu berkumpul di situ. Tuan Ariffin menyediakan bilik untuk semua anak-anaknya termasuklah Safura yang sudah berkahwin kecuali Salmiah yang seperti anak terbuang kerana perkahwinannya yang tidak direstui. Adik-beradik bersepakat mahu merapatkan semula hubungan Salmiah dengan Habsah.
Samarinda: Penjara Janji, 15 episod
Mulai 12 April 2021, Isnin – Khamis, 10.00 malam
Pelakon: Alif Satar, Fauzi Nawawi, Azira Shafinaz, Zulin Aziz
(BM) Rizan ialah seorang warden penjara yang ingin memenuhi hasrat terakhir daripada banduan bernama Zulkifly untuk bersatu dengan ahli keluarganya. Rizan terlalu fokus dalam menguruskan hal Zulkifly sehingga mengabaikan tunangnya, Rozita dan persiapan perkahwinan mereka.
(English) Rizan, a prison warden, is trying to fulfill a death row inmate, Zulkifly’s last wish to reunite with his lost family. This got Rizan into trouble with his fiance, Rozita as he’s too focused on Zulkifly that he neglects Rozita and their wedding plans.
Drama Pukul 6: Madam E-Wallet, 10 episod (Ditaja oleh Celcom)
Mulai 13 April, Isnin – Khamis, 6.00 petang
Pelakon: Ziana Zain, Ning Baizura, Zul Huzaimy
(BM) Selepas memenangi Anugerah Usahawan Terbaik di kampung, Siti Asmidah bukan saja membawa pulang hadiah wang tunai malah dia juga berpeluang untuk menyertai seminar keusahawanan selama 3 hari di Kuala Lumpur. Namun, apabila Siti Asmidah berada di seminar itu, dia diejek sebagai orang kampung yang berangan-angan untuk berjaya dalam perniagaan. Siti Asmidah putus asa dan pulang ke kampung dengan hampa. Orang sekeliling mula berkata-kata tentang Datuk Qistina yang sedang memburukkan dan mempertikaikan kredibiliti Siti Asmidah, malahan Datuk Qistina juga mengatakan beliau yang memenangi anugerah tersebut. Siti Asmidah enggan mengalah dan ingin menebus maruahnya. Dengan bantuan kawan-kawannya, Siti Asmidah mula menerokai aplikasi untuk kemudahan membeli belah dan transaksi mudah tanpa tunai atas talian.
(English) After winning Entrepreneur of the year in her village, Siti Asmidah not only won cash prizes, but she also won the opportunity to join a 3-day seminar in KL with other entrepreneurs in the country. However, at the seminar, Siti was ridiculed for being a country bumpkin who dreams of having a successful business. Hence, she gives up on her dream of pursuing a life of business in KL and goes back to her village. When word spreads that Datuk Qistina had been bad-mouthing her by insulting her credibility and claiming that she had won the award instead, Siti is determined for retribution. Siti and her friends created a high-tech shopping app that allows online shopping and digital transactions. But along the way Datuk Qistina hinders their efforts. Will Siti finally make a name for herself in this cruel world of business?
Mini Siri: Ramadani, 4 episod
Mulai 18 April 2021, Setiap Ahad, 9.00 malam
Pelakon: Nik Adam Mika, Syamsul Yusof, Dhia Irdina, Ummar Dzariff, Adrianna Qasmia, Hanna Delisha, Bella Astillah, Azlee Khairi
(BM) Mohd Ramadani, 10 tahun merupakan anak kepada ahli perniagaan yang dimanjakan oleh bapanya. Oleh itu, pengasuh Ramadani sering bertukar kerana tiada seorang yang boleh bertahan dengan perangainya. Selepas bapanya membawa pulang Faizal dan Mira, 2 adik-beradik gelandangan, hidup Ramadani mula berubah.
(English) The story of a 10-year-old millionaire’s son, Mohd Ramadani is a spoiled child as he is pampered by his father. His father kept changing nannies as none of them could handle Ramadani. However, everything changed when his father brought home two homeless siblings, Faiz and her sister, Mira.
Lestary: Kisah Cinta Rumi, 13 episod (Ditaja oleh Pharmaniaga – Citrex Vitamin C)
Mulai 24 April 2021, Setiap Rabu – Sabtu, 9.00 malam
Pelakon: Khai Bahar, Riena Diana, Alif Muhaimin, Sharifah Rose, Khairil Anwar, Fadlan Hazim, Hariz Hamdan, Dynas Mokhtar, Noniswara, Khaty Azian
(BM) Sejak kecil, Mika diajar oleh ayahnya, Mahmud untuk mencari mata pendapatan dengan apa jua cara pun. Mika terjebak dengan kegiatan haram demi hasil pencarian hidup keluarganya. Membesar di Chow Kit, Mika sering menghabiskan masa di jalanan dan berkawan dengan budak-budak nakal. Runisa, seorang gadis yang baru berumur 23 tahun tidak bersetuju dengan ibu dan kakaknya yang sangat mementingkan status. Satu pertemuan yang tidak dirancang antara Mika dan Runisa telah membibitkan rasa cinta antara mereka berdua. Puan Haniza, ibu Runisa berikhtiar untuk memisahkan pasangan muda ini.
(English) From a young age, Mika was taught by his father, Mahmud, to do whatever it takes to earn money. He is involved in illegal activities to support their life. He grew up in the Chow Kit area and spent a lot of time with street and naughty kids. Runisa, a 23-year-old girl, always disagrees with her mother, Puan Haniza and her sister, Raihana who are too concerned about status. The accidental meeting instilled a sense of love between them and this made Puan Haniza unhappy. She tries various ways to separate them.
Akasia: Sabarlah Duhai Hati, 35 episod (Ditaja oleh Flavettes Nutriskincare & Similac Intelli-Pro)
Mulai 28 April 2021, Isnin – Ahad, 7.00 malam
Pelakon: Saharul Ridzwan & Amyra Rosli
(BM) Hidup Fira berubah sejak kelahiran adik bongsunya, Danish ketika usianya 20 tahun. Selepas 4 tahun, Fira terpaksa menjaga Danish apabila ibu bapa mereka meninggal dunia. Tiada sesiapa lagi untuk bergantung, Fira perlu menjaga Danish yang masih kecil. Ketika sedang terkapai-kapai dengan fasa baharu dalam hidupnya, Fira terkejut dilamar oleh lelaki yang tidak dikenalinya, Affan.
(English) Fira was slightly crushed when her mother gave birth to her younger brother, Danish when she 20 years old due to their big age gap. Conflict arises when the sudden death of their parents caused her to take care of Danish by herself. While enduring the loss of her loved ones and struggling with her new phase of life, Fira is surprised by Affan’s sudden proposal, a guy she barely knew.
Samarinda: Cukup Derita Itu, 40 episod (Ditaja oleh Vivo X60 series)
Mulai 6 Mei 2021, Isnin – Khamis, 10.00 malam
Pelakon: Hisyam Hamid, Ruhainies, Chacha Maembong
Karya: Siti Rosmizah
(BM) Ellani dan Ellana ialah kembar tak seiras yang hidup bersama ibu saudara mereka. Namun, Mak Ngah bersikap berat sebelah dimana Ellana dijaga bagai seorang puteri manakala Ellani diperlakukan seperti hamba di rumah itu. Zarul yang diaturkan untuk menikahi Ellana telah berubah fikiran dan mahu mengahwini Ellani. Maka, Mak Ngah dan Ellana berpakat dan berusaha untuk merosakkan rumah tangga Zarul dan Ellani.
(English) Ellani and Ellana are non-identical twins who were raised by their aunt, Mak Ngah. However, Mak Ngah treats both of them differently where Ellana is cared for like a princess while Ellani had to slave away for Mak Ngah Gayah. Conflict arises when Zarul who was supposed to marry Ellana had a change of heart and decided to marry Ellani. Ever since then, Mak Ngah and Ellana vow to ruin Zarul and Ellani’s marriage.
Lestary: Kekasih Hati Mr Bodyguard, 20 episod (Ditaja oleh Nivea)
Mulai 15 Mei 2020, Rabu – Sabtu, 9.00 malam
Pelakon: Redza Rosli, Sharifah Rose, Ungku Hariz, Fadlan Hazim, Ian Haziq, Lisdawati, Zuhairi Ibrahim, Zarina Zainuddin, Lana Nordin
(BM) Aralyn menjejaki Hadif, seorang bekas pengawal peribadi, untuk merungkai misi yang diberikan ayahnya Datuk Yusof kepadanya. Aralyn berjumpa dengan Hadif yang menjadi penternak kambing di kampungnya. Aralyn cuba untuk mengorek rahsia yang disimpan oleh Hadif. Dia sanggup mengekori Hadif ke mana-mana saja dan turut menolongnya dalam kerja-kerja ladang. Mereka berdua sering bertelagah namun lama-kelamaan perasaan cinta mula hadir dalam hati masing-masing.
(English) A story of Aralyn’s search for Hadif (a former bodyguard) to unravel the mission entrusted to her by his father, Dato’ Yusof. Hana travelled to a village to look for Hadif who has become a shepherd. Aralyn tries to dig up the secret kept by Hadif. She will follow Hadif wherever he goes. She even helps out at Hadif’s goat farm. Everyday, Aralyn and Hadif would always argue. However, they started to have feelings for each other.
Drama Pukul 6: Single Terlalu Lama, 28 episod (Ditaja oleh Celcom MEGA (TM) & Celcom Xpax)
Mulai 29 April, Isnin – Khamis, 6.00 petang
Pelakon: Ungku Ismail Aziz, Julia Farhana Marin
(BM) Andy ingin menamatkan zaman bujangnya selepas berjaya dalam kerjayanya apabila dia kini menginjak usia 40 tahun. Selepas hadir ke beberapa temu janji yang diaturkan oleh ibunya, Andy hampir berputus asa untuk menemui wanita idamannya. Ketika di majlis reunion sekolah, Andy bertemu dengan Jasmine, gadis yang menjadi idaman pelajar lelaki semasa belajar. Andy tidak mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan bertunang dengan Jasmine. Pelbagai dugaan dan cabaran menguji pasangan ini. Lebih merumitkan apabila Andy mendapat tahu Jasmine menyimpan sebuah rahsia.
(English) Single Terlalu Lama tells the journey of a successful man in his 40s, Andy in his search for a wife to finally settle down. After countless failed blind dates set up by his mother, Andy is close to giving up on his quest for love. However, at his school’s reunion party, he meets his high school sweetheart Jasmine. Andy now has a chance to marry the girl of his dreams, but they must overcome various trials and tribulations as an engaged couple. The road to marriage is winding and bumpy as Andy loses his trust in Jasmine due to a secret, she has been keeping from him. Will Andy finally find a life partner and can Jasmine win back Andy’s trust.
Diandra: Kampung Kolestrol (TV9), 20 episod
Mulai 20 April 2021, Isnin – Rabu, 8.30 malam
Pelakon: Ziana Zain, Mas Idayu, Aiman Tino, Rusdi Ramli, Sufian Suhaimi
(BM) Mengisahkan tentang Penduduk Kampung Kolestrol yang tidak mengambil kisah tentang amalan diet yang seimbang sehingga kebanyakan mereka mempunyai masalah kolesterol tinggi. Kak Bib (Ketua Kampung Wanita Pertama) dan madunya, Kak Gee (Penolong Ketua Kampung) sentiasa membantu penduduk kampung itu dalam menyelesaikan pelbagai masalah mereka. Tugas mereka dibantu oleh kedua-dua anak lelaki mereka iaitu Amir dan Adi.
(English) A comedy story that centers around Kampung Kolestrol, a village where most of its people aren’t bothered to maintain a balanced diet until they get high cholesterol. The First Female Village Chief of Kampung Kolestrol, Kak Bib together with her husband’s second wife, Kak Gee (Assistant Village Chief) are always helping to solve the villagers’ problems. Their duties are being assisted by their sons both Amir and Adi.
Istimewa Ramadan : Assalamualaikum Mustafa (TV9), 13 episod
Mulai 5 Mei 2021, Rabu & Khamis, 9.30 malam
Pelakon: adik Dzariff, adik Amani, adik Embun, adik Aryan, Syazwan Zulkifli, Kazar, Rozita Che Wan
(BM) Amar berpindah ke Kampung Imam Lapar dengan ibunya untuk tinggal bersama datuk dan neneknya. Amar tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dan senang berkawan dengan Yaya, Comel & Ali. Amar dan kawan-kawan baharunya tidak sabar untuk menyambut bulan Ramadan kerana mereka akan berpuasa sama-sama buat pertama kali. Selepas Amar menyelamatkan seekor kambing yang bernama Mustafa, dia terkejut dengan kebolehan kambing itu yang boleh bercakap. Namun, tiada sesiapa pun mempercayainya kerana hanya Amar saja yang boleh berkomunikasi dengan Mustafa. Lantas, Amar merajuk dan menghilangkan diri.
(English) The story of a child named Amar who moved to Kampung Imam Lapar with his mother to live with his grandparents. Although Amar has just moved, it was easy for him to make friends with Yaya, Comel & Ali. Amar and his friends are excited to celebrate Ramadan this year as it will be the first time they’re going to fast together. But their lives changed when Amar saved a goat named Mustafa and it can talk! No one believed Amar until Amar sulked and disappeared.
Program Keagamaan
Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul, 15 episod (ditaja oleh Pharmaniaga Baraka & Jabatan Muzium Malaysia)
Mulai 9 April, Jumaat – Ahad, 6.30 petang
Hos: Fedtri Yahya
(BM) Jejak Rasul 2021 akan membawakan kesinambungan dakwah Islamiah di Tanah Melayu seawal kurun pertama Hijrah. Lokasi strategik yang terletak di laluan dagang sutera menghubungkan dunia Timur dan Barat, dengan pelabuhan-pelabuhan di daerah pesisir Tanah Melayu dipercayai menjadi pintu masuk alim ulama. Sama ada mereka terdiri daripada golongan Sadah, Arabi Hadrami Yemeni, Baghdadi, Parsi, Pasai, Patani, Makassari atau Minangkabawi, mereka ialah alim ulama yang telah merintis laluan dakwah, membina hubungan rapat dengan Kesultanan Tanah Melayu sekaligus menghubungkan jejak-jejak Anbiya’ dan Rasul A.S ke Tanah Melayu dengan penuh hikmah dengan jayanya, dari abad ke abad bersilih ganti. Penceritaan kali ini akan bersandarkan pada kajian tiga orang pakar dari pusat kajian Bahasa Arab dan tamadun Islam Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Digabungkan bersama rakaman yang indah sekitar Malaysia, pastinya Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul berbeza dari tahun-tahun sebelumnya dan membawa penonton lebih mendalami sejarah peradaban negara.
(English) Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul travels back in time across the states in Malaysia to unravel the journey of when Islam first came to the country.
Tanyalah Ustaz Ramadan (TV3 & TV9) (ditaja oleh Pusat Pungutan Zakat)
Mulai 13 April, Setiap Hari, 6.30 pagi
Hos: Da’i Aiman, Da’i Azrin, Da’i Hakim, Da’i Annas, Da’i Niezal, Da’i Fahmi, Dai’ Hilman, Da’i Luqman, Da’i Tajdid
(BM) Perkasakan Ramadan anda, ikuti Tanyalah Ustaz setiap hari dengan tema “Persediaan Diri Menyambut Ramadan”, “Ilmu Untuk Beramal Di Bulan Ramadan”, dan “Amalan Sunnah di Bulan Syawal” bersama ustaz-ustaz bertauliah yang ternama juga segmen tip Ramadan bersama Ustaz Don Daniyal. Tanyalah Ustaz, biar tahu, jangan keliru.
(English) Empower your Ramadan, make it your best Ramadan yet with a complete line-up themed around Ramadan by well-known religious speakers. Also, catch the Ramadan tips segment with Ustaz Don Daniyal.
Tadarus Al Quran (TV9), 30 episod
Mulai 13 April, Setiap Hari, 7.00 malam
Dengan kerjasama Muzium Kesenian Islam Malaysia, Tadarus Al Quran memaparkan qari-qari peringkat kebangsaan dalam membaca Al Quran sepanjang bulan Ramadan ini.
Program Gaya Hidup
Pesan Makan, 4 episod (Ditaja oleh ABC Kicap Manis)
Mulai 17 April, Sabtu, 6.00 petang
Pelakon: Fizo Omar, Izzue Islam, Bella Astillah & Nadia Brian
(BM) Pesan Makan ialah sebuah drama yang berkonsepkan program masakan. Mengisahkan dua adik-beradik yang baru nak berjinak-jinak dengan bisnes pesan makanan atas talian setelah kehilangan kerja. Saksikan cabaran mereka untuk berurusan dengan pelbagai kerenah dan permintaan daripada klien.
(English) Pesan Makan is a drama-based cooking show which takes up the current trend of online food ordering. This season will revolve around two brothers who just lost their jobs, embarks on the business and deals with different (famous) clients each week.
Jalan Jalan Cari Makan Ramadan, 4 episod (Ditaja oleh Listerine)
Mulai 18 April, Ahad, 11.30 pagi
Hos: Nazrudin Habibur Rahman
(BM) Bersama dengan hos, Nazrudin Habibur Rahman, JJCM Ramadan akan mencari juadah berbuka puasa untuk edisi khas bulan Ramadan.
(English) JJCM Ramadan takes viewers to explore berbuka puasa dishes. Different treatment from the regular JJCM as no eating scene is allowed.
Apa Nak Masak Ni?, 4 Episod (Ditaja oleh Sabella)
Mulai 18 April, Ahad, 5.30 petang
Hos: Maryam You Narae, Ryzal & Zulin Aziz
(BM) Ramai yang mudah terhibur dengan keletah comel pasangan instafamous & selebriti Youtube, Maryam You Nara dan suaminya, Ryzal. Kini, Maryam dan Ryzal menyambut bulan Ramadan di tanah air suaminya, iaitu Malaysia. Saksikan mereka memasak pelbagai resipi dan juadah untuk berbuka puasa.
(English) Apa Nak Masak Ni? Features youtube celebrity & instafamous couple Maryam You Narae (Muslim convert) and her husband, Ryzal celebrating Ramadan together n Malaysia and also trying to cook some of Ramadan’s famous delicacies. Get entertained by her funny antics and her efforts in trying to converse in Bahasa Melayu.
Jom Berbuka, 4 episod (Ditaja oleh Nestlé Maggi)
Mulai 18 April, Ahad, 6.00 petang
Selebriti: Sheila Rusly, Zarina Zainuddin, DP Eina Azman, Linda Rafar & Syed Aiman
(BM) Di bulan Ramadan ini, 4 selebriti popular Malaysia akan berkongsi resipi dan menyediakan juadah berbuka puasa di dapur mereka. Saksikan bagaimana Sheila Rusly, Zarina Zainuddin, DP Eina Azman dan Linda Rafar menyediakan juadah berbuka puasa bersama-sama dengan ahli keluarga mereka. Mereka juga akan berkongsi tentang perkembangan kini dengan penonton.
(English) Famous Malaysian personalities open up their homes and invite us to prepare dishes for iftar with them. Watch how these personalities prepare dishes with their family and also dish out the latest happenings in their lives.
Program Hiburan & Bual Bicara
Pak Kodi 5G, 10 episod (Ditaja oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)
Mulai 10 April, Sabtu & Ahad, 12 tengah hari
Pelakon: Ropie, Naim Daniel & Aprena Manrose
(BM) Edisi istimewa untuk bulan Ramadan, ‘spin-off’ daripada sitkom popular J.K.K. (Jenaka Kampung Kalut) yang mengisahkan tentang Pak Kodi yang perlu menjaga dua orang anak saudaranya, Naim dan Baby, apabila ibu mereka terpaksa meninggalkan mereka bersama Pak Kodi atas urusan kerja. Pelbagai kerenah Naim dan Baby yang Pak Kodi hadapi dan kadang kala Naim dan Baby pula pening dengan kerenah Pak Kodi.
(English) A Ramadan special spin-off from the popular sitcom J.K.K. (Jenaka Kampung Kalut) about Pak Kodi who had to take care of his nephew and niece, Naim and Baby, when his sister had to leave them with Pak Kodi for work. The three of them had to endure each other as sometimes things could get out of hand.
Akustika Ramadan, 5 episod (Ditaja oleh Uphamol)
Mulai 13 April, Selasa, 11.00 malam
Hos: Ustaz Safwan & Anas Ridzuan
(BM) Sebuah program muzikal yang dikendalikan oleh Ustaz Safwan dan Anas Ridzuan dalam membincangkan pelbagai topik menarik bersempena dengan sambutan bulan Ramadan. Selain itu, penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada artis-artis popular seperti Hael Hussaini, Haqiem Rusli, Siti Nordiana, Wany Hasrita dan ramai lagi.
(English) Ramadan musical show featuring well-known Ustaz & celebrities discussing & sharing stories during the month of Ramadan.
Sembang Sahur (Ditaja oleh V’Asia, KITKAT, KOPETRO Food Sdn Bhd, Nestlé Everyday Milk dan Jamu Jelita)
Mulai 14 April, Rabu & Khamis, 11.00 malam
Hos: Haziq Husni, Hazlin Hussain, Hawa Rizwana, Hanif Miswan
(BM) Program bual bicara yang bersiaran sepanjang bulan Ramadan membincangkan topik-topik menarik yang berkaitan dengan Ramadan & Raya bersama-sama dengan selebriti jemputan. Berkongsi resipi dalam segmen Jom Masak serta tips motivasi diri dan inisiatif amal dalam segmen Singgah Sahur.
(English) A bi-weekly late-night live talk show in Ramadan discussing topics related to Ramadan & Raya with guest celebrities, CSR initiatives via Singgah Sahur segment as well as motivational tips, and recipes via Jom Masak segment. A late-night talk show that audiences could tune in to reflect on the month Ramadan and the upcoming Syawal.
Filem & Telefilem
Senjakala
30 April (Jumaat), 10.00 malam
Pelakon:Liyana Jasmay, Zahiril Adzim, Kamal Adli
(BM) Selepas tunangnya meninggal dunia dengan tragis, Karlina mula diganggu dengan mimpi-mimpi ngeri. Karlina telah pulang ke kampung ibunya untuk mencari jawapan. Maka, mulalah perjalanannya yang penuh misteri.
(English) After the tragic death of her fiance, Karlina encounters strange dreams that call upon her return to her mother’s village. Out of curiosity, Karlina starts her mysterious journey.
Niyang Rapik
7 Mei (Jumaat), 10.00 malam
Pelakon: Nasir Bilal Khan, Fizz Fairuz, Zed Zaidi
(BM) Sekumpulan pelajar kolej telah berkunjung ke Kampung Niyang Rapik untuk menjalankan projek tahun akhir kajian peninggalan sejarah. Tanpa disedari, salah seorang daripada mereka telah membawa pulang sebuah kendil lama tanpa izin. Sejak itu, pelbagai perkara misteri mula mengganggu mereka.
(English) When a group of college students travels to a village called Niyang Rapik to conduct research for school, they thoughtlessly remove an item that desperately changes their fates and imperils the people of the village.
Cerekarama: Basikal Karat
8 Mei (Sabtu), 10.00 malam
Pelakon: Nadiya Nisaa & Zamarul Hisyam
(BM) Dua orang budak sanggup berbasikal dari Kuala Pilah ke Penjara Seremban hanya untuk mendapatkan tandatangan daripada ayah mereka. Mereka perlukan kebenaran itu untuk menyertai dan memenangi pertandingan karaoke. Mereka berharap hadiah wang tunai itu dapat membayar denda sekaligus membebaskan ayah mereka daripada dipenjarakan,.
(English)
Two children cycle from Kuala Pilah to Seremban Prison just to get their father’s signature to enter and win a karaoke competition in order to pay the fine and free their father from being imprisoned.