(HIBURAN) KU PUNYA HATI – BILA CINTA DISULITKAN…

Spread the love

Petaling Jaya, 9 Ogos 2022 – Walaupun digelar Sweet Rashidah oleh peminat-peminatnya, kehidupan Rashidah penuh dengan dugaan di sebalik tabir. Bila ikatan cinta terpaksa dirahsiakan, Rashidah tetap sabar menghadapi cabaran dalam kehidupannya walau keluarga Noah memperlakukan Rashidah seperti orang asing. Nantikan kesudahan ikatan cinta di antara Rashidah dan Noah ini menerusi drama terbaharu, Ku Punya Hati menerusi slot Akasia di TV3. Drama menarik ini telah mula bersiaran pada 4 Ogos, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam dan strim secara langsung di www.tonton.com.my.

Ku Punya Hati adalah hasil terbitan Sha’s Media Sdn Bhd, dan diarahkan oleh Azmi Hatta berdasarkan skrip nukilan Puovin dan Tommy Loh. Drama bersiri 28 episod ini akan menampilkan barisan pelakon yang sedang hangat diperkatakan seperti Sharifah Rose, Nabil Aqil, Hafidz Roshdi, Zila Bakarin, Salina Saibi, Luqman Hafidz, Alya Iman dan ramai lagi.

Demi melaksanakan tanggungjawab kerja, Noah (Nabil Aqil) dan Rashidah (Sharifah Rose) telah berjanji untuk merahsiakan hubungan sah mereka daripada orang lain. Namun, ikatan suci yang dirahsiakan itu membuat Rashidah rasa tersepit dan makan hati akibat layanan yang diterima oleh keluarga Noah yang menganggapnya sebagai orang asing dalam keluarga mereka.

Apabila rahsia mereka semakin diketahui oleh orang sekeliling, timbul pula masalah dalam hubungan Noah dan Rashidah yang membuat mereka berantakan. Dapatkah mereka berdua menempuhi semua dugaan yang dilemparkan kepada mereka? Mampukah Rashidah dan Noah mencari pengakhiran dan kehidupan yang bahagia bersama?

Teruskan menonton Ku Punya Hati mulai 4 Ogos, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di slot Akasia TV3, atau strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *