(HIBURAN) ‘Let’s Karaoke’ dengan MTV CINTA HARUS SEKSI – AMELINA

image012Sebuah lagi lagu oleh Ratu Dangdut kita, Amelina diabadikan dalam versi karaoke dan kali ini pihak Wake The Baby Records dan Warner Music Malaysia bekerjasama dengan pihak Neway untuk melancarkan versi karaoke bagi lagu ini.

Lagu CINTA HARUS SEKSI, lagu ciptaan sepenuhnya oleh Ajai dan lirik sepenuhnya oleh saudara Roslen, merupakan single kedua yang dilancarkan oleh Amelina setelah melakukan ‘comeback’ di industri seni pada Dec. 2014 yang lalu.

Bercerita mengenai pengalamannya melakukan penggambaran bagi klip video setelah 15 tahun tidak berhadapan dengan kamera produksi, beliau meluahkan rasa gementar dan kekok sebelum penggambaran dilakukan. Tambahan pula kali ini Amelina mendapat peluang bekerjasama dengan tenaga kerja dari seberang (Jakarta).

‘Rasa kekok dan malu yang teramat sangat’ ujar Amelina. Tambahan pula kali ini saya terpaksa berlakon dengan seorang cowok yang tampan yang memegang watak seorang Raja. Mengambil konsep dan jalan cerita ala-ala timur tengah, klip video ini yang diterajui oleh sutradara Julian Kubik memberi penekanan dalam menghasilkan prop, kostum dan penari latar seperti yang digambarkan oleh Amelina dan Ajai.

Penggambaran mengambil masa selama sehari di sebuah rumah mewah di kawasan Jakarta Pusat. Busana timur tengah telah disediakan oleh pihak produksi dan busana biru pula adalah hasil rekaan pereka fesyen tempatan @faizelazraf.

Para peminat yang ingin berhibur dan berkaraoke untuk lagu CINTA HARUS SEKSI ini bolehlah mengunjungi pusat-pusat karaoke NEWAY di seluruh Malaysia. Untuk majlis pelancaran ini juga, sekali lagi kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak media yang telah menyokong karier Amelina, pihak NEWAY yang sudi memberi peluang untuk kami melancarkan versi karaoke untuk lagu ini dan seterusnya kepada semua yang terlibat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *