(HIBURAN) Majlis berbuka puasa bersama selebriti anjuran Federal Hotels dan Aquila Emas

Spread the love

IMG_7211

Buat kali ke 3 berturut-turut AQUILA EMAS berkerjasama dengan pihak FEDERAL HOTELS INTERNATIONAL mengadakan majlis berbuka puasa bersama selebriti-selebriti terkenal tanah air. Majlis yang berlangsung di The Federal Kuala Lumpur ini menghimpunkan ramai selebriti tanah air antaranya Mardiana Alwi, Fimie Don, Serina Redzuawan, Airis Yasmin dan ramai lagi serta Zizan Nin yang bertindak selaku pengacara majlis pada malam tersebut.

IMG_7249

Kemeriahan pada majlis itu diserikan dengan kehadiran anak-anak dari Rumah Bakti Cahaya Hati dan Pertubuhan Rahoma Darul Fakir. Para tetamu yang hadir dijamu dengan hidangan berbuka yang berkonsepkan “ Favourite Dishes From Tunku’s Kitchen” di mana ia menetengahkan hidangan kegemaran Bapa Kemerdekan Malaysia iaitu Y.T.M Tunku Abdul Rahman.

aqilah fedralsmall

Anak-anak dari Rumah Bakti Cahaya Hati dan Pertubuhan Rahoma Darul Fakir telah dihiburkan dengan persembahan nyanyian istimewa dari Mardiana Alwi serta beberapa aktiviti permainan yang meriuhkan suasana ballroom hotel tersebut. Majlis ini diakhiri dengan pemberian hadiah dan juga duit raya kepada anak-anak dari Rumah Bakti Cahaya Hati dan Pertubuhan Rahoma Darul Fakir serta majlis potong kek bersama-sama selebriti yang hadir dengan pihak pengurusan The Federal serta Aquila Emas.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *