GSR Production merupakan salah satu cabang perniagaan yang dikendalikan oleh Global Solution Resources Sdn Bhd yang diterajui oleh Zulfitri Zhu Feng Tao sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Amilathon Bt Jamaluddin sebagai Pengarah Operasi Global Solution Resources Sdn Bhd.
Global Solution Resources telah melebarkan sayap dengan berkolaborasi bersama stesen televisyen tempatan seperti RTM, Media Prima, Astro, TV Al.Hijrah, TV Pengguna dan Bernama. Pencapaian yang membanggakan diterima oleh Global Solution Resources adalah telah mendapat kelayakkan sebagai pembekal pendaftar kandungan kreatif untuk saluran Hikmah-Hyyp TV dan sebagai pembekal rancangan televisyen di RTM terbitan tempatan bersama Kementerian Kommunikasi dan Multimedia Malaysia. GSR juga mendapat lessen untuk mengambil bahagian dalam pengedaran filem oleh FINAS. Syarikat ini juga mempunyai barisan-barisan penulis yang terhebat seperti Sofia Rhyland (Ariana Rose) Loh (adnan sempit ) dan ramai lagi.
Melalui perkhidmatan produksi, beberapa “in house artist” telah dipilih untuk bernaung di bawah GSR productions. Mereka kini sedang mengembangkan bakat mereka dan mencipta nama dalam industry lakonan tanah air. Mereka yang telah tepilih ialah Azrel ismailyang terlibat dalam drama Fajar Di Bukhara, Syaffiq Sahli yang popular dengan drama Asam pedas Untuk Dia, Elya Miera yang melonjak naik melalui drama Teman Lelaki Upahan, Lia Asmizza yang mula dikenali melalui drama Hati Perempuan, seterusnya Kamal Rezuan yang mencipta nama melalui drama Kerana Terpaksa Aku Relakan, juga Ikram Rashid yang memulakan lakonannya dengan drama di RTM iaitu tarbiah Cinta, seterusnya ialah Liza Semion yang mula dikenali melalui drama Suami Sebelah Rumah.
Majlis tersebut turut sama, GSR telah melancarkan single lagu raya “Nur Aidilfitri”- Pulanglah di hari raya yang telah dicipta oleh cat farish, yang mana ia turut dinyanyikan oleh “in house artist” GSR iaitu Azrel Ismail, Syaffiq Sahli bersama Tiga Swagger dan hanarose.
.