(HIBURAN) Majlis Pelancaran Album Kumpulan ‘The Vella’ – “Mengejar Impian”

Spread the love

Setelah 2 tahun berada di dalam dunia muzik Indie, The Vella telah berjaya menghasilkan album pertama mereka yang bertajuk  “Mengejar Impian”.  Album yang memuatkan  6 buah lagu ini diterbitkan oleh Edwin Tan dan juga ahli kumpulan The Vella sendiri  iaitu Hery, Ezri dan PT. Kesemua lagu di dalam album ini dihasilkan oleh ahli kumpula The Vella sendiri.  Pada 6 November 2012, bertempat di Hard Rock Café, Kuala Lumpur telah berlangsungnya majlis pelancaran album kumpulan ‘The Vella’.  Kumpulan The Vella telah menghiburkan peminat dan para tetamu dengan 4 buah lagu mereka iaitu Jangan Kembali, Mengejar Mimpi, Menjemputmu Pulang dan Generasi Frustasi.  Bercakap kepada pihak media di sidang media tersebut, kumpulan The Vella di dalam perancangan untuk terlibat di dalam perniagaan pakaian dengan jenama mereka sendiri serta akan mencalonkan salah satu lagu terbaik mereka untuk program Muzik-Muzik (Juara Lagu) pada tahun hadapan.

pihak Galaksi Media Online (GMO) ingin berkongsi foto-foto menarik di sekitar majlis pelancaran album The Vella

[LINK GAMBAR]


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *