(HIBURAN) MAJLIS PELANCARAN SINGLE AZLAN & THE TYPEWRITER  “ LAMBAT TINGGAL “

azlan-01smallSatu permulaan yang menggalakkan selepas Azlan & The Typewriter bekerjasama dengan Warner Music Malaysia bagi mempromosikan lagu ‘Lebih Baik Sendiri’.  Selepas lagu ‘Lebih Baik Sendiri’ kini Azlan & The Typewriter (ATT) kembali dengan single terbarunya yang bertajuk ‘Lambat Tinggal’.

Lagu ‘Lambat Tinggal’ ini agak berbeza dengan lagu-lagu ATT sebelum ini. Jika sebelum ini lagu-lagu ATT lebih berat dari segi lirik dan muzik, tetapi bagi lagu ‘Lambat Tinggal’ ini, ia lebih kepada rentak yang rancak, ceria dan bersemangat apabila di dengar. Lirik bagi lagu ini juga membawa mesej tentang apa sahaja yang kita lakukan, kita harus berusaha dan usah tunggu dan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sesuatu kerja kerana peluang itu bukan selalu ada, amat sinonim dengan ungkapan ‘kalau lambat tinggal’…

Lagu ‘Lambat Tinggal’ ini amat bersemangat bila di dengar dan liriknya juga sesuai dengan perusahaan yang dijalankan oleh Onexox. Itu juga menjadi salah satu sebab pihak Onexox melamar ATT untuk menjadikan lagu ‘Lambat Tinggal’ sebagai lagu tema Onexox” ujar CEO Onexox, saudara Bobie. Selain daripada itu, lagu ‘Lambat Tinggal’ ini juga merupakan lagu tema untuk The Komanz Kru Racing (TKKR) iaitu pasukan pelumba motor. Disebabkan ATT juga pernah bekerjasama dengan Onexox di sebuah rancangan reality TV iaitu Mentor Milenia, pihak ATT telah mengambil kesempatan ini untuk memberi keutamaan kepada pihak Onexox.

Jadual kerja ATT bagi tahun 2016 ini juga agak berwarna-warni. Bermula dengan Mentor Milenia, diikuti dengan beberapa showcase dan kini ATT akan mengadakan konsert yang diberi nama Konsert High Note 2016. Konsert High Note 2016 ini bakal berlangsung di Istana Budaya pada 25 hingga 27 November 2016 ini. Konsert ini diberi nama High Note sesuai dengan menampilkan penyanyi tersohor tanah air yang mempunyai nada suara yang tinggi dan salah seorang daripadanya ialah Azlan sendiri.

Di kesempatan ini, pihak kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Istana Budaya kerana sudi bekerjasama dengan DME Dhia Malaika Enterprise dan Segitiga Asia bagi menjayakan konsert ini.  Disamping itu, konsert ini juga bakal mendapat khidmat pengarah muzik professional dan berkaliber tanah air iaitu saudara Rudi Mohammad. “Saya tertarik dengan kepakaran saudara Rudi semasa bekerjasama dengan beliau di program Raya TV9 iaitu “Konsert Rockestra“, jawab Azlan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *