(HIBURAN) MARATHON AKSI BLOCKBUSTER TERHEBAT DI TV9

Tahun 2013 bakal tiba dan selamat tinggal 2012! Kami di TV9 berasa amat bertuah kerana mempunyai penonton setia yang sentiasa memberi sokongan kepada kami. Sebagai tanda penghargaan, kami akan menyiarkan empat filem aksi blockbuster terhebat secara marathon, bermula 17 Disember, bermula dengan Transporter, The Pacifier, Taken dan The Expendable. Filem-filem ini juga turut dibintangi oleh pelakon hebat antarabangsa seperti Sylvester Stallone, Jason Statham, Dolph Lundgren, Jet Li, Robert Knepper, Vin Diesel, Faith Ford, Liam Neeson dan Maggie Grace.

Transporter 3, 17 Disember 2012 (Isnin), 10.00 malam

Frank Martin telah ditugaskan untuk membawa barangan ke Marseilles tetapi menolaknya kepada rakan sekerja. Tanpa diduga, rakannya itu telah ditembak ketika membawa “barangan”  yang ditugaskan. Dalam keadaan cedera, rakannya telah merempuh ruang tamu di rumah Frank. Dia semakin tertekan apabila melihat seorang wanita terbaring di belakang kereta rakannya tadi. Tiba-tiba ketua rakannya muncul dan memaksanya menyambung tugasan tersebut dan memakaikannya gelang secara paksa. Gelang itu akan meletup jika Frank berada dijarak lebih daripada 75 kaki daripada keretanya. Cabaran Frank bermula di sini kerana jika dial lalai, maut menanti mereka berdua! Filem aksi penuh debaran ini dilakonkan oleh Jason Statham, Robert Knepper, Francois Berleand, Natalya Rudakova dan Jeroen Krabbe.

The Pacifier, 18 Disember 2012 (Tuesday), 10.00 malam

Leftenan Shane Wolf, seorang pegawai US Marin SEAL, telah ditugaskan untuk menjaga keselamatan seorang saintis yang kini sedang membuat projek rahsia bagi kerajaan. Namun, ketika dalam pengawasan Wolf, saintis tersebut dibunuh oleh pembunuh upahan. Kertas kerja projek rahsia beliau masih berada di dalam rumah. Oleh itu, Wolf ditugaskan untuk melindungi Julie, isteri saintis tersebut dan juga empat anak mereka iaitu Zoe, Seth, Lulu dan Peter. Pengalaman Wolf begitu meluas dalam tentera dan sering dihantar untuk menjalani misi merbahaya di serata dunia. Tetapi Wolf tidak mempunyai pengalaman langsung tentang menjaga kanak-kanak , apatah lagi membesarkan mereka. Bolehkah Wolf menyesuaikan dirinya menjadi penjaga dan sekaligus pengawal peribadi mereka? Jangan lupa saksikan filem penuh aksi dan lucu yang dibintangi oleh  Vin Diesel, Faith Ford, Brittany Snow, Max Thieriot, Morgan York, Brad Garret dan Carol Kane.

Taken, 20 Disember 2012 (Thursday), 10.00 malam

Kesibukan sebagai agen CIA, membuatkan Bryan Mills jauh daripada anaknya, Kim.  Setelah bersara daripada kerjayanya, Bryan cuba untuk memperbaiki hubungannya dengan Kim lalu berpindah ke kota. Suatu hari, Kim meminta kebenaran Bryan untuk pergi bercuti ke Paris bersama Amanda. Perkara yang tidak terduga terjadi apabila Bryan mendapat panggilan telefon daripada Kim yang memberitahu ada sekumpulan orang jahat telah masuk ke apartment mereka dan menculik Amanda. Bryan cuba untuk menenangkan Kim dan memberikan arahan untuk Kim bersembunyi. Dengan hanya sedikit klu yang diberikan Kim kepada bapanya membuatkan Bryan nekad untuk memburu penjahat-penjahat itu.

Pelakon:  Liam Neeson, Maggie Grace, Famkee Janssen, Leland Orser dan Holly Valance.

The Expendables, 21 Disember 2012 (Jumaat), 10.00 malam

Mengisahkan mengenai sekumpulan bekas patriot yang diketuai Barney Ross yang ditugaskan oleh Mr. Church untuk menggulingkan Jeneral Gaza, seorang diktator kejam di Vilena.  Tugasan itu memerlukan Barnye dan ahli kumpulannya, iaitu Lee Christmas, Yin Yang, Hale Caesar, Toll Road dan Gunnar Jensen kembali bekerja sama.  Di Vilena, mereka dibantu oleh Sandra, yang juga anak kepada Jeneral Gaza yang memperjuangkan kebebasan daripada jajahan ayahnya sendiri.  Apa yang lebih mengejutkan mereka, kekejaman di Vilena rupanya didalangi James Monroe, bekas perisik CIA yang mahu menguasai Vilena.

Pelakon: Sylvester Stallone, Jason Statham, Dolph Lundgren, Jet Li, Terry Crews dan Mickey Rourke.

Pastikan anda tidak ketinggalan menonton filem aksi marathon ini bermula 17 hingga 20 Disember 2012 (Isnin hingga Khamis) pada jam 10.00 malam, hanya menerusi TV9 (saluran 119).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *