(HIBURAN) MESEJ POSITIF DI DALAM FASA

Spread the love

Kuala Lumpur, 11 Februari 2022 – Dunia muzik tanah air dimeriahkan lagi dengan single terbaharu berjudul FASA, hasil gandingan hebat penyanyi terkenal iaitu Hazama dan Tuju. Gabungan dua artis dari genre berbeza ini pastinya menyengat dan mendapat perhatian ramai. 

Single FASA muncul setelah sekian lama Hazama tidak menghasilkan album. Menurut Hazama, “Pandemik Covid-19 ini benar-benar menguji semua orang. Sebagai anak seni, saya juga tidak terlepas dengan ujian ini. Sepanjang dua tahun ini macam-macam yang telah saya lakukan demi kelangsungan hidup. Alhamdulillah saya berjaya bertahan dan kena cekal kerana pasti segala kejadian ini ada hikmahnya. Jadi, lagu FASA yang disampaikan ini diselitkan dengan mesej-mesej positif untuk memberi semangat kepada semua. Tidak dapat dinafikan, semua orang ada FASA tersendiri yang perlu ditempuhi. Namun apa yang penting kita perlu kuatkan semangat dan jangan pernah mengalah.“

Gandingan Hazama iaitu Tuju atau nama sebenarnya Muhammad Azree Shah pula merupakan seorang anggota kumpulan K-Clique yang kian meningkat naik. Paduan dua suara ini benar-benar serasi dan bersesuaian dengan konsep lagu ini. Lagu Fasa merupakan hasil ciptaan dan lirik Firdaus Rahmat, Fahimi Rahmat dan Tuju. 

Lagu FASA merupakan runut bunyi pada drama Samarinda : Suamiku Lelaki Pendosa yang disiarkan bermula 9 Februari 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam. Drama ini dibintangi oleh pelakon-pelakon handalan seperti Dato’ Aaron Aziz, Sophia Al Barakbah, Shima Anuar, Fauzi Nawawi, Gambit Saifullah dan ramai lagi. Lagu ‘Fasa’ ini dilihat amat sesuai untuk drama ini kerana ia mengisahkan tentang kehidupan Cahaya Malaika yang bertukar sekelip mata apabila keluarga kekasihnya Nik Safri memutuskan pertunangan mereka selepas rahsia identitinya terbongkar. Cahaya Malaika dihina sebagai anak tak sah taraf dan sejak peristiwa itu kehidupannya menjadi tidak menentu. 

Video lirik bagi single FASA nyanyi Hazama ft. Tuju, edaran Alternate Records kini boleh di tonton di Youtube Alternate Records & Talents pada 9 Februari 2022.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *