(HIBURAN) MUKA CARI MAKAN JUARA LIGA LAWAK SUPERSTAR MUSIM 2

Spread the love

securedownload

Rancangan Liga Lawak Superstar musim ke-2 melabuhkan tirai dengan menyaksikan pasukan Muka Cari Makan yang dianggotai Naz Rahman, Pian Kepoh dan Uncle Jo dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang ganjaran bernilai RM200,000 beserta trofi.

Pasukan Melodrama yang diterajui Zulin Aziz, Izu Kepoh dan Ain pula hanya mampu menyandang gelaran naib juara. Manakala Kami Tuan Rumah (Zoey Rahman, Achok Mmmmm dan Mirul) berada di tempat ketiga dan Jiwa Kiut (Aepul Drama Band, Chiwan Mmmmm dan Syafiq Rahim) sekadar berada di tempat keempat. Selain trofi masing-masing membawa pulang RM100,000, RM50,000 dan RM25,000.

Terdahulu, pasukan Melodrama berjaya mara ke pusingan akhir setelah menewaskan Kami Tuan Rumah dalam pusingan kalah mati. Pusingan itu menentukan pasukan manakah yang bakal melawan pasukan Muka Cari Makan setelah Melodrama dan Kami Tuan Rumah mendapat markah seri di peringkat separuh akhir. Permainan pada pusingan itu dinamakan ‘Sketsa Alih Gambar’ dimana mereka perlu menginterprestasi tayangan klip video ringkas yang ditonton dengan cara mereka tersendiri. Melodrama yang menggunakan elemen Bollywood dan nyanyian Hindustan berjaya menarik penonton dan juri malam itu berbanding Kami Tuan rumah yang memilih elemen opera dalam menyampaikan sketsa mereka.

Malam itu juga menyaksikan pelbagai permainan yang belum pernah dimainkan musim ini. Antaranya ialah ‘Drama Radio’ yang memerlukan para peserta menggunakan kreativiti memainkan pelbagai kesan bunyi dan ‘Babak Atas Lantai’ yang memerlukan lakonan secara berbaring. Manakala permainan penutup, ‘Karaoke 3 Uncle’ pula mempunyai sedikit kelainan apabila binatang seperti tarantula dan iguana digunakan.

Pentas Akhir Liga Lawak Superstar juga dimeriahkan dengan persembahan Azlan (The Typewriter) dan selingan nyanyian lirik spontan daripada dua pengacaranya, Afdlin Shauki dan Adibah Noor. Lirik yang mengusik status Adibah yang masih membujang ternyata mencuit hati para penonton.

Erma Fatima dan Khir Rahman selaku juri tetap menyifatkan lawak Muka Cari Makan yang disampaikan dari hati dan jujur antara yang membezakan kumpulan itu dengan kumpulan lawak yang lain.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *