(HIBURAN) NAUFA – “PUKAU”

“PUKAU”, taruhan kedua Naufa untuk berkongsi bakatnya ke dalam industri muzik tanah air. Naufa atau nama penuh beliau Nor Fatihah binti Taib, berkata beliau mula meminati bidang nyanyian sejak kecil lagi dan banyak menyertai pertandingan-pertandingan nyanyian untuk mencuba nasib dalam industri muzik. Naufa juga merupakan pemenang tempat ketiga rancangan TV3 Malaysia iaitu Lagu Cinta Kita 1 yang berjaya melahirkan sebuah keluarga melalui program tersebut.

Tampil dengan genre pop dangdut, lagu dan lirik daripada El Hadam (Media Asia Production Sdn Bhd) ini mengisahkan tentang unsur nasihat kepada gelaran suami di luar sana. Perwatakan Naufa sebagai seorang gadis yang menarik perhatian. Bahasa kasarnya seseorang yang boleh membuat orang tergoda dengan kecantikannya. Disini, menggambarkan mana-mana lelaki yang “mata keranjang” pantang melihat wanita cantik diluar sana walaupun sudah berumahtangga.

Mesej yang ingin disampaikan adalah hargai pasangan/isteri yang banyak berkorban masa dan tenaga untuk menjadikan sebuah keluarga yang bahagia. Disamping, tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang suami. Bercerita mengenai single kedua Naufa, beliau berharap lagu ini diterima pendengar dan menyokong permulaan beliau untuk mengembangkan bakat di persada seni.

Lirik video rasmi Pukau edaran Media Asia Production Sdn Bhd (Map Music) ini bakal menemui pendengar pada 4 Jun 2021 di saluran Youtube dan juga boleh didapati di kesemua platform digital muzik seperti Joox, Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, dan juga Apple Music.

Kenali Naufa :

1. Merupakan anak keenam daripada lapan adik beradik.
2. Tempat kedua dalam Pertandingan Nyanyian Solo Jalan-jalan Sepahtu Sinar Johor tahun 2016
3. Juara Kategori Duet “Jalan-jalan Sepahtu Sinar Ipoh Perak tahun 2017
4. Finalist Top 5 RTM Bintang P Ramlee dan Saloma tahun 2014
5. Tempat ketiga Rancangan TV3 Duet Lagu Cinta Kita tahun 2019
6. Pernah berlakon dalam Cerita Hantu Malam Raya

Follow Naufa :
Instagram :
– naufatieha.co
– naufaoffical
Facebook : Naufa Tieha
Youtube : Naufa Tieha
Tik Tok : naufatieha.co

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *