(HIBURAN) PAYSLIP BERTUAH MENYANYIKAN LAGU TEMA UNTUK FILEM ANIMASI ANGRY BIRDS BERTAJUK ‘WONDERFUL LIFE (MI OH MY)’ BERSAMA MATOMA (DJ TERKENAL DARI NORWAY)

 Matoma ft. PaySlip - Wonderful Life (Mi Oh My) Cover Art

“The Angry Birds Movie (Original Motion Picture Soundtrack)” boleh didapati di semua platform pada Jumaat, 6 Mei melalui Atlantic Records. Tetapi, sehingga hari ini, sesiapa yang membuat pre-order akan mendapat lagu tema khas yang dicipta oleh Matoma iaitu Wonderful Life (Mi Oh My) untuk di muat turun. The Angry Birds Movie pula bakal menggempar pawagam di seluruh Malaysia pada 12 Mei 2016 ini.

PaySlipPaySlipPaySlipLagu oleh Matoma ‘Wonderful Life (Mi Oh My)’ ini merupakan hasil kolaborasi kumpulan anak muda tempatan iaitu PaySlip yang mewakili Malaysia untuk menyanyikan lagu tema bagi filem animasi 3D ini. Lagu ‘Wonderful Life (Mi Oh My) ini terlah dihasilkan oleh Matoma iaitu seorang DJ terkenal dari Norway. Bagi versi di dalam Bahasa Malaysia, Warner Music Malaysia telah mimilih Tun Teja sebagai penulis lirik bagi lagu ini. Lagu bagi versi tempatan ini juga sudah boleh didengari di Spotify dan anda boleh dengarkannya di sini.

Kumpulan PaySlip membariskan remaja linkungan umur belasan tahun ini dianggotai oleh 3 orang anak muda iaitu Mohd Asrul Hakimi (Akeem) sebagai vokalis, Mohd Asrul Najmi (Jimmy) sebagai pemain bass,  dan seorang yang berlatarbelakangkan kumpulan rock lagenda XPDC, iaitu Nik Mohd Arif (Arif) sebagai pemain gitar. Jika sebelum ini PaySlip telah menarik perhatian sebuah syarikat perkhidmatan muzik digital terkemuka dari Sweden iaitu Spotify dimana PaySlip telah diundang oleh Spotify untuk menjadi band Malaysia pertama yang mendapat perkhidmatan eksklusif pre-stream dan melancarkan album sulung mereka ‘PaySlip’ di Spotify pada November 2014. Kini mereka sekali lagi telah menarik perhatian Nordia West iaitu wakil dari Atlantic Records iaitu salah sebuah syarikat rakaman terbesar di Amerika Syarikat dan diberi kepercayaan oleh mereka untuk menyampaikan lagu ini di dalam versi Bahasa Malaysia. PaySlip dan pihak Warner Music Malaysia hanya diberi tempoh selama 14 hari sahaja untuk menjayakan lagu ini.

“Pihak A&R Warner Music Malaysia telah berbincang dan memilih Tun Teja sebagai penerbit dan penulis lirik bagi lagu tersebut di dalam versi tempatan. Setelah proses rakaman dijalankan saya menghantar lagu tersebut kepada Nordia West dan Alhamdulillah telah diterima. Hanya sekitar 48 jam demo tersebut dihantar. PaySlip dan Tun Teja bergabung tenaga dalam 4 hari sahaja bagi menyiapkan projek Wonderful Life (Mi Oh My) ini” ujar En. Mokhtaza Ahmad (Che Mokh) selaku Pengurus A&R Warner Music Malaysia.

Selain daripada itu, “The Angry Birds Movie (Original Motion Picture Soundtrack)” menampilkan beberapa lagu baru antaranya lagu “I Will Survive” dari Demi Lovato dengan gayanya sendiri, sensasi pop antarabangsa Charli XCX “Explode,” Steve Aoki “Fight,” dan “Wonderful Life (Mi Oh My),” ciptaan bintang DJ/produser/artis Matoma dari Norway. “Wonderful Life (Mi Oh My)” adalah single kedua didalam album pertamanya “Hakuna Matoma”.

Mulai harini sehingga 10 Mei, peminat-peminat Angry Birds boleh ke laman sosial musical.ly dengan menggunakan  #WonderfulLife untuk memenangi peluang untuk memasuki muzik video rasmi Matoma – Wonderful Life (Mi Oh My). Video ini akan menggunakan konsep kompilasi musical.ly dari peminat peminat lagu itu. Video itu akan di muat naik di YouTube.com/AtlanticRecords, jadi ayuh ke http://atlanticrecords.com/angrybirds untuk sebarang informasi dan peraturan sebelum anda bermula dengan video anda!

 

SOUNDTRACK UNTUK CG-ANIMASI 3D MENGANDUNGI LAGU LAGU TERBARU SEPERTI BLAKE SHELTON, DEMI LOVATO, CHARLI XCX, MATOMA, DAN STEVE AOKI

 

DAN TIDAK KETINGGALAN OLEH ARTIS TEMPATAN KITA IAITU KUMPULAN PAYSLIP

 

Lirik lagu “Wonderful Life (Mi Oh MY)” Matoma featuring PaySlip

Mi Oh My

Bila senyuman mu dilimpahi cahaya

Mengusik hatiku

Oh

Mi Oh My

Kita buka mata lihat

Betapa indahnya kehidupan ini

Mi Oh My

Its a wonderful life

Its a wonderful life

Disisi mu selalu

(4x)

Ayuh kawan

Teguh berdiri

Di bawah bintang menyinari

Tak perlu penjelasan juga

Dan harapan kerna cantik hati ini ada di sini

Mi Oh My

Its a wonderful life

Its a wonderful life

Di sisimu selalu

(4x)

Mi Oh My

Bila senyumanmu dilimpahi cahaya

Mengusik hatiku

Oh

Mi Oh My

Kita buka mata lihat betapa indahnya kehidupan ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *