(HIBURAN) PELANCARAN SINGLE & MUZIK VIDEO ‘JODOH BERDUA’ DAN PENGUMUMAN KONSERT HAFIZ HAMIDUN

Spread the love

MAJLIS PELANCARAN SINGLE & MUZIK VIDEO ‘JODOH BERDUA’ HAFIZ HAMIDUN-11

Hafiz Hamidun atau nama penuhnya Mohammad Hafiz bin Hamidun merupakan seorang penyanyi, pengacara, pencipta lagu, penerbit dan selebriti Malaysia yang popular dengan album ‘Zikir Terapi Diri’ beliau. Hafiz juga telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari peminat beliau di mana saat masalah jualan album yang merudum, album ‘Zikir Terapi Diri’ dan ‘Zikir Terapi Diri 2’ beliau telah berjaya dijual dalam angka yang besar dimana ia telah menjangkaui lebih dari 200,000 unit. Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan buat diri Hafiz khususnya dan industri muzik tanah air amnya.

Hafiz Hamidun juga tidak pernah berhenti untuk menyumbangkan karya beliau dalam arena muzik tempatan dan antarabangsa semenjak 11 tahun yang lalu. Pada tahun 2007, Hafiz sendiri telah menghasilkan dan menerbitkan album solo bertajuk ‘Hafiz Hamidun’ bersama FMC Music. Semenjak itu, Hafiz telah menjurus untuk memperbaiki impiannya dan bercita-cita untuk menghasilkan karya yang terbaik.

Visi beliau adalah untuk membawa mesej positif dengan konteks kerohanian melalui muziknya. Dan untuk itu, pada tahun 2009, Hafiz Hamidun telah menghasilkan dan menerbitkan album kedua beliau yang bertajuk ‘Syukran’. Pada tahun 2011, Arteffects International pula telah ditubuhkan untuk membawa visi dan semangat beliau di atas penjenamaan semula muzik kerohanian ke peringkat yang lebih jauh. Dan telah terbukti melalui album ketiga beliau iaitu ‘Zikir Terapi Diri’, yang telah meledakkan satu fenomena di industri nasyid dalam penerimaan muzik terapi di seluruh negara. Album ini adalah album yang paling tinggi jualannya pada tahun 2012 dan 2013 (Asia Tenggara) dan sehingga kini, lebih daripada 250,000 unit telah dijual.

Selain menjadi komposer dan pemuzik, Hafiz Hamidun juga merupakan seorang penyanyi yang dikagumi dengan penampilan vokal yang mantap dan kerap kali muncul di pelbagai acara yang dihadiri oleh Kerabat Diraja, VVIP dan Tetamu Kehormat.  Bakat yang dimilikinya bukan sahaja popular di tanah air, malah telah menerima pelbagai permintaan untuk persembahan di beberapa buah negara seperti Singapura, Brunei, Indonesia, Thailand, Vietnam, India, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Turkey, United Kingdom, Perancis, dan juga China.

Album kelima beliau yang bertajuk ‘Zikir Terapi Diri 2’ juga telah mengukir satu lagi sejarah iaitu telah terjual sebanyak 18,000 unit dalam masa satu minggu di pasaran tempatan yang dilancarkan pada Julai 2013. Bilangan salinan album itu juga telah mencapai 30,000 unit dalam masa kurang dari sebulan dan kini telah melebihi 60,000 unit. Ini adalah satu rekod baru untuk jualan album bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh rantau Asia Tenggara.

Kini, Hafiz Hamidun muncul dengan single terbaru yang bertajuk “Jodoh Berdua” yang merupakan ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Hafiz Hamidun sendiri. “Jodoh Berdua” juga merupakan single pop pertama Hafiz Hamidun yang juga merupakan lagu pertama yang dinyanyikan oleh Hafiz Hamidun yang dicipta oleh komposer lain semenjak beliau bergelar penyanyi solo. Lirik bagi lagu ini mempunyai mesej-mesej positif yang mampu menarik para pendengar untuk mencari pasangan hidup dan bersama melalui bahtera perkahwinan sehingga ke syurga. Begitu indah kata-kata yang dicipta dan dinyanyikan sendiri oleh Hafiz.

Untuk muzik video “Jodoh Berdua” pula, ia telah dirakamkan di Pulau Lombok, Indonesia pada bulan November 2013 dan telah dimuatnaik di Youtube pada 30 Disember 2013. Muzik video itu telah mencecah lebih 100,000 tontonan pada 5 hari pertama semenjak dimuatnaik dan juga telah mencecah 200,000 tontonan setelah tiga minggu berada di YouTube. Begitu hebat impak Hafiz Hamidun terhadap peminat-peminat beliau.

63706_788241154534971_1625859953_n

Dalam pada itu, Hafiz Hamidun juga bakal mengadakan “Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun” pada 1 Februari 2014 ini yang bertempat di Spice Arena, Pulau Pinang (dahulu dikenali sebagai PISA) pada jam 8 malam. “Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun” ini merupalan konsert solo Hafiz Hamidun yang ketiga, selepas dua konsert sebelum ini yang telah berjaya dianjurkan di Kuala Lumpur dan juga Johor Bahru.

Konsert yang bakal diadakan di Pulau Pinang ini merupakan kali pertama Hafiz Hamidun mengadakan konsert secara percuma dan buat pertama kalinya juga, konsert ini telah mendapat tajaan penuh oleh PIHH Development Sdn. Bhd. Konsert ini juga diadakan bersempena dengan Ekspo Halal Pulau Pinang untuk kali yang kelima. Selebriti jemputan yang turut memeriahkan konsert ini adalah Imam Muda Asyraf, Heliza Helmi, dan PU Rahmat dari rancangan Pencetus Ummah.

Hafiz Hamidun juga telah menjemput Halim Ahmad (Devotees) dan Daqmie untuk melakukan persembahan pembukaan di malam konsert tersebut. Konsep persembahan juga akan disampaikan secara live akustik dan Lok U merupakan orang yang bertanggungjawab pada malam tersebut selaku pengarah muzik.

Single “JODOH BERDUA” oleh Hafiz Hamidun merupakan satu lagi produk edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd dan terbitan oleh Arteffects International.

Link Muzik Video Jodoh Berdua:-

1) YouTube :- http://youtu.be/-L4NL9JcAeo

2) Vimeo :- https://vimeo.com/83006166

Pencapaian Terbesar:

2008: Susunan Muzik Terbaik (Anugerah Industri Muzik AIM 2008)

2008: Album Pop Etnik Terbaik (Anugerah Industri Muzik  AIM 2008)

2008: Album Nasyid Terbaik (Finalist) (Anugerah Industri Muzik  AIM 2008)

2008: Lagu Terbaik (MACP Award)

2008: Melodi Terbaik (MACP Award)

2009: Komposer Muda Terbaik (MACP Award)

2010: Album Nasyid Terbaik (Finalist) (Anugerah Industri Muzik  AIM 2010)

2011: Best Film Scoring (Finalist) (Malaysia Film Festival 2011)

2012: Album Nasyid Terbaik (Finalist) (Anugerah Industri Muzik  AIM 2012)

2012: Best Engineered Album (Finalist) (Anugerah Industri Muzik  AIM 2012)

2012: 4 Platinum Award (Zikir Terapi Diri Album)

2013: 20 Platinum Award (Zikir Terapi Diri Album)

2013: 4 Platinum Award (Zikir Terapi Diri 2 Album)

2013: Best Film Audio (Profima Award 2013)

Album / Single:

2003: See You Di IPT (UNIC)

2004: UNIC Live In Concert (UNIC)

2004: Satu Tekad (UNIC)

2007: Hafiz Hamidun

2009: Syukran

2011: Zikir Terapi Diri

2012: Kasih Padamu

2013: Zikir Terapi Diri 2

2013: R4bia Syria (Single)

2013: Jodoh Berdua (Single)

Pengacaraan TV

2003: U-Remaja

2004: U-Remaja

2005: U-Remaja

2005: Forum Perdana Ehwal Islam

2006: U-Remaja

2006: Forum Perdana Ehwal Islam

2007: U-Remaja

2007: Forum Perdana Ehwal Islam

2007: Tilawah Interaktif

2008: Forum Perdana Ehwal Islam

2008: Tilawah Interaktif

2008: Akademi Nasyid

2009: Tilawah Interaktif

2009: Forum Perdana Ehwal Islam

2010: Tilawah Interaktif

2010: Forum Perdana Ehwal Islam

2011: Tilawah Interaktif

2011: Forum Perdana Ehwal Islam

2012: Pencarian Dai’e Pendakwah Millenia

Feature Film Sound Productions:

2010: Nur Kasih

2011: Sesuatu Yang Tertinggal

2012: Sembunyi Amukan Azazil

2012: Juvana

2013: Gila Baby

2013: KL Gangster 2

Endorsements:

2013: Red Ribbon Celebrity Supporter (Malaysia Aids Council)

2013: Organ Donation Ambassador (Malaysia Ministry of Health)

Arteffects International:

Founder

Managing Director of Arteffects Sdn. Bhd.

Share Holder of Arteffects Sdn. Bhd.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *