(HIBURAN) Pelancaran #WhenMusicSpeaks Platform Pencarian Bakat Terkini

Spread the love

Petaling Jaya, 18 Oktober 2018 – #WhenMusicSpeaks merupakan satu (1) program pencarian vokal professional yang akan menjelajah beberapa Negara yang bakal di mulai di Malaysia, seterusnya lokasi serantau seperti Thailand Singapura, Indonesia. Filipina dan Iain-lain.

Ianya satu (1) misi bagi sebuah label baru, OUR RECORDS SDN BHD didalam mengenaipasti bakat baru berpotensi yang bakal dikumpulkan dibawah pengurusan syarikat ini yang akan menerbitkan Single dan album bagi mereka yang terpilih.

Program ini mendapat tajaan lokasi dari pusat hiburan karaoke terkemuka Neway dan bakal dimulakan siri awal saringan ujibakat pertama pada 4 November 2018 (Ahad) di lokasi Neway Karaoke Box, One Utama, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam dan akan diteruskan ke beberapa tempat lain seperti Johor Baharu, Kuantan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang mana tarikh dan lokasi spesifik akan diumumkan dan’ masa ke semasa melaiui sebaran media.

Seterusnya siri ini akan dikembangkan ke beberapa Negara Asia lain dengan sasaran sekurang-kurangnya 1O bakat baru yang akan dipilih bagi menandatangam kontrak diakhir rancangannya.

Menariknya selain dari tawaran rakaman, syarikat juga memberi insentif gaji bulanan secara tetap kepada artis dibawah pengurusan mereka dan ianya merupakan satu amalan yang telah banyak digunapakai dibeberapa Negara lain didalam industri pengurusan bakat.

Bagi sessi pertama ini, penjurian bakal diadili penyanyi berkaliber Aishah dan Manbai, serta bakal melibatkan para professional tempatan Iain pada sessi saringan di setiap lokasi.

Syarat utama bagi siri awal pencarian bakat ini ialah ianya terbuka kepada semua yang belum diantara 16 hingga 25 tahun dan mereka bolehlah melayari laman web www.oumusicasia.com bagi mengetahui segala info berkaitan atau terus menghubungi talian hotline 012-3153988 (Hj Kamal) / 011-28596452 (Mark) untuk pertanyaan lanjut.

Majlis Sidang Media ini akan turut dihadiri oleh beberapa artis yang bakal terlibat didalam program ini antaranya Man Bai, Aishah GV4 serta sokongan dari artis dari Negara man Nu Reggae Man (Thailand), Yuka Kharisma (Indonesia) serta kehadiran para selebriti tempatan Adi Sixth Sense, Yazid Search, Aru ROB, Neeta lamaNetia, Dato Freddie Fernandez dan lain-lain


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *