(HIBURAN) PENGEMBARAAN GALAKSI BERMULA! – BOBOIBOY & RAKAN-RAKANNYA BERUSAHA MENCARI ‘POWER SPHERA’

Spread the love

 pengurus-besar-kumpulan-kumpulan-pengurusan-jenama-dan-rancangan-tv3-tv9-cik-sherina-nordin-nizam-razak-bersama-sama-boboiboy-dan-rakan-rakannya

Kuala Lumpur, 16 November 2016 –  Superhero kegemaran ramai kembali dengan aksi yang lebih hebat. BoBoiBoy dan kawan-kawannya bakal menempuhi pelbagai cabaran demi menewaskan kuasa jahat menerusi musim terbaharu –  BoBoiBoy Galaxy khas buat peminat-peminat cilik! Musim baharu program animasi 3D ini bakal menyusul di kaca televisyen bermula pada hari Jumaat, 25 November 2016, pukul 5.00 petang.

ketua-pegawai-eksekutif-animonsta-studios-sdn-bhd-nizam-razak-bersama-sama-boboiboy-dan-rakan-rakannyaBoBoiBoy Galaxy terbitan Animonsta Studios Sdn Bhd atau kini lebih dikenali sebagai MONSTA ini merupakan kesinambungan kepada siri program animasi 3D BoBoiBoy dan semestinya tidak asing lagi dalam kalangan kanak-kanak setelah diperkenalkan oleh TV3 buat pertama kali pada tahun 2011.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Cik Sherina Nordin, “BoBoiBoy berjaya menjadi sebuah fenomena dalam kalangan peminat-peminat cilik setelah diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2011 menerusi TV3. Kami teruja untuk bekerjasama dengan syarikat animasi 3D Animonsta Sdn. Bhd. yang merupakan salah sebuah syarikat animasi yang unggul di Malaysia untuk mempamerkan kreativiti karya industri animasi tanah air.”

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Sdn. Bhd., Encik Mohd. Nizam Abdul Razak, “BoboiBoy Galaxy bakal menampilkan imej baru BoboiBoy yang lebih besar dan menarik. Berkonsepkan pengembaraan, BoBoiBoy akan pergi dari planet ke planet untuk mencari Power Sphera seperti Ochobot.”

nizam-razak-memberi-ucapan-ketika-sesi-pra-tonton-dan-sidang-mediaBoBoiBoy Galaxy yang bakal disiarkan di TV3 ini mengisahkan pengembaraan BoBoiBoy dan kawan-kawannya mencari dan menyelamatkan pelbagai jenis Power Sphera di ruang galaksi. Setiap Power Sphera mampu memberikan kuasa-kuasa yang berbeza. Power Sphera ini perlu dilindungi daripada jatuh ke tangan kuasa jahat yang mahu menggunakan kuasa Power Sphera ini untuk tujuan jahat.

BoBoiBoy dan kawan-kawannya akan mengembara dari satu planet ke satu planet dan berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan dari watak-watak jahat yang turut memburu Power Sphera.

Semestinya ramai yang menanti kemunculan semula BoBoiBoy dan kawan-kawannya dalam siri baharu ini. Mampukah BoBoiBoy, Gopal, Yaya, Fang, dan Ying mencari Power Sphera yang lain? Dapatkah mereka menyelamatkan galaksi daripada ancaman kuasa jahat?

bunkface-turut-memeriahkan-sidang-media-dan-pra-tonton-boboiboy-galaxy-dengan-persembahan-khasJangan ketinggalan untuk menyaksikan BoBoiBoy Galaxy mulai 25 November 2016, setiap hari Jumaat, pukul 5.00 petang, hanya di TV3 dan ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia. Bagi sesiapa yang terlepas untuk menonton pada hari tersebut, anda juga boleh menonton siaran ulangan pada setiap hari Sabtu, pukul 10.00 pagi dan layari portal video nombor satu negara di www.tonton.com.my.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *