(HIBURAN) Rappers NICO kembali

Spread the love

IMG_5089

Trio Hip Hop yang pernah menggegarkan tanahair sepanjang 90an, kini kembali memeriahkan persada seni dengan single terbaru mereka Belia Perwira. Kumpulan yang dianggotai oleh Affa, Dino and Nico, mula dikenali ramai sekitar tahun 1993 dengan lagu hit mereka, Inilah Nasibku. Mahu dikenali sebagai NICO G buat kali ini, kumpulan ini ditubuhkan setelah menerima tawaran rakaman album pada tahun 1991 daripada BMG Music selepas mereka memenangi sebuah pertandingan rap battle. Mengetengahkan irama muzik jalanan (street beat), NICO G mempunyai 2 buah album yang dihasilkan antara tahun 1992-1995 oleh komposer terkenal, Boon Tan dan sebuah lagi album hasil bersama NICO G dan Norman Rahman pada tahun 1995. NICO G menjadi satu fenomena kegilaan remaja di zaman 90-an dengan lagu rancak seperti seperti Untukmu Sayang, Engkau dan Aku, Kaulah Gadisku, dan banyak lagi.

nicosmall

Kebangkitan lagu-lagu berentak Hip Hop dewasa ini membakar semangat Affa, Nico dan Dino untuk muncul semula memeriahkan
industri muzik tanahair sebagai pejuang lagenda irama Hip Hop. Ingin terus segar dan berkembang di lapangan muzik tempatan, mereka kembali dengan penjenamaan semula dan mahu dikenali sebagai NICO G. Kali ini, NICO G bakal mengetengahkan setiap bakat individualiti, baik Dino, Affa mahupun Nico.Ujar mereka, “Kami yakin muzik NICO G relevan dengan irama muzik sekarang malah rentak yang ditonjolkan dalam single terbaru kami adalah unik dan terkini”.
Kini kerjaya seni mereka lebih tersusun dengan penubuhan NICO G Entertainment yang mula beroperasi lebih setahun yang lalu. Syarikat usahasama tiga sahabat karib ini bukan sahaja bakal mengurus sepenuhnya aktiviti promosi mereka malah mempunyai kepakaran dalam pengurusan majlis (event management) lengkap dengan kepakaran sistem bunyi, khidmat pengiklanan dan penjenamaan dan sebagainya.

BELIA PERWIRA

Setelah lebih 23 tahun mendendangkan lagu Inilah Nasibku di pertunjukkan-pertunjukkan pentas, NICO G nekad untuk menerbitkan sebuah lagu bagi mengukuhkan kembali nama mereka di arena seni. Biarpun didedahkan dengan kerja-kerja gubahan lagu sejak di awal pembabitan mereka di dalam dunia seni, NICO G sedar mereka memerlukan seorang jurutera bunyi yang bijak dalam mentafsir dan merealisasi idea-idea mereka menjadi sebuah karya yang bermutu.
Banyak pengalaman yang telah NICO G kaut sepanjang 23 tahun bergelar anak seni yang menjadi inspirasi utama dalam penghasilan lagu Belia Perwira. Kemunculan NICO G kali ini menggabungkan sahabat-sahabat mereka yang mempunyai kepakaran tersendiri. Nico sememangnya terkenal dengan kebijaksanaannya melahirkan lirik-lirik puitis dan pedas. Affa pula pandai mengolah bunga dalam sesebuah rapping kerana minatnya yang mendalam terhadap muzik. Di dalam sesebuah nyanyian, Dino merupakan ahli kumpulan NICO G yang mempunyai imaginasi kreatif yang sentiasa berjaya menghasilkan sebuah persembahan yang meninggalkan kesan. Penyanyi kumpulan A to Z, Jeff Samad merupakan sebuah bintang yang kian bersinar dengan kepakarannya menggubah baris korus yang rancak dinyanyikan melengkapkan irama lagu sentuhan Mail KB, seorang pakar loops dan beat.Semua kepakaran ini digabungkan dengan begitu indah oleh W an Namiron, seorang sound engineer yang namanya kian terkenal. “Inilah hasil usaha kami setelah sekian lama tidak muncul dengan lagu baru kerana terlalu sibuk dengan kehidupan dan kerjaya masing-masing,” Menurut NICO G lagi, mereka mengambil masa agak lama memandangkan banyak perkara perlu diselesaikan termasuk pencarian material, selain berbincang dengan semua anggota kumpulan agar kata sepakat dicapai. “Kami amat berpuas hati dengan hasil kerja ini kerana ianya terhasil dari hati kami yang ikhlas and rasa cinta yang mendalam terhadap dunia seni. Kami bangga untuk kali ini kami  berpeluang untuk membuat keputusan secara bebas dari segi hala tuju muzik dan imej”. “Inilah sumbangan kami buat negara dan jihad kami terhadap bangsa Malaysia dan agama  Islam,” ujar mereka mengenai bait-bait lirik Belia Perwira yang diilhamkan oleh Dino, Nico, Affa dan Jeff A to Z.
Belia Perwira merupakan sebuah naskah eksperimen dari NICO G yang didedikasikan buat  anak-anak muda terutamanya anak-anak mereka sendiri yang bakal menjadi perwira negara  dan mengharumkan nama negara.  “Lagu ini juga ditulis khas agar dapat dijadikan lagu rasmi Kementerian Belia dan Suka dalam menarik golongan muda kea rah kehidupan yang sihat dan cemerlang,” tambah mereka lagi. NICO G amat bersyukur kerana mendapat banyak pandangan positif dari rakan-rakan serta  peminat-peminat mereka yang sememangnya mendambakan kemunculan mereka secara  aktif di media-media utama. Kegembiraan mereka ini dikongsi bersama seorang produser yang telah menaikkan nama mereka iaitu Boon Tan yang bangga dengan usaha mereka menghasilkan single berkualiti seperti Belia Perwira.

HARAPAN 2014

“Walaupun banyak kumpulan yang lahir hari ini, kami percaya yang kami mempunyai kelebihan tersendiri memandangkan kami sudah lama berada dalam industri dan nama kami terlebih dahulu dikenali ramai”. Kemunculan semula NICO G pada kali ini menjanjikan setiap persembahan mereka memberikan impak kepada peminat-peminat mereka dengan muzik berkualiti, nyanyian
yang mantap dan tarian yang bertenaga sekali gus meninggalkan sebuah pengalaman yang total kepada penonton-penonton malah pendengar-pendegar mereka.

KELAB PEMINAT NICO G HOMMIEZ MALAYSIA


Sejajar dengan kemunculan NICO G di tahun 2014 ini, mereka mengambil peluang ini untuk melancarkan Kelab Peminat NICO G Hommiez Malaysia atas rasa terima kasih mereka kepada peminat-peminat yang selama ini menjadi pembakar semangat mereka untuk terus berkarya. Pelbagai aktiviti telah di atur untuk tahun ini termasuklah Hommiez Day yang bakal diadakan tidak lama lagi. Sejumlah RM80 dikenakan sebagai Yuran Keahlian Seumur Hidup di mana Hommiez bakal menerima sehelai t-shirt NICO G Hommiez, CD Mini Album NICO G, Poskad NICO G, Stiker NICO G, Button NICO G serta kad keahlian NICO G yang membolehkan mereka untuk menerima 10% diskaun ke atas semua barangan eksklusif NICO G. Peminat-peminat yang ingin menyertai Kelab Peminat NICO G Hommiez Malaysia bolehlah mendapatkan borang keahlian dengan menghantar emel ke affa.nico.dino@gmail.com.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *