(HIBURAN) REVOLUSI ‘DAHSYAT’ MOJO

Spread the love

Gimik pelancaran vokalis baru MOJO

Majlis sidang media dan pelancaran single baru MOJO berjudul ‘Dahsyat’ telah diadakan di Hard Rock Café, Kuala Lumpur pada Khamis lalu bersamaan 7hb Januari 2015.

Sesi Q&A MOJO

Setelah tiga tahun menempa nama dalam industri muzik tanah air, kumpulan ‘classic rock’ terkenal MOJO terus melebarkan sayapnya untuk menempa nama di peringkat yang lebih besar dengan perancangan untuk memasarkan album ke serantau negara nusantara, iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Masih diterajui oleh pengasas MOJO iaitu Edry Abdul Halim sebagai pemain synthesizer, Akhadiat Denny sebagai gitaris dan Johar Lucas sebagai pemain drum, majlis sidang media itu turut memperkenalkan vokalis baru, Ryan Brakhma, untuk memberi nafas lebih segar dan membuka peluang MOJO ke persada seni serantau.

Selepas penarikan diri bekas vokalis Aweera untuk bergerak solo, beberapa sesi ujibakat tertutup telah diadakan untuk mengisi ruang dan membina semula kerjaya yang telah meraih beberapa anugerah tempatan dan luar negara. Malah beberapa nama terkenal juga telah diketemukan untuk membuat penampilan khas bersama MOJO, namun MOJO merasakan kekuatan sesebuah band adalah berdasarkan ikatan dan komitmen sepenuhnya dari ahli kumpulan. Oleh itu, MOJO sebulat suara untuk mencari penyanyi tetap bagi mengorak langkah yang lebih besar.

MOJO

Ryan yang pernah bersama Denny di dalam projek band mereka di Jakarta, telah dipilih dari puluhan calon untuk diserap ke dalam MOJO berdasarkan suaranya yang universal, dinamik dan unik.

Menurut Edry, “Bagaikan cinta di kedengaran pertama, sebaik sahaja Denny memperkenalkan suara teman baiknya dari seberang melalui rakaman demo, saya terus menempah tiket Ryan untuk datang sendiri dan bersemuka dengan MOJO. Kami tanpa ragu yakin bahawa Ryan ialah penyanyi yang mampu membawa MOJO ke peringkat seterusnya”.

Berbekalkan single ‘Dahsyat’, MOJO yakin formula untuk bertahan lama di dalam arena muzik adalah melalui evolusi, berdasarkan kejayaan legenda rock antarabangsa seperti The Beatles dan U2 yang sentiasa membawa pembaharuan di dalam konsep rock mereka.

Lagu ‘Dahsyat’ telah melalui proses pengambaran MTV di Jogjakarta, arahan pengarah MTV terkenal Renny Fernandes, dan bakal menemui peminat pertengahan Januari 2015 melalui rangkaian TV dan youtube.

Single ‘Dahsyat’ juga akan diikuti dengan album penuh pertama MOJO yang bakal dipasarkan di Malaysia, Indonesia dan Singapura pada bulan April ini.

Para peminat MOJO boleh mengikuti perkembangan mereka melalui akaun media sosial mereka di Facebook ‘MOJO’ dan Instagram ‘thebandmojo’.


Spread the love

One comment on “(HIBURAN) REVOLUSI ‘DAHSYAT’ MOJO

  1. norhayati @ syaliaty abd wahab says:

    The best voice, the best music arrangements, the best composition, the best lyric, the best song and THE BEST EDRY ABDUL HALIM……….!!!! I knew it! Edry one of the best and the BEST among the best…..long time ago. I dream to sing his songs….but now its only a dream…….BIG BIZARRE CONGRATES TO YOU GUYS…..FUTURE DATUK EDRY…..

Leave a Reply to norhayati @ syaliaty abd wahab Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *