(HIBURAN) ROCK OUT FOR A NOSTALGIC NIGHT WITH LEFTHANDED

Spread the love

KUALA LUMPUR, 14 JAN – Menghabiskan empat dekad dalam membuat dan melakar sejarah muzik bersama, impak yang ditinggalkan sudah tentunya menjadikan LEFTHANDED, salah sebuah band Rock terhebat di Malaysia. Menjadi fenomema pada lewat 80-an hinga awal 90an, sehingga kini nama mereka terus menjadi bualan. Justeru, setiap kali membuat pengumuman untuk mengadakan konsert, semangat dan keterujaan pasti tergambar pada wajah peminat dan pengikut setia mereka.

Dengan hadirnya tahun baru 2020, Lefthanded tanpa melengah masa   mengumumkan konsert berskala besar mereka yang pertama yang bakal   diadakan di negara jiran di selatan tanahair kita iaitu Singapura, pada Mac   nanti. Membawa hits yang antara lain berjudul “Seruan”, “Keadilan”, “Lanun”, “Debunga Wangi”, “Ku Di Halaman Rindu”, “Tiada Lagi Kidungmu” “Qabul” dan “Lagenda Cinta”, konsert yang dijadualkan   berlangsung selama 2 jam ini, berpusat kepada ulangtahun Lefthanded yang ke 40 sejak ditubuhkan pada tahun 1979.

Untuk sebuah perjalanan yang panjang, kita tidak boleh menyangkal akan usaha dan kebijaksanaan satu-satunya insan yang bertanggungjawab ke atas halatuju, falsafah, perjuangan muzik dan penghasilan kesemua album Lefthanded itu sendiri. Insan yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan ialah Datuk Ramli Sarip. Atas dorongan tersebut, pihak penganjur akhirnya bersepakat untuk menyatukan kedua-dua lagenda Rock ini, Lefthanded dan Datuk Ramli Sarip di dalam sebuah konsert yang diberi nama “Seruan”.

Bercakap di sidang media ketika pelancaran, Pengurus Besar OG Offgrid Projects, En. Idi Qalif Bin Taha berkata, “Sebagai penghormatan dalam meraikan ulangtahun mereka yang ke 40 tahun, kami di OG Offgrid Projects telah mengambil keputusan untuk menjadikannya lebih istimewa dengan menyatukan Datuk Nash & Man Kidal bersama ‘Sifu’ mereka. Dan, tujuan kami memilih Capitol Theatre sebenarnya bertitik tolak daripada sejarah bangunan itu sendiri dan kawasan sekitarnya, yang dahulunya amat sinonim dengan ‘Rock Kapak’ ketika era 80an hingga 90an. Maka, tujuan kami tidak lain tidak bukan adalah untuk mengembalikan nostalgia Lefthanded dari zaman kasut Aliph dengan imej rambut kembang dan seluar ketat melewati sejarah penubuhan mereka   yang kini berusia lebih 4 dekad”.

Membuat persiapan hampir setengah tahun, Encik Idi Qalif menambah, “Syukur kami panjatkan, sekiranya konsert ini berjalan lancar, satu lagi sejarah bakal tercipta. Ini kerana, menurut rekod, belum ada pemuzik Melayu yang pernah mengadakan konsert atau pernah membuat persembahan di pentas sehebat dan seagung Capitol Theatre yang telah dibangunkan sejak 1929. Dan Lefthanded bakal mencipta sejarah itu. Justeru, para peminat tidak seharusnya melepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah “Never Before, Never Again” ini”.

Apatahlagi dengan sokongan barisan pemuzik handalan seperti Fly (pemain Bass), Ritz Metalasia (pemain gitar kedua) dan Roza Rio (pemain Keyboard. Tidak ketinggalan, penampilan khas oleh Hafiz, iaitu anak kepada bekas pemain drum Lefthanded, Man Dayak, yang kini mewarisi kebolehan bermain drum daripada arwah bapanya.

Dapatkan tiket di www.ogoffgrid.com pada harga SGD88, SGD108, SGD138 (duduk barisan atas – Dress & Circle) dan RM148 (duduk barisan hadapan – Stall). Untuk peluang bertemu ahli band Lefthanded secara dekat pada hari konsert, pemegang tiket hanya perlu menambah SGD50, termasuk T-shirt & Tote Bag PERCUMA. Terhad kepada 100 peminat sahaja. Memandangkan 50% tiket telah ditempah, dapatkan tiket anda di www.ogoffgrid.com. Maklumat lanjut

https://www.facebook.com/ogoffgridprojects/

dan

https://www.instagram.com/ogoffgridprojects/.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *