(HIBURAN) Rocketfuel Entertainment Perkenal Perkhidmatan Terbaharunya ‘Indie Space Station’ Buat Semua Label & Pengkarya Indie

Rocketfuel Entertainment sekali lagi meneroka angkasa lepas dengan memperkenalkan perkhidmatan terbaharunya iaitu Rocketfuel Indie Space Station yang akan memberi fokus khusus terhadap label dan artis indie di seluruh negara.
Rocketfuel Indie Space Station akan bertindak sebagai pihak pengurusan yang dilantik oleh label atau artis indie di bawah label muzik Rocketfuel Records yang bakal beroperasi serentak dengan tiga komponen utama roketnya iaitu Rocketfuel Talent, Rocketfuel Multi-channel Network dan Rocketfuel Live.

Terang Encik Feros Sayna, selaku Ketua Rocketfuel Entertainment yang baharu, “Rocketfuel Indie Space Station kini mempelawa mana-mana label dan artis indie yang memerlukan khidmat dari segi pelancaran lagu di platform digital, TV dan radio. Sebagai tambahan, Rocketfuel Indie Space Station juga menawarkan khidmat penerbitan dan perlesenan.

“Pelbagai kejayaan yang membanggakan telah kami raih sekaligus meletakkan jenama Rocketfuel Entertainment setaraf dengan label-label unggul di Malaysia dan sekitar rantau Asia Tenggara.

“Dikesempatan ini juga saya ingin memperkenalkan Ketua Label dan Penerbitan Rocketfuel Entertainment yang baru iaitu saudara Jipie yang akan dipertanggungjawabkan mengelolakan Rocketfuel Indie Space Station.

Encik Jipie adalah vokalis dan ketua band Pesawat yang merupakan sebuah kumpulan tempatan yang terkenal dan berpengaruh. Beliau mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang selok-belok industri muzik di Malaysia. Pelantikan beliau sebagai Ketua Label dan Penerbitan yangbaharu dapat melonjakkan lagi jenama Rocketfuel Entertainment ke peringkat yang lebih tinggi.

Menurut Encik Jipie, “Saya amat berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh Encik Feros dalam menggalas tanggungjawab yang besar ini. Perancangan masa hadapan saya adalah untuk menaikkan nama Rocketfuel Entertainment sebagai salah satu agensi bakat yang berpengaruh dan disegani di Malaysia dan rantau ini.”

Sehubungan dengan itu, Rocketfuel Entertainment juga turut memperbaharui dan menambahbaik laman sesawang rasminya baharu-bahru ini dengan perantara yang lebih menarik sejajar dengan identiti jenama Rocketfuel Entertainment yang moden ditambah dengan elemen bersahaja.

Laman sesawang terbaharu itu juga akan menampilkan pelbagai perantara berguna yang memudahkan bakal rakan niaga dan pengguna membuat semakan tentang perkhidmatan baharu yang ditawarkan.

Selain itu, laman sesawang tersebut turut mempamerkan dan memberikan maklumat tentang keluaran terbaharu serta projek-projek akan datang daripada Rocketfuel Entertainment agar kesemua yang terlibat sentiasa memperoleh perkembangan yang terkini.

Sebagai tambahan, laman sesawang terbaharu Rocketfuel Entertainment akan memaparkan setiap talent secara individu daripada rangkaian keluarga besarnya supaya mudah bagi bakal pelanggan merangka apakah tindakan selanjutnya dalam mewakili jenama mereka.

Team Rockerfuel Entertainment akan terus memastikan isi kandungannya dikemaskini dari semasa ke semasa dengan berita-berita terkini bersama talent terbaharunya.

Jangan lupa untuk melayari laman sesawang rasmi yang terbaharu di www.rocketfuelent.com

See less

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *