(HIBURAN) SARINGAN SEPARUH AKHIR MUZIK MUZIK BERMULA!

Spread the love

Bersiaran Setiap Malam Ahad Mulai 11 November 2012

Petaling Jaya, 29 Oktober 2012 – Muzik Muzik Separuh Akhir kini kembali dengan edisi ke-27 bagi meneruskan kesinambungannya dengan menampilkan 30 buah lagu untuk berentap menempa nama ke Anugerah Juara Lagu 27. Pastinya ramai yang tertanya-tanya dan tidak sabar untuk mengetahui penyanyi dan lagu manakah yang akan beraksi di atas pentas separuh akhir Muzik Muzik bermula November ini?

Pihak Galaksi Media Online (GMO) ingin berkongsi foto-foto menarik disekitar majlis cabutan undi untuk Separuh Akhir Muzik-Muzik ke 27 [LINK GAMBAR]

kredit gambar : FAP IMAGES

Muzik Muzik merupakan rancangan popular dengan paparan carta lagu tempatan dan persembahan artis yang menarik, program ini juga bertujuan untuk memartabatkan industri muzik tanahair terutamanya memberi pengiktirafan kepada komposer, penulis lirik dan penggubah lagu. Seperti sebelumnya, MUZIK MUZIK 27 masih mengekalkan sistem pencalonan baru iaitu berdasarkan carta lagu popular stesen radio tempatan untuk menzahirkan keseimbangan, dimana setiap lagu dipilih berdasarkan citarasa pendengar dari pelbagai faktor yang berbeza seperti demografi, genre dan peringkat umur.

Menurut Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Encik Ahmad Izham Omar berkata, “Muzik Muzik merupakan salah satu program terulung TV3 sejak ia diterbitkan 27 tahun lalu. Sinonim dengan paparan carta lagu tempatan popular dan persembahan artis yang menarik, program muzikal sebegini terbukti menjadi anjakan utama bagi komposer, penulis lirik dan penggubah lagu tempatan untuk terus berkarya, seterusnya menyumbang kepada kelahiran bakat-bakat baru untuk memantapkan lagi industri muzik tanah air. Dengan itu, untuk edisi ke-27 ini kami ingin terus menghargai bakat seni terutamanya golongan muda yang banyak memberi inspirasi dalam memeriahkan industri hiburan tempatan dengan menganjurkan Separuh Akhir Muzik Muzik.”

“Di samping itu, semangat yang lahir dari penggiat-penggiat seni ini juga telah menyuntik semangat kepada pihak produksi dalam memperbaiki mutu program dan sentiasa tampil dengan pengisian kandungan yang lebih berkualiti dan kreatif untuk ditonton. Pihak produksi dan TV3 menjanjikan sebuah persembahan yang mantap dan penuh dengan kelainan yang ternyata berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini,” tambah Izham Omar.

Lebih menarik, pusingan separuh akhir Muzik Muzik 27 akan turut diserikan dengan persembahan artis jemputan setiap minggu seperti Salam ditemani dengan Altimet dan DJ Fuzz yang akan membawakan medley lagu “Tanya Sama Itu Hud Hud/Bangkit”, kumpulan Meet Uncle Hussain  menampilkan Fauziah Gambus untuk minggu kedua dan nantikan gandingan segar Fida Ibrahim dan Datuk AC Mizal yang pastinya menghiburkan semua yang hadir di studio dan penonton di rumah mendendangkan lagu popular zaman 80’an yang kini diberi nafas baru, “Apo Ko No Eh Jang”.

Sebanyak 30 buah lagu akan dipertandingkan dalam tiga pusingan yang berlangsung pada 11 November 2012 (11 lagu), 18 November 2012 (11 lagu) dan 25 November 2012 (8 lagu) dan dibantu oleh gandingan hos, Faiz dan Chad.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam – 10.30 malam untuk bahagian 1 & 2, manakala separuh akhir bahagian 3 pula akan menemui penonton bermula jam 10.00 malam. Hanya 12 buah lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu berdasarkan pemarkahan oleh juri profesional akan diumumkan sejurus tamatnya Separuh Akhir Muzik Muzik 27 bahagian 3.

Terbitan Primeworks Studios dan diterajui oleh Khalijah Mohamed (Kelly) selaku penerbit eksekutif, setiap konsert separuh akhir turut menampilkan Hamsiah Biri sebagai penerbit untuk separuh akhir pertama (11 November), Mohd Zamzuri Mohd Zaini (18 November) dan Azman Abdul Gafar untuk separuh akhir bahagian ke-3 yang akan berlangsung pada 25 November nanti.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyaksikan persembahan hebat artis-artis kegemaran mereka mempertandingkan lagu-lagu popular di peringkat separuh akhir, tiket-tiket percuma boleh

diperolehi di Balai Pengawal Sri Pentas Bandar Utama dan Balai Pengawal Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada 8 November (Separuh Akhir Muzik Muzik bahagian 1), 15 November (Separuh Akhir Muzik Muzik bahagian 2), dan 22 November (Separuh Akhir Muzik Muzik bahagian 3) mulai jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang.

Muzik-Muzik Separuh Akhir 27 turut memperkenalkan XPAX, jenama prabayar terkemuka oleh Celcom Axiata Berhad sebagai penaja utama, manakala Hot.FM pula dipilih sebagai stesen radio rasmi.

“Xpax, jenama utama prabayar Celcom, amat berbangga dan berbesar hati dapat mencetuskan rancangan Muzik Muzik pada peringkat separuh akhir buat julung kalinya. Rancangan ini selari dengan matlamat Xpax dalam mencetuskan nadi jiwa muda sekaligus memberi peluang kepada kami untuk membawa lagu-lagu gubahan komposer dan penulis lirik tempatan secara langsung menerusi siri Time To Muxic’ Xpax yang menjanjikan pengalaman muzik unik khusus untuk para penonton dan pelanggan-pelanggan Xpax kami,” kata Zalman Aefendy Zainal Abidin, Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Berhad. 

 

Berikut adalah senarai 30 lagu-lagu yang berjaya ke peringkat separuh akhir :-  

  • 11 November 2012 (Ahad)
No Lagu Artis Komposer Penulis Lirik No. Giliran
1. Cerita Dia Drama Band Ammar Habir Aepul

1

2. Idola Azlan & The Typewriter Audi Mok Azlan

2

3. Watak Hafiz Aidit Alfian AD Samad

3

4. Aku Datang Tomok Tomok Rafidah Abdullah

4

5. Aku Suka Dia Ainan Tasneem Ainan Tasneem Ainan Tasneem

5

6. Pelangi Senja Stacy Taja Tun Teja

6

7. Jerrypah Aizat Anas & Aizat Aizat

7

8. Majnun Hazama Audi Mok Audi Mok / Omar K

8

9. Pencinta Terbaik Sofaz Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim

9

10. Kasanova Stacy Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim

10

11. Biar Sampai Ke Bintang Asmidar Ajai Ahmad Farid Abdul Jalal

11

  • 18 November 2012 (Ahad)
No Lagu Artis Komposer Penulis Lirik No. Giliran
12. Anak Kampung One Nation Emcees & Jimmy Palikat Jimmy Palikat Jimmy Pakikat & One Nation Emcees

1

13. Terukir Di Bintang Yuna Yuna Zarai Yuna Zarai

2

14. Angkasa Diandra Arjunaidi Diandra Arjunaidi Diandra Arjunaidi

3

15. Tanpamu Amir Jahari Amir Jahari Amir Jahari

4

16. Sesaat kau Datang Ramlah Ram & Sleeq ID Mifzal Zie Syafruddin

5

17. Ombak Rindu Hafiz & Adira Zaidi Zaidi

6

18. Terlalu Mencintaimu Suki Ajai Jeremy Chong

7

19. Beginilah Caranya Shaheizy Sam & Yana Ajai Ajai

8

20. Tapi Bagaimana Spider Tam Spider M.Nasir

9

21. Sebelah Jiwaku Jaclyn Victor Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim

10

22. Lagu Bedroom Sanctuary Bo Amir Iqram Bo Amir Iqram

11

 

 

 

 

 

 

  • 25 Oktober 2012 (Ahad)
No Lagu Artis Komposer Penulis Lirik No. Giliran
23. Teman Pengganti Black & Malique Malique Malique

1

24. Harapan Hyper Act Hyper Act Frozen

2

25. Panik Bunkface Sam Bunkface Sam Bunkface

3

26. Simetri Hazama & Amy Search Audi Mok Zel Firdhaus Haduan

4

27. Mesti Ada Cinta Akim & Fiq Kuncidemak Kuncidemak

5

28. Andaiku Bercinta Lagi Mojo Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim

6

29. Patah Seribu Shiela Amzah Shiela Amzah Shiela Amzah

7

30. Ku Akui Hafiz Ajai Ajai

8


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *