(HIBURAN) “SEPARUH MATI KU BERCINTA” LAGU TERBAIK SEPARUH AKHIR MUZIK-MUZIK 32 MINGGU KEDUA

Spread the love

PETALING JAYA, 6 NOVEMBER 2017 – Bagaikan dipukau dengan vokal mempersona, lagu nyanyian Dayang Nurfaizah, Separuh Mati Ku Bercinta mengungguli minggu kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 (SFMM32) malam tadi. Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Ajai itu dipilih oleh juri professional iaitu  AG Coco, Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY, Pak Ngah dan Datuk Mokhzani selaku ketua juri. Namun, tidak semestinya lagu itu akan terus layak ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL 32) kerana masih berbaki 10 buah lagu yang bakal berentap di minggu terakhir dan keputusan hanya akan diumumkan pada 12 November ini.

10 buah lagu yang telah membuat persembahan mengikut turutan pada malam tadi adalah:

  ARTIS LAGU KOMPOSER PENULIS LIRIK
1. DRAMABAND & HAIZA Jangan Pernah Berdusta Aepul Roza Aepul Roza
2. SUFI Aku Sanggup Edry Abdul Halim Edry Abdul Halim
3. TOMOK & BLACK Rempuh Omar K, Ezra Kong, John Jeevasingham Hael, Zel
4. AIZAT Jangan Menangis Aizat Amdan, Mike Chan, Faizal Tahir Aizat Amdan, Mike Chan, Faizal Tahir
5. SUFIAN SUHAIMI Harus Aku Sirkhan Sirkhan
6. FLOOR 88 Zalikha Zai Hamzah Zai Hamzah
7. ARA JOHARI Warkah Untuk Mu Hang Nadim Laq
8. DAYANG NURFAIZAH Separuh Mati Ku Bercinta Ajai Ajai
9. AIMAN TINO Permata Cinta Apit A.C.K
10. SITI NORDIANA Terus Mencintai Nana Alias Nana Alias

Pentas separuh akhir malam turut dimeriahkan dengan persembahan pembukaan oleh Ajak dan Shuk (mashup lagu Ghazal Untuk Rabiah, Terukir Di Bintang, Ku Kunci Cintaku Dalam Hatimu, Karma & Awan Nano). Selain itu, turut membuat persembahan adalah Hafiz Suip dan Jaclyn Victor (Aku Negaraku), Ezlynn dan Siti Sarah (Hai Hai Bye Bye & Jangan Kau Mimpi).

Jangan lupa untuk saksikan persembahan 10 buah lagu lagi di Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 minggu ketiga  untuk mengetahui 12 lagu yang bakal berentap di pentas AJL 32 yang bakal berlangsung Februari tahun hadapan.

SFMM 32 boleh juga ditonton secara langsung di portal video tonton (www.tonton.com.my) dan juga youtube @TV3Malaysia. SFMM 32 turut disokong oleh Geng Radio iaitu Hot FM & Kool FM, Geng Media Harian Metro dan Berita Harian serta Geng Media Digital Ohbulan!. Orang ramai yang ingin menonton SFMM32 minggu terakhir boleh mengambil tiket di Kaunter Pengawal Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 8 November ini bermula jam 10 pagi hingga 5 petang. Tiket adalah terhad. Jangan lupa untuk hashtag #SFMM32 bagi menghangatkan lagi minggu Separuh akhir Muzik-Muzik 32 di laman sosial anda!.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *