(HIBURAN) Siaran Media : Album Kompilasi – KOTAK TERBAIK

Spread the love

KOTAK

BERSEMPENA DENGAN PENGRILISAN ALBUM TERBAIK DI INDONESIA. KUMPULAN KOTAK TELAH MELAKUKAN KONSERT DI 8 TEMPAT DALAM TEMPOH 8 HARI DEMI PEMINAT KESAYANGAN MEREKA. KOTAK – TERBAIK

Kumpulan KOTAK ditubuhkan pada tahun 2004 di mana mereka menjadi juara di pertandingan Dream Band dan tahun ini merupakan tahun kesembilan KOTAK berada di persada muzik Indonesia. Kini, kelantangan suara Tantri, kehebatan ‘strum’ gitar daripada Cella dan bass daripada Chua boleh didapati di album terbaru KOTAK yang bertajuk TERBAIK. KOTAK yang telah popular di Indonesia ini telah mengeluarkan 4 album studio dengan beberapa pencapaian dan anugerah daripada Industri Muzik Indonesia dan Anugerah Planet Muzik. TERBAIK merupakan album yang harus dimiliki kerana ia merupakan kompilasi pertama yang merangkumi kesemua lagu-lagu hit daripada album KOTAK yang terdahulu dan juga beberapa buah lagu baru. Band yang berasal dari Jakarta ini juga memperjuangkan lagu-lagu berkonsepkan modern rock.

Album TERBAIK memuatkan 17 buah lagu-lagu hit dari empat album terdahulu, 3 buah lagu baru, dan dua trek bonus. Tiga lagu baru tersebut adalah ‘HIJAUKAN BUMI’, ‘I LOVE YOU’, dan ‘KECUALI KAMU’ dan dua trek bonus adalah ‘JETLAG’ nyanyian bersama kumpulan punk rock daripada Kanada iaitu SIMPLE PLAN dan ‘AKU YANG TERSAKITI’ nyanyian bersama Judika. Untuk lagu terbaru KOTAK, mereka telah bekerjasama dengan komposer ternama Indonesia, Pay dan Dewiq yang pernah menghasilkan lagu untuk penyanyi terkenal Indonesia seperti Rossa, Krisdayanti dan Agnes Monica. Ini menandakan bahawa Pay dan Dewiq nampak akan kehebatan kumpulan KOTAK untuk meletakkan dan menaikkan nama mereka di Industri Muzik Indonesia.

Lagu “AKU YANG TERSAKITI” merupakan salah satu single daripada album Judika. Oleh kerana Judika dan Kotak sering dijemput untuk melakukan duet untuk lagu “AKU YANG TERSAKITI”, mereka telah bercadang untuk merakamkan dan menyanyikan semula lagu ini. Lagu yang begitu mendayu-dayu ini mengisahkan tentang kekasihnya yang ingin memutuskan cinta mereka setelah bertemu dengan cinta lain. Lagu yang begitu syahdu ini sering mendapat sambutan yang hangat di stesen-stesen radio tempatan Malaysia.

‘KECUALI KAMU’ pula merupakan single kedua daripada album TERBAIK. Lagu ini mengisahkan tentang betapa peritnya proses sebuah hubungan yang harus di hadapi oleh sepasang kekasih. Lirik untuk lagu ini juga menggambarkan tentang kisah hati yang sudah biasa dilukai oleh bekas kekasihnya tetapi tidak pada kekasih barunya. Dia seolah-olah mati sekiranya kekasih hati meninggalkannya. Muzik video ‘KECUALI KAMU’ juga boleh di dapati di YouTube ‘channel’ mereka iaitu di KOTAKBandOfficial.

Bersempena dengan pengrilisan album TERBAIK di Indonesia, kumpulan KOTAK telah melakukan konsert di 8 tempat dalam masa 8 hari. Ini membuktikan betapa tinggi semangat mereka dalam memperjuangkan lagu dan muzik untuk peminat-peminat mereka.

 

Lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album “TERBAIK’ adalah:

1.      Aku Yang Tersakiti (Feat. Judika)

2.      Hijaukan Bumi.

3.      I Love You

4.      Kecuali Kamu

5.      Tendangan Dari Langit

6.      Terbang

7.      Lupa Ingatan

8.      Tinggalkan Saja

9.      Pelan- pelan Saja

10.  Kosong Toejoeh

11.  Cinta Jangan Pergi (CJP)

12.  Selalu Cinta

13.  Masih Cinta

14.  Cuci Mata

15.  Beraksi

16.  Energi

17.  Jetlag (Simple Plan Ft. Kotak)

 

Kepada peminat setia KOTAK, jangan lupa untuk mendapatkan album TERBAIK ini sekiranya anda benar-benar Kerabat KOTAK. Harga bagi album ini adalah RM 27.90. Album TERBAIK daripada KOTAK ini merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *