(HIBURAN) Siaran Media : Album Kompilasi – ZAMANI SLAM SHAMRIN FOTOGRAF

Spread the love

zamani

ZAMANI SLAM DAN SHAMRIN FOTOGRAF KINI MUNCUL DENGAN ALBUM KOMPILASI YANG MEMUATKAN LAGU-LAGU BERHANTU MEREKA YANG POPULAR SEJAK ERA 80-AN DAN 90-AN SEHINGGA KINI.ZAMANI SLAM SHAMRIN FOTOGRAF

Zamani dan Shamrin merupakan vokalis bagi kumpulan yang cukup terkenal iaitu Slam dan juga Fotograf yang sering menjadi sebutan pada era 1980-an dan 1990-an sebelum mereka menempa nama sebagai penyanyi solo. Kehebatan mereka dianggap seiring dengan Amy Search dan Awie Wings yang mempunyai imej dan suara yang tersendiri. Sehingga kini Zamani dan Shamrin mempunyai peminat yang masih setia dengan lagu-lagu mereka. Album kompilasi ini telah memuatkan lagu-lagu berhantu seperti Nur Kasih, Gerimis Mengundang, Maria Mariana, Nafas kasih, dan Di Alam Fana Cinta yang sehingga kini masih menjadi siulan orang ramai.

Slam merupakan salah sebuah kumpulan lama yang telah meniti populariti dalam dunia muzik tanah air di mana mereka pernah menuju ke puncak kejayaan sebagai penyanyi berkumpulan. Nama Zamani, Shah, Man, Eddie, Lili dan Ajak tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat seni suara tanahair, khususnya selepas kejayaan album kedua mereka yang berjudul `Kesan Terbukti`. Hingga kini Slam kekal sebagai kumpulan muzik paling berpengaruh di Malaysia dengan jualan keseluruhan album di seluruh dunia lebih 1 juta unit.

Kumpulan Fotograf pula ditubuhkan pada tahun 1987 oleh empat orang anak muda iaitu Shamrin (penyanyi), Amran (pemain gitar dan bass), Abol (pemain gitar utama), dan Ringo (pemain drum). Mereka menghasilkan album pertama yang bertajuk Iramanya Bergetar pada tahun 1989. Selepas kejayaan album itu, kumpulan Fotograf menghasilkan lima buah album penuh iaitu 7:30 Psikosis (1990), Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997). Antara lagu yang mempopularkan mereka ialah Nafas Kekasih, Asmara Gerhana, dan Luka Seribu Rindu. Kumpulan Fotograf juga pernah memenangi Lagu Pop Terbaik di pertandingan Juara Lagu 1992 untuk lagu Di Alam Fana Cintamu.

Harga bagi album ini adalah RM 27.90. Album ZAMANI SLAM SHAMRIN FOTOGRAF ini merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *