(HIBURAN) Sidang Media Konsert YUNA HOMECOMING CONCERT 2012

Spread the love

Bertempat di Greens 3 Function Room, Sports Wing, Tropicana Golf & Country Resort , telah berlangsungnya sidang media untuk konsert Yuna HomeComing Concert 2012 yang dibawakan oleh Talent Harvest berkolaborasi bersama rakan penajaan seperti Canon, Olay, radio ERA dan rakan media Rentak Sejuta. Konsert yang bakal berlangsung di 2 lokasi iyang berbeza aitu Pulau Pinang dan Sarawak itu bakal menjanjikan suatu kelainan dimana Yuna bakal mempersembahkan lagu-lagu baru dan lama serta buat kali pertamanya beliau akan berkongsi dengan pendengar dan peminat di Malaysia hasil-hasil pengalaman yang beliau pernah timba semasa berada di Amerika Syarikat. Menjawab soalan kenapa beliau memilih 2 lokasi ini, Yuna menerangkan, beliau cuba untuk keluar dari lokasi utama seperti Kuala Lumpur demi memberi peluang kepada peminat beliau yang berada di luar kawasan Kuala Lumpur. Beliau juga menjelaskan bahawa 2 lokasi ini mempunyai ramai peminat-peminat Yuna tetapi tidak berpeluang untuk menikmati persembahan Yuna secara langsung. Bagi peminat Yuna di Kuala Lumpur, jangan terlalu risau kerana pada bulan November nanti Yuna akan membuat kemunculan pada konsert URBANSCAPES 2012 pada 24 & 25 Nov 2012 nanti.

kredit gambar : Rentak Sejuta


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *