(HIBURAN) Sissy Imann – Bebas

Petaling Jaya, 8 Julai 2021 – Sissy Imann kini tampil Bebas! Itulah tajuk lagu terbaharu beliau yang kini telah pun berada di pasaran sejak 11 Jun 2021 yang lalu. Lagu Bebas ciptaan trio Mas Dewangga, Jova Devito dan Aden King ini telah mendapat lebih daripada 47 ribu tontonan menerusi Youtube MonkeyBone.

Lagu Bebas ini mengisahkan tentang seorang wanita yang inginkan kebebasan dalam mencari erti sebenar kehidupan, dan tidak mahu dikongkong terutamanya dalam mencari erti cinta abadi. Itulah yang ingin disampaikan oleh penyanyi versatil, Sissy Imann menerusi lagu Bebas ini. Bebas juga akan menjadi lagu soundtrack untuk drama “Perisik Cinta Tak Diundang” yang dilakonkan oleh Andi Bernadee, Shiha Zikir, Hafidz Roshdi, Wani Kayrie dan ramai lagi. Drama yang dijangka menjadi hit ini bakal menemui penonton setia TV3 tidak lama lagi.

“Ini merupakan single pertama Sissy bagi tahun 2021 dan kali pertama juga Sissy bekerjasama dengan tiga komposer terkenal tanah air iaitu Mas Dewangga, Jova Benito dan Aden King. Lagu yang dibawakan kali ini amat berbeza daripada lagu-lagu sebelum ini. Lebih teruja apabila lagu ini akan menjadi lagu soundtrack untuk drama di TV3. Tentunya Sissy rasa seronok dan teruja,” jelas Sissy Imann.

Lagu Bebas pastinya mendapat sambutan ramai apatah lagi dengan sokongan daripada pengikut Instagram Sissy Imann yang mencapai lebih 233 ribu pengikut. Pengalaman Sissy Imann dalam bidang nyanyian juga tidak dapat disangkal lagi. Apatah lagi beliau turut berkebolehan bermain pelbagai instrumen muzik seperti gitar, piano, bes dan biola. Selain karier sebagai penyanyi, beliau juga merupakan seorang pemuzik dan pengacara televisyen. Nama beliau mula melonjak naik menerusi lagu Mungkin Kamu apabila video muzik ini mencecah sehingga 750,000 tontonan Youtube.

Sepanjang kariernya bergelar penghibur, penyanyi “beauty with brain” ini juga pernah muncul dengan single antaranya Pesanan Ayahanda, Sudahlah (Meow), Entah Apa Rasa Bisa Mencinta.

Single Bebas edaran Alternate Records (MonkeyBone) kini boleh didapati di Spotify, Apple Music, Deezer, Joox, KKBox, YouTube Music and iTunes pada hari yang sama. Lirik muzik video Bebas kini sudah boleh di tonton di laman YouTube MonkeyBone, layari https://m.youtube.com/watch?v=JNu8sOgWp-4 .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *