(HIBURAN) Skrin Di 9 minggu ini : Menggenggam Janji

menggenggam janjicropsmall

Skrin Di 9 minggu ini membawakan anda sebuah drama menarik arahan Heykal Hanifah iaitu Menggenggam Janji.  Menggenggam Janji menampilkan pelakon hebat Zamarul Hisham, Fouziah Gous, Janice Zelynn dan adik Khairisyah Kemal. Menggenggam Janji mengisahkan kehidupan saudara baru yang bergelut dengan perasaan untuk terus kekal istiqamah dengan ajaran Islam. Rahmah, seorang mualaf yang sanggup meninggalkan agama asalnya demi cintanya terhadap seorang lelaki bernama Jalil (Zamarul Hisham). Tetapi setelah mereka berkahwin, Rahmah mula menemui hidayah untuk terus taat dan mendalami ajaran Islam dengan hati yang ikhlas. Sebagai seorang suami, Jalil dilihat semakin lalai dengan tugasnya untuk membimbing Rahmah dan anak mereka, untuk menjadi muslim sejati. Akibat terlalu sibuk dengan perniagaanya, Jalil hanya membiarkan Rahmah tercari-cari sendiri ilmu agama dan sering tidak mengendahkan penyakit yang dihidapi Rahmah.

page

Rahmah berkenalan dengan Syuhada, jururawat yang sering merawatnya di hospital ketika dia menjalani rawatan.  Kepada Syuhada, Rahmah sering meluahkan perasaannya.  Malah di saat akhir Rahmah, dia memberikan amanat pada Syuhada untuk memastikan Jasmin tidak akan terpesong dari ajaran Islam.  Setelah Rahmah tiada, Syuhada menjalankan tanggungjawabnya untuk menjaga Jasmin dan membuatkan hati Jalil terpaut pada keikhlasan Syuhada.  Jalil mahu melamar Syuhada untuk menjadi pengganti Rahmah dan berjanji dia tidak akan mengulangi kesilapan yang lalu dan tidak akan lalai dengan tanggungjawabnya.

Tetapi, satu kebenaran telah terbongkar dan membuatkan Syuhada berat untuk menerima lamaran Jalil.  Apakah yang menjadi penghalang cinta mereka? Saksikan Menggenggam Janji di slot Skrin Di 9, Rabu ini, 29 Mei jam 8.30 malam di TV9.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *