(HIBURAN) sooka Meraikan Tahun Pertamanya di Malaysia Dengan Pelan VIP TV Baharu

Spread the love

Kuala Lumpur, 23 Jun 2022 – sooka, aplikasi penstriman hiburan tempatan, menandakan tahun pertamanya di Malaysia melalui sambutan ‘sooka Dah Besar Sekarang’ di Rex KL hari ini, untuk meraikan pengembangannya ke TV Pintar dengan pelancaran sooka VIP TV, sekaligus memperkenalkan siri Original kedua – Hantu Raya Pergi Perang.

Emarina Kamal, Ketua Rancangan di sooka, berkata: “Setahun selepas pelancaran kami di Malaysia, pengembangan kami ke skrin besar ini dilaksanakan pada masa yang tepat, berikutan lebih banyak kandungan tempatan dihasilkan dan pelbagai acara sukan tersedia untuk penonton nikmati di skrin pilihan mereka. Kini, kami mempunyai kira-kira 71% pengguna  yang menikmati kandungan kami pada peranti mudah alih. Melalui sooka VIP TV, kami ingin menjangkau lebih ramai penonton yang memilih untuk mengstrim kandungan kegemaran pada TV Pintar mereka. Dengan sooka, pengguna kini akan mempunyai pilihan dan kemudahan untuk memilih bagaimana dan di mana mereka mahu menonton kandungan, sama ada pada peranti mudah alih mereka pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, atau pada skrin besar dalam keselesaan di rumah sendiri.”

sooka Menjalin Kerjasama dengan Jenama TV Pintar

Pelan langganan sooka VIP TV diwujudkan melalui kerjasama dengan Samsung, LG, Sharp dan Sony, di mana pengguna boleh memuat turun aplikasi sooka dari model Smart TV terpilih daripada jenama-jenama ini. Pada harga langganan sebanyak RM84.90 sebulan, sooka menawarkan promosi berterusan ‘Beli 1 bulan, Percuma 1 bulan’* yang akan berakhir pada 15 Julai 2022, di mana pelanggan sooka VIP TV akan menerima langganan percuma pada bulan kedua. Langganan pelan sooka VIP TV ini turut membuka akses kepada semua kandungan premium di bawah pelan VIP+Sports dan VIP Entertainment, untuk tontonan serentak satu Smart TV serta dua log masuk peranti mudah alih.

Emarina menambah: “Pencapaian satu tahun kami telah menampakkan perkembangan posisi kami daripada sebagai aplikasi penstriman hiburan yang membolehkan pelanggan untuk menstrim daripada peranti mudah alih di mana-mana sahaja, kepada penstriman di skrin besar- hasil daripada sokongan pelanggan, rakan kongsi, pencipta karya, dan penyedia kandungan tempatan kami. Sejak ditubuhkan, kami telah berjaya mendaftar 1.5 juta muat turun aplikasi kami, menstrim sejumlah 556 juta minit kandungan hiburan dan sukan, dan melancarkan dua siri Original, termasuk yang ditayangan pada hari ini iaitu Hantu Raya Pergi Perang.”

Satu Lagi Siri Original dari sooka

Siri Original keduanya, Hantu Raya Pergi Perang, dibintangi oleh Hun Haqeem, Sharifah Sakinah, Rashidi Ishak, Syean Mokhtar dan Iman Corinne yang memegang watak utama, akan menemui peminatnya di sooka bermula pada 24 Jun 2022.

Hasil arahan Wan Hasliza dan Wan Alak – pengarah yang memenangi anugerah menerusi Keluarga Iskandar – Hantu Raya Pergi Perang adalah drama komedi-seram yang memaparkan kisah masyarakat kampung yang masih mempunyai kepercayaan kuat kepada legenda hantu dan cerita rakyat Malaysia. Diterbitkan melalui usahasama dengan syarikat produksi tempatan, KL Motion, siri ini merupakan kandungan premium di bawah pelan sooka VIP Entertainment dan lapan episodnya ditayangkan secara eksklusif di sooka. Menariknya, pelanggan sooka VIP TV boleh menonton satu episod secara percuma pada 24 Jun 2022.

Pelan langganan sooka terdiri daripada VIP Entertainment, VIP+Sports dan VIP TV, masing-masing pada harga RM15.90, RM41.90 dan RM84.90 sebulan. Untuk menikmati sooka dan menonton aksi sukan kegemaran anda SECARA LANGSUNG dan kandungan hiburan tempatan terbaik pada peranti mudah alih anda dan skrin besar bersama insan tersayang, muat turun aplikasi sooka dari Apple Store atau Google Play Store (untuk aplikasi mudah alih) dan Samsung, LG, Sharp dan kedai aplikasi Sony (untuk VIP TV). Semua pelan langganan sooka tidak terikat dengan kontrak dan tanpa komitmen.

Untuk makluman terkini dan promosi, jangan lupa mengikuti sooka di Facebook (sooka Malaysia) dan Instagram di @sookamalaysia), atau kunjungi  https://sooka.my/en/.

* Promosi ini tersedia untuk langganan melalui laman web dengan pembayaran menggunakan kad kredit atau debit sahaja

* Promosi adalah terhad kepada pelanggan baharu VIP TV sahaja


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *