Kuala Lumpur, 16 Jun 2016 – Kempen Syukur Selalu anjuran Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad diteruskan lagi untuk tahun kedua bagi meraikan bulan Ramadan dan Syawal ini. Kempen Syukur Selalu yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh orang ramai telah memulakan penjelajahan aktiviti bazarnya ke Sungai Petani, Kedah pada 11 Jun lalu, diikuti dengan Johor Bahru, Johor pada 18 Jun ini.
Aktiviti padang yang dijalankan sempena Kempen Syukur Selalu ini adalah merangkumi bazar dan juga Jom Masjid. Jom Masjid yang akan diadakan di Kuala Kangsar, Perak dan Krubong, Melaka. Selain daripada aktiviti padang ini, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, khususnya TV3 dan TV9 turut menyediakan program-program eksklusif Aidilfitri yang merangkumi genre telefilem & filem, Raudhah, hiburan & variasi, dan bual bicara buat penonton setianya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid, ”Kempen Syukur Selalu tahun ini menjadi lebih meriah kerana buat julung kalinya rangkaian televisyen Media Prima Berhad berkolaborasi dengan Pavilion KL, pusat beli-belah terkemuka tanah air. Sepanjang Syawal ini, Pavilion KL akan dihiasi dengan motif Syukur Selalu dan juga hiasan Laman Idaman yang bersesuaian dengan sambutan Syawal di Centre Court Pavilion KL. Para pengunjung semestinya dapat merasakan kehadiran kami di sana. Turut menghiasi pusat membeli-belah tersebut adalah dua booth istimewa kami iaitu Syukur Selalu Bersamamu, bertujuan untuk pengunjung menderma dan melakukan amal jariah dan juga booth Syukur Selalu Digital mempromosikan aplikasi-aplikasi yang diinisiatifkan oleh Media Prima Labs.”
“Menjadi pilihan nombor satu dan dua dalam kalangan penonton Melayu pada bulan Syawal, TV3 dan TV9 telah menyediakan program-program yang mengandungi unsur-unsur pengajaran dan penginsafan yang dapat mengeratkan lagi ukhwah antara keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan masyarakat sekeliling. Lebih istimewa, kempen Syukur Selalu juga membabitkan platform Media Prima yang lain iaitu rangkaian radio (Hot FM & Kool FM), tonton, media cetak (New Straits Times, Harian Metro dan Berita Harian), Media Prima Labs, CJ Wow Shop dan Studio 8,” tambah beliau lagi.
Tujuh selebriti terkenal tanahair yang dipilih sebagai duta Kempen Syukur Selalu 2016 iaitu Amar Asyraf, Fasha Sandha, Fattah Amin, Hafidz Roshdi, Janna Nick, Raja Afiq dan Uqasha Senrose telah menjayakan siri promosi kempen ini menerusi iklan pendek di kaca TV (brand ident), papan iklan (billboard), pesanan khidmat masyarakat, serta aktiviti acara padang Bazar Syukur Selalu dan Jom Masjid.
Seperti yang telah kita umumkan sebelum ini, tiga elemen utama iaitu famili, ilmu dan amal jariah akan diterapkan dalam semua program dan aktiviti padang. Ketiga-tiga elemen ini mempunyai ikatan yang berkait antara satu sama lain seperti anyaman sulam sebagai konsep pada tahun ini, yang menghubung kaitkan bukan sahaja dalam keluarga tetapi juga ikatan antara sahabat, rakan sekerja dan juga orang sekeliling.
Sepanjang Syawal ini, TV3 dan TV9 telah menyediakan pelbagai program menarik khas buat penonton setianya. Nantikan beberapa telefilem eksklusif Aidilfitri di TV3 pada minggu Raya pertama dan kedua seperti Kau, Aku Kita Raya, Hello Mr. Perfect Raya, Kak Marr Raya, Mak Cun Pi New York, Cik Cinderella dan Encik Tengku Raya dan Cinta Si Wedding Planner. Boboiboy: Sfera Kuasa juga akan ditayangkan buat pertama kalinya di kaca televisyen pada Syawal ini. Program hiburan seperti Melodi Raya, Muzik Muzik Raya dan Mentor Milenia Raya juga akan menemui penonton pada Syawal ini. Tidak ketinggalan juga program variasi dan Raudhah seperti In Person Datuk Ustaz Kazim Elias dan In Person Da’i Hamidah serta program bual bicara Malaysia Hari Ini Aidilfitri dan Wanita Hari Ini Raya.
TV9 turut membariskan telefilem eksklusif Aidilfitri seperti Derhaka, Pulang dan Duit Raya. Di samping itu, lima filem istimewa blockbuster juga disiarkan seperti Superman Returns, Harry Potter & The Deathly Hallows Part 1, Harry Potter & The Deathly Hallows Part 2, Hotel Transylvania dan G.I. Joe – The Rise of Cobra.
Program variasi dan hiburan di TV9 turut menceriakan suasana Syawal anda seperti Pop TV Raya, Kisah Di Sebalik Lagu dan Perang Bibir. Tidak ketinggalan juga program Raudhah iaitu SIS Raya dan Tanyalah Ustazah Raya serta program bual bicara Ketupat Rendang Kopi O.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di televisyen, mereka turut berpeluang menontonnya menerusi online portal tonton (tonton.com.my). Dengan adanya akaun VIP bersama tonton ini, para penonton tidak akan ketinggalan sebarang program kerana kini mereka mampu menonton program secara mudah alih.
Selain program-program eksklusif Aidilfitri di TV3 & TV9, kempen Syukur Selalu dirancakkan dengan aktiviti padang Bazar Syukur Selalu. Bakal diteruskan ke lokasi keduanya di Johor Bahru pada 18 Jun ini selepas sambutan hebat di Sungai Petani, Kedah yang dibanjiri oleh 20,000 pengunjung, bazar ini akan diserikan dengan kehadiran lebih daripada 30 selebriti tanah air.
Antaranya, Amyra Rosli, Ruhainies, Fadlan Hazim, Azrel Ismail, Wan Sharmila, Chef Fikree, Nazrief Nazri, Nadzmi Adhwa, Ain Edruce, Bell Ngasri, Talha Harith dan Syazuwan DFKL. Selain berpeluang beramah mesra dengan barisan duta Syukur Selalu dan artis-artis popular, para pengunjung juga berpeluang membeli juadah berbuka puasa di gerai-gerai yang disediakan di mana hasil jualan pada hari tersebut akan disumbangkan terus ke Tabung Bersamamu.
Selesai dengan Bazar Syukur Selalu, krew Syukur Selalu akan meneruskan penjelajahannya menerusi inisiatif baharu tahun ini iaitu Jom Masjid di Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar, Perak (22 Jun) dan Masjid Cina Al Muttaqim, Krubong, Melaka (26 Jun). Aktiviti ini bertujuan mengajak umat Islam mengimarahkan masjid pada bulan Ramadan.
Keunikan Jom Masjid ini menampilkan keistimewaan amalan moreh yang diadakan setiap kali selepas solat terawikh sepanjang bulan Ramadan. Menerusi Jom Masjid juga, para pengunjung berpeluang untuk mengikuti program ilmiah seperti rakaman program Al-Kuliyyah, bacaan ayat suci Al – Quran, tazkirah, solat Isya, berterawikh serta sesi tadarus.
Untuk mendapat perkembangan dan informasi terkini tentang kempen dan program-program menarik Syukur Selalu, anda boleh muat turun sekarang aplikasi mudah alih #SyukurSelalu yang disediakan oleh Media Prima Labs secara percuma menerusi Google Play dan Apps Store. Selain memaparkan program menarik di TV3, TV9, tonton dan Hot FM, doa harian dan mutiara kata, paparan waktu bersahur dan berbuka puasa, kiblat, lokasi masjid, info terbaharu tentang Bazar Syukur Selalu dan Jom Masjid, profil duta Syukur Selalu, tips fesyen dan resipi istimewa turut dimuatkan di dalam aplikasi ini. Aplikasi lain yang boleh dimuat turun ialah Jalan Jalan Cari Makan, Full A Mark, Harian Metro e-paper, New Straits Times e-paper, Berita Harian e-paper, Ejen Ali dan ZIP untuk kesenangan orang ramai.
Pada tahun ini, lagu tema Syukur Selalu telah diberikan nafas baharu dengan susunan muzik etnik kreatif dendangan penyanyi asal iaitu Dayang Nurfaizah dan Black. Muzik video ini turut menampilkan barisan duta Syukur Selalu.
Selain daripada promosi dari Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Kempen Syukur Selalu juga melebarkan sayapnya berkerjasama dengan platfrom-platform lain di Media Prima iaitu tonton, CJ Wow Shop, Studio 8, Media Prima Labs, rangkaian radio Media Prima dan The New Straits Time Press (Malaysia) Berhad.
Kempen Syukur Selalu dimeriahkan lagi dengan kolaborasi antara Media Prima dan rakan-rakan penaja seperti F&N, Nivea, NESCAFÉ Classic, POS Laju, TOP, Samsung dan Bank Rakyat.
F&N – Kempen Syukur Selalu dimeriahkan lagi dengan kolaborasi Media Prima bersama rakan-rakan penaja iaitu F&N. Kempen Syukur Selalu bersama F&N – Beraya & Beramal Bersamamu mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama menghayati kesucian bulan Ramadan dan Raya ini sambil menyumbang derma sebanyak RM 200,000 ke Tabung Amal Media Prima Berhad, Tabung Bersamamu bagi meringankan beban komuniti kurang bernasib baik.
Memenuhi sasaran kempen, F&N turut melancarkan video khas ‘F&N Syukur Selalu’ di media sosial, yang menampilkan duta jenama Janna Nick & Hafidz Roshdi dengan sasaran 300,000 tontonan. Kutipan tambahan sebanyak RM 100,000 ini akan turut disalurkan ke Tabung Bersamamu.
Kempen Syukur Selalu Bersama Nivea – Setulus Belaian Kasih mempunyai matlamat untuk menggalakkan masyarakat memberi perhatian dan memberi sumbangan buat keluarga yang kurang bernasib baik untuk sama-sama menyambut Ramadan dan Hari Raya. Menggabungkan kepakaran MPTVN yang telah berjaya menyentuh hati jutaaan rakyat Malaysia dengan beberapa kempen kesedaran sebelum ini, kini Nivea pula mempersembahkan sebuah drama pendek dengan jalan cerita yang unik membariskan Siti Elizad Sharifuddin dan Puteri Balqis Azizi sebagai pelakon utama. Drama bersiri ini menceritakan mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang mengenal erti suka duka kehidupan melalui ibunya. Siri mini ini disiarkan di program TV3 yang popular iaitu Sembang Sahur dan juga Wanita Hari ini (WHI).
NESCAFÉ Classic – Selain daripada peletakan produk di telefilem Cik Cinderella dan Encik Tengku Raya, para penonton juga boleh menonton babak-babak ekstra pada hari tayangan dan juga secara online. NESCAFÉ Classic juga telah memperkenalkan sebuah iklan produk yang dibintangi oleh duta mereka, Siti Saleha, dengan harapan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara penonton dan ahli keluarganya.
POS Laju pula mempunyai objektif untuk menyatukan rakyat Malaysia dengan menghantar ucapan-ucapan mereka demi memeriahkan lagi bulan Ramadan dan Syawal ini. Kolaborasi ini akan dimulakan dengan penyampaian kapsul ucapan daripada salah seorang bintang terkenal Malaysia iaitu Amyra Rosli. POS Laju juga akan menjelajah bersama kru Bazar Syukur Selalu, di mana para pengunjung boleh menggunakan pelbagai jenis khidmat pejabat pos dan juga berpeluang untuk mereka setem peribadi.
TOP – Jenama pencuci baju terunggul di Malaysia — TOP, juga menjalankan kerjasama bersama Syukur Selalu melalui kempen #TOPGAYARAYA di seluruh platform Media Prima, dari ke-udara, digital dan juga media sosial. Kolaborasi ini telah memperkenalkan sebuah iklan yang menyentuh hati, ucapan kapsul menampilkan Uqasha Senrose, Janna Nick, Fasha Sandha, dan Fattah Amin dalam pertandingan ke-udara dan digital. Untuk mendekati para penonton, TOP juga telah menjadi penaja rasmi untuk program Glam Raya, yang akan memberi keutamaan tentang fesyen-fesyen terkini Hari Raya, dan juga mengikuti perjalanan pereka fesyen Malaysia seperti Rizman Ruzaini sewaktu mereka menyiapkan koleksi Raya mereka.
Samsung – Kolaborasi antara Media Prima dan Samsung telah menghasilkan kapsul untuk memperkenalkan produk-produk terbaharu daripada Samsung J Series. Samsung akan memeriahkan lagi Raya anda dengan memberikan 10 produk Samsung J Series melalui program bual bicara Nombor Satu negara, Malaysia Hari Ini di TV3.
BANK RAKYAT – Bersempena dengan kempen Syukur Selalu yang dilancarkan oleh Media Prima Berhad, Bank Rakyat turut mengambil inisiatif untuk menjalankan Kempen Ceria Beraya ‘Dalam Keceriaan Ada Kesyukuran’ bagi memeriahkan sambutan bulan Ramadan dan Syawal ini. Selain iklan korporat kempen ‘Ceria Beraya’, Bank Rakyat turut memperkenalkan muzik video istimewa ‘Indahnya Lebaran’ dendangan Shuib Sepahtu dan Mark Adam. Lebih istimewa, muzik video ini juga dapat disaksikan di TV3. Dengan kadar tontonan yang tinggi di TV3, Bank Rakyat yakin bahawa penyiaran lagu Hari Raya ini dapat memperluaskan lagi promosi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan, meningkatkan penjenamaan Bank Rakyat serta memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.tv3.com.my dan www.tv9.com.my. Muat turun aplikasi mudah alih #SyukurSelalu dan ikuti info terkini kempen #SyukurSelalu. Hangatkan perbualan di laman sosial dengan menggunakan hashtag SyukurSelalu (#SyukurSelalu).
kredit foto : mencari rahsia alam
PROGRAM RAUDHAH EKSKLUSIF AIDILFITRI TV3
MISI K 2016
Raya Ketiga, 8 Julai 2016 (Jumaat), 5.00 petang
MISI K 2016 (Misi Kemanusiaan) memaparkan perkampungan orang Islam di Cebu, Filipina akibat taufan Haiyan. Keprihatinan sukarelawan dari Malaysia membantu dan mengurangkan bebanan negara – negara yang mengalami kisah tragedi tersebut. Angkatan Sukarelawan Asas Sejahtera (ASAS), 50 orang pelajar Universiti Malaysia Terengganu dan imam-imam muda akan membantu membina rumah, sekolah, masjid dan juga menyediakan khidmat klinik bergerak.
(English) Misi K team visits and portrays Muslim community at Cebu Island, Philipppines who had been affected by Haiyan Taycoon in 2013.
IN PERSON DATUK USTAZ KAZIM ELIAS
Raya Keempat, 9 Julai 2016 (Sabtu), 7.00 malam
Mari kenali lebih dekat lagi personaliti dan juga pendakwah terkenal Malaysia, Datuk Ustaz Kazim Elias. Beliau dikenali kerana gaya penyampaiannya yang santai dan sering berjenaka. Program 1 jam ini tidak hanya mendedahkan mengenai karier beliau sebagai seorang pendakwah, rancangan ini akan turut mendedahkan kehidupan sehariannya di rumah, sebagai seorang penulis dan juga pengetua di Sekolah Al-Barakah, Ipoh, Perak.
(English) Get to know Ustaz Kazim Elias, one of Malaysia’s most loved Islamic speakers, well-known for his casual and witty talks. This one hour special will delve into his personal and professional life not just as an independent Islamic preacher but also as a religious motivator, writer and principal at Al Baraqah School in Ipoh, Perak
IN PERSON DAI HAMIDAH
17 Julai 2016 (Ahad), 6.30 petang
Da’i Hamidah akan menceritakan kisah perjalanan hidupnya dalam bidang dakwah. Daripada seorang insan biasa yang tidak dikenali ramai sebelum ini, kepada seorang yang bergelar Juara program Da’i musim ke-3. Program khas ini akan membawa penonton untuk mengenali Da’i Hamidah dengan lebih dekat secara peribadi.
(English)Da’i Hamidah will narrate her journey from her humble beginning to the pivotal moments in her life, including winning TV3’s reality Islamic program, Da’i (Season 3). This special episode will also feature her personal life, family, education and achievement. It will also touch upon key events in her career as an Islamic preacher, from giving talks at her hometown to the prisoners’ at Kedah Jail.
MADRASAH RAYA (Ditaja oleh Tabung Haji)
17 Julai 2016 (Ahad), 10.00 malam
Madrasah Raya kali ini menyaksikan Fedtri Yahya mendekati Isa Scholer, pemuda kacukan Melayu Jerman. Dibesarkan di Malaysia, beliau tidak menghadapi masalah untuk membina jati diri sebagai Muslim. Ketika berusia 17 tahun, dia nekad berhijrah ke Frankfurt untuk membina kehidupan dan cabaran baru selain menjadi salah seorang pendakwah melalui caranya yang tersendiri. Anak-anak dilatih dengan penuh disiplin hasil bantuan isteri yang solehah. Biarpun masih tidak dapat memberi jalan hodayah kepada keluarga sebelah bapa yang kuat pegangan agama lain, Isa tidak berputus asa. Walau dilingkungi seribu Gereja, jiwanya kental dengan aqidah Islam dan terus komited menjadi Muslim yang berperibadi mulia. Ujian-ujian besar dalam hidup dijadikan asa untuk terus bertqwa kepada Allah.
(English) A special 60 minutes magazine show hosted by Fedtri Yahya where he will visit various Madrasah in Germany. Embark on the experience of the different way of life and how Islam has expanded in their continent.
PROGRAM BUAL BICARA EKSKLUSIF AIDILFITRI TV3
Malaysia Hari Ini Aidilfitri 2016
Raya Pertama, Kedua dan Ketiga, 6 – 8 Julai 2016 (Rabu – Khamis), 7.00 pagi – 10.00 pagi
Malaysia Hari Ini Aidilfitri yang berkonsepkan bual bicara muzikal menyambut lebaran yang mulia bersama-sama dengan barisan artis terkenal dulu dan kini antaranya Datuk A. Rahman Hassan, Rohana Jalil, Siti Fairuz, Aris Ariwatan, NICO, Aizat Amdan, Waris, Ronnie Hussin, Sherry Al-Hadad, Eby Yus, dan ramai lagi. Tidak ketinggalan, barisan personaliti TV3 bersama keluarga masing-masing turut memeriahkan program istimewa ini. Penonton bakal disajikan dengan lagu-lagu Raya dari zaman 60-an sehingga ke era masa kini serta kisah-kisah menarik yang dikongsikan oleh tetamu-tetamu jemputan.
Wanita Hari Ini Raya 2016
Raya Keenam, Ketujuh dan Kelapan, 11 – 13 Julai 2016 (Isnin – Rabu),
12.00 tengah hari – 1.00 petang
Wanita Hari Ini membawakan 3 tema berbeza untuk meraikan lebaran tahun ini. Tema ’Raya Sepanjang Zaman’ menggamit nostalgia penonton dengan kisah-kisah mengenai evolusi sambutan Aidilfitri yang telah berubah mengikut peredaran masa. Antara kisah yang dikongsi termasuklah persiapan menyambut lebaran, juadah raya, fesyen raya serta lagu raya. Tema ’Tabik Raya’ pula meraikan mereka yang di belakang tabir tatkala insan yang tersayang tidak dapat bersama-sama meraikan lebaran yang mulia ini atas faktor kerja mahupun kesihatan. Antaranya bersama suami seorang wirawati yang menyediakan kelengkapan Aidilfiti untuk anak-anak tatkala isteri tercinta berkorban demi negara tercinta. Tema ’Raya Yang Sempurna’ pula menyingkap makna apakah sebenarnya Raya yang sempurna bagi insan-insan yang telah hilang keupayaan sekelip mata atau kehilangan ahli keluarga dalam suatu tragedi. Bagaimanakah mereka cuba untuk meneruskan kehidupan dan menyambut Aidilfitri seperti insan-insan yang lain?
PROGRAM VARIASI & HIBURAN AIDILFITRI TV3
INDAHNYA SYAWAL
Menjelang Raya, 5 Julai 2016 (Selasa), 11.00 malam
Syawal disambut setelah kita berpuasa selama sebulan di bulan Ramadan melawan lapar dan dahaga. Ramadan juga mengajar kita bersyukur dan melahirkan lebih rasa simpati buat mereka yang kurang bernasib baik, mengajar kita erti kehidupan. Indahnya Syawal ialah sebuah program islamik 60 minit yang dipenuhi dengan zikir, nasyid, tazkirah sebagai tanda meraikan kemenangan kita melawan nafsu sepanjang berpuasa. Program ini dihoskan oleh AG Kool FM bersama pendakwah terkenal Datuk Ustaz Kazim Elias dan turut diserikan lagi dengan persembahan daripada Faizal Tahir, Yassin, Black, Akim dan Stacy.
(English) We celebrate Syawal after a month of fasting during Ramadan. It’s a celebration against one’s desire and ability to emphatize with those less fortunate. It teaches us humility and perseverance. Indahnya Syawal is a 60min Islamic show which celebrates the victory against one’s own desire. Hosted by AG Kool FM with guests renowned speaker Datuk Ustaz Kazim Elias interlaced together with zikir, nasyid, tazkirah and performances from Faizal Tahir, Yassin, Black, Akim & Stacy.
YE KE?! RAYA
Raya Pertama, 6 Julai 2016 (Rabu), 4.00 petang
Episod istimewa sempena Raya yang dihoskan oleh Ogy Ahmad Daud dan AG Kool FM ini akan dipenuhi dengan pelbagai cerita menarik mengenai selebriti tempatan yang dijemput khas, antaranya ialah Awal Ashaari, Ifa Raziah, Nazim Othman dan Erra Fazira. Topik yang akan dibincangkan bagi edisi raya ini adalah mengenai ‘Merak Kayangan’. Program santai ini akan menunjukkan sisi lain mengenai selebriti kesayangan anda. Selebriti jemputan juga akan berpeluangan untuk memenangi ‘Hadiah Raya’.
(English) Special Raya episode filled with juicy and exciting stories with local celebrities – Awal Ashaari, Ifa Raziah, Nazim Othman & Erra Fazira. The topic for this special episode will be ‘Merak Kayangan’. This light hearted discussion with celebrities showcase another side of the stars that the audience can relate to on many levels. Best of all the most happening guests will get the chance to win ‘Hadiah Raya’. Hosted by Ogy Ahmad Daud & AG Kool FM.
DAPUR PANAS VS 5 RENCAH 5 RASA
Raya Pertama, 6 Julai 2016 (Rabu), 5.00 petang
Dapur Panas vs 5 Rencah 5 Rasa bakal menyaksikan 2 chef berentap untuk membuktikan siapakah yang lebih hebat, adakah Chef Fikree ataupun Chef Sherson? Menariknya mereka masing-masing akan dipasangkan bersama selebriti sebagai tukang masak dan selebriti ini perlu memasak setiap resepi cabaran yang diberikan kepada kedua-dua chef dengan melalui pelbagai kejutan dan cabaran sepanjang program ini. Rancangan ini dihoskan oleh Nazrudin Habibur Rahman (pengacara JJCM) dan turut disertai oleh Chef Zam sebagai juri.
EDISI KHAS SEMASA
Raya Pertama – Keempat, 6 – 9 Julai 2016 (Rabu hingga Sabtu), 11.00 malam
Edisi Khas: Semasa, siri 4 episod ini akan memparodikan isu-isu semasa dalam kehidupan seharian dan viral di Malaysia dalam bentuk komedi. Dihoskan oleh Syuk dan Ropie Comey. Artis jemputan yang turut membuat kemunculan ialah Ebby Yus, Jep Sepah, Bell Ngasri, Rahim R2, Atu Zero, Chiwan dan Nonny Nadirah.
(English) “Edisi Khas: Semasa” is a 4 episode special form the popular sketch series which tiwst normal everyday problems and highlights them in a comedic twist. Each episode features parodies of current issues and trending issues in Malaysia. Hosted by Syuk and Ropie Comey. Artists: Ebby Yus, Jep Sepah, Bell Ngasri, Rahim R2, Atu Zero, Chiwan & Nonny Nadirah.
JANGAN MACAM-MACAM
Raya Kedua, 7 Julai 2016 (Khamis), 4.00 petang
Rancangan variasi Jangan Macam-Macam yang penuh gelak ketawa ini ini dihoskan oleh Chiwan dan Achok di mana mereka akan bertanyakan soalan cepumas, bermain ‘game’ dan mengenakan orang ramai di sekitar Kuala Lumpur.
(English) A wacky variety show that incorporates spontaneous interviews, surprise games and pranks on the street of Kuala Lumpur. Laugh out loud as hosts Chiwan and Achok take to the streets of the city.
YEKE?! ADIK
Raya Ketiga, 8 Julai 2016 (Jumaat), 4.00 petang
Meraihkan Raya dengan Ogy Ahmad Daud & AG Kool FM bersama-sama adik-adik cilik, Muntazar dan Firdaus Gufran, Ryssa, Rykarl dan ramai lagi. Saksikan gelagat lucu mereka menjawab soalan secara spontan dan persembahan istimewa sempena Raya ini.
(English) Yeke! Adik, a special episode for Raya that will feature kid’s age around 10-12 years old. Catch the cheekiness of the kids while they are being interviewed with funny spontaneous questions.
MELODI RAYA (Diaurakan olehAura White…shake shake uolls)
10 & 17 Julai 2016 (Ahad), 12.30 tengah hari
Program istimewa dua episod Melodi Raya ini menghimpunkan ratusan selebriti hangat Malaysia. Bersama hos Melodi raya iaitu AG Kool FM, Awal Ashaari, Marsha Milan, Ayda Jebat and Zizan Razak penonton akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu raya kegemaran ramai oleh tetamu jemputan seperti Ogy Ahmad Daud, Izreen Azminda, Siti Sarah, Rahimah Rahim dan ramai lagi bagi episod pertama. Episod kedua pula akan memaparkan gossi-gosip raya dan ucapan raya oleh para selebriti jemputan.
Hos: AG Kool FM, Awal Ashaari, Marsha Milan, Ayda Jebat and Zizan Razak.
(English) A Special 2 episode Melodi Raya featuring all the hottest and local celebrities and singers in celebrating Hari Raya Aidilfitri. The 1st episode of Melodi Raya will be highlighting on performances of favourite Raya songs whilst episode 2 will be highlighting on ‘Gossip Raya’ and artists reading out their Raya wishes. Hosted by AG Kool FM, Awal Ashaari, Marsha Milan, Ayda Jebat and Zizan Razak.
MENTOR MILENIA RAYA (Dipancarkan oleh Milenia Whitening Champ…Kunyah Kunyah Kunyah, nyum nyum nyum je. Barulah Putih)
15 Julai 2016 (Jumaat), 9.00 malam
Rancangan muzikal yang kembali menggabungkan para protégé dan mentor dalam rancangan Mentor Milenia Raya yang akan turut menampilkan Dato’ Seri Vida. Tonton persembahan bertenaga Black, Hazama, Azlan dan Akim membuat persembahan bersama protégé mereka- Fareez, Qody, Wanie, Ebba, Zetty, Mira, Han dan Nuri yang pastinya menghiburkan anda sekeluarga.
(English) A Musical Special that feature all the Mentors and Protégé from Reality Superhit Mentor Milenia featuring Dato’ Seri Vida. See Black, Hazama, Azlan and Akim perform alongside their proteges – Fareez, Qody, Wanie, Ebba, Zetty, Mira, Han and Nuri, a host of songs that will be sure to entertain the whole family! Hosted by Isey Titan & Marsha Milan.
MUZIK MUZIK RAYA
18 Julai 2016 (Isnin), 11.00 malam
Raikan Hari Raya bersama Fara Fauzana, Fizi Hot FM, Juzzthin & Zoey bersama tetamu jemputan yang akan menyampaikan lagu-lagu raya kegemaran anda dalam Muzik-Muzik Raya.
(English) Celebrate Hari Raya with Fara Fauzana, Fizi Hot FM, Juzzthin & Zoey together with other celebrities in Muzik Muzik Raya. Your all time favourite raya songs will be performed by various artists!
TELEFILEM EKSKLUSIF AIDILFITRI TV3
MINGGU RAYA PERTAMA (program disusun mengikut huruf abjad)
ADA HANTU MALAM RAYA
Penerbit : Primeworks Studios Sdn Bhd
Pengarah : Hisham Rejab
Penulis Skrip : MF Kencana
Pelakon : Issey BMB, Ammar BMB, Achok BMB, Ruminah Sidek, Shikin Kamal,
Da’i Annas, Along Eyzendy
Mengisahkan tiga sahabat, Issey, Ammar dan Syafik yang dalam perjalanan pulang ke kampung. Oleh kerana kereta mereka yang agak uzur, perjalanan mereka mengambil masa yang lebih lama daripada biasa. Ketika perjalanan, Issey mula menceritakan kisah-kisah seram untuk hilangkan perasaan mengantuk. Tiba-tiba, sesuatu tidak kena pada kereta mereka dan terhenti di bahu jalan. Seorang nenek tua bersama cucunya menghampiri mereka dan menjemput mereka berehat di rumah Nek Nek sementara menunggu mekanik tiba. Mereka pun mengikut Nek Nek dan cucunya tanpa mengenali siapakah gerangan mereka berdua.
BATU NISAN IBU
Penerbit : Zeel Production Sdn Bhd
Pengarah : Murali Abdullah
Penulis Skrip : Ahmad Hamdan
Pelakon : Reza Rosli, Nabila Huda, Ayu Raudah, Dato Rahim Razali,
Balkisyh Semundur Khan
Ana hamil setelah terlanjur dengan teman lelakinya. Ayahnya, Pak Ali berasa amat malu lantas menghalau pasangan itu keluar dari kampung. Mereka mulakan hidup baharu di pinggir bandar. Badrul ialah seorang lelaki yang suka berpoya dan menghilangkan diri tanpa berita ketika Rina berusia 9 tahun. Takdir menentukan Ana meninggal dunia dan Rina dibesarkan oleh Pak Ali. Setelah beberapa tahun Ana dikebumikan, pusaranya terbiar dan tidak mempunyai batu nisan. Rina nekad mengumpul duit demi membeli batu nisan untuk arwah ibunya. Perkara ini menimbulkan kemarahan Pak Ali kerana dia memang sengaja tidak mahu meletakkan batu nisan. Dia tidak mahu orang kampung tahu bahawa anaknya dikebumikan di kampung itu.
CIK CINDERELLA & ENCIK TENGKU RAYA (Ditaja oleh Nescafe)
Penerbit : Orangetree Production Sdn Bhd
Pengarah : Eoon Shuhaini
Penulis Skrip : Amin Shakib
Pelakon : Shukri Yahaya, Zahirah MacWilson, Puteri Aishah, Dato Eizlan Yusof,
Aleza Shadan
Sambungan daripada drama siri Cik Cinderella & Encik Tengku.
Puteri merancang untuk meraikan Hari Raya di rumah nenek dan Mak Ngah bersama anak sulungnya, Daniel. Seminggu sebelum Raya, ibu tiri baharu Puteri telah disahkan mengandung. Kebetulan ayah Puteri berada di luar negara atas urusan perniagaan. Puteri merasakan sesuatu tidak kena dan beranggapan Daniel menyembunyikan sesuatu daripadanya. Hakikatnya, Daniel dinaikkan pangkat dan terpaksa ke luar negara. Dia terpaksa menyembunyikan dulu berita tersebut daripada pengetahuan Puteri untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. Masa kian suntuk, ibu tiri Puteri sudah sarat dan bakal melahirkan bayi dan ayah Puteri masih belum pulang.
CINTA SI WEDDING PLANNER RAYA
Penerbit : Primeworks Studios Sdn Bhd
Pengarah : Along Kamaludin
Penulis Skrip : Mufid Suhaimi
Pelakon : Adi Putra, Mira Filzah, Fadlan Hazim, Nazeera Sardi
Sambungan daripada drama siri Cinta Si Wedding Planner.
Fariz Adryan dan Zara Batrisya telah berkahwin selama dua tahun. Sementara itu, Ikhmal Bazli dan Shaqirin juga sudah berkahwin lebih kurang setahun. Zara dan Bazli merupakan adik-beradik yang telah terpisah semenjak kecil. Namun begitu, mereka pernah menjalinkan hubungan percintaan sebelum mengetahui hal sebenar. Hal ini menyebabkan Shaqirin cemburu kerana hubungan mereka kekal mesra. Konflik terjadi apabila salah faham wujud antara kedua-dua pasangan ini. Zara Batrisya akhirnya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung untuk menjarakkan diri dengan Fariz Adryan.
HELLO MR PERFECT RAYA
Penerbit : A.Aida Production Sdn. Bhd
Pengarah : Nuad Hj Othman
Penulis Skrip : Mazelan Manan
Pelakon : Fattah Amin, Ruhainies, Raja Afiq, Ezzaty Abdullah, Dato Eizlan Yusof, Fiza Elite
Sambungan daripada drama siri Hello Mr Perfect.
Rumah tangga Izzul dan Alya begitu bahagia. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata. Masing-masing begitu teruja sehinggalah tiba bulan Ramadan, kekecohan mula berlaku apabila masing-masing kepenatan mengurus bayi dan persediaan untuk berbuka serta bersahur. Datin Seri Rosni dan Mak Temah sanggup menjaga bayi Alya. Alya dan Izzul enggan kerana mereka tidak mahu menyusahkan orang tua masing-masing. Arif dan Ainul pula masing-masing merasakan hubungan mereka semakin renggang. Sejak Ramadan bermula, mereka jarang dapat berbuka bersama kerana terpaksa memenuhi undangan majlis berbuka. Tambahan lagi Ain, bekas teman wanita Izzul kembali mengganggu hidup mereka.
KAK MARR RAYA
Penerbit : Zeel Production Sdn Bhd
Pengarah : Haji Fadzil Teh
Penulis Skrip : Mufid Suhaimi
Pelakon : Izreen Azmida, Rozita Che Wan, Redza Rosli
Bulan Ramadan kembali lagi. Kak Marr memberitahu pekerjanya, Kak Raftah, Chef Di, Shahrir dan Dina bahawa warung akan ditutup kerana akan menumpukan perhatian kepada menjual barang atas talian. Dia juga akan mengambil tempahan menjual tudung Marr. Kak Raftah merancang untuk berniaga dengan Chef Di di warung Kak Marr untuk menambah pendapatan tetapi Asmah tiba-tiba memberitahu Kak Marr dia nak berniaga laksanya di situ. Beberapa hari kemudian, Kak Raftah dan Chef Di mengesyaki sesuatu telah berlaku di warung Kak Marr. Kelihatan ada orang makan di warung itu walaupun warung ditutup. Setelah disiasat barulah diketahui yang Asmah berniaga pada waktu siang. Dua hari menjelang raya, warung Kak Marr diserbu. Beberapa orang telah ditangkap kerana tidak berpuasa termasuklah Asmah dan Kak White. Hukumannya mereka dibawa di dalam kereta jenazah dan diarak di seluruh pekan.
KETUPAT TERAKHIR
Penerbit : Rashbir Media Sdn Bhd
Pengarah : Rashid Sibir
Penulis Skrip : Rashid Sibir
Pelakon : Azhan Rani, Nabila Huda, Fauziah Nawi, Norlia Ghani, Haeryanto Hasan
Mak Nen sentiasa mengingati saat-saat bahagia dia bersama satu-satunya anak tunggalnya, Rahim. Namun setelah berkahwin, sikap Rahim mula berubah. Mak Nen nekad tahun ini dia mahu beraya dengan Rahim. Pada malam raya, Rahim dan isterinya, Dira akan berangkat ke Paris. Dengan pertolongan Wahid anak muda yang selalu membantunya, Mak Nen telah pergi ke KL dengan menaiki kereta lama Wahid. Orang gaji memberitahu yang mereka telah pergi keluar negara. Hancur hati Mak Nen. Dia membawa ketupat dan Wahid mengajak Mak Nen pulang semula ke kampung. Rahim pula telah bertengkar dengan Dira di tepi jalan hampir ke KLIA. Dia rasa berdosa pada ibunya dan mahu kali ini bertemu dengan ibunya. Sepanjang jalan pulang Rahim mengingati semua kesilapannya dan betapa derhakanya pada ibu yang terlalu menyayanginya.
MAK CUN PI NEW YORK
Penerbit : Rumah Karya Citra Sdn Bhd
Pengarah : Eirma Fatima
Penulis Skrip : Eirma Fatima
Pelakon : Eirma Fatima, Balkisyh Semundur Khan, Nora Danish, Dato Rahim Razali,
Datin Seri Umie Aida, Saharul Ridzwan
Mak Cun ke New York untuk berjumpa dengan anaknya Atun selepas mendapat panggilan yang dia akan berkahwin di New York. Atun merahsiakan siapa bakal suaminya daripada Mak Cun. Mak Cun tergesa-gesa ke New York kerana bimbang anaknya akan berkahwin dengan “mat saleh” dan tidak mengikut ajaran Islam. Dalam keadaan huru hara, Mak Cun tetap membawa sejumlah produk keluaran kampung dan produknya untuk dipasarkan di sana. Mak Cun cuba selidik siapa bakal suami Atun, hingga menyebabkan pertelingkahan antara mereka. Mak Cun bertindak untuk keluar dari rumah tersebut dan berfikir untuk menyewa hotel di sekitar Bandar New York. Tanpa Mak Cun sedari, bayaran penginapan telah menjangkau lebih daripada wang yang dibawa oleh Mak Cun hingga menyebabkan dia ambil keputusan untuk menjual produknya di sana untuk membayar kos hotel. Mak Cun terserempak dengan lelaki berkulit hitam yang telah banyak membantunya untuk kembali kepada Atun.
RAYA KAMI
Penerbit : Cinta Kasih Production Sdn Bhd
Pengarah : Ellie Suriati
Penulis Skrip : Zabidi Mohamed
Pelakon : Fattah Amin, Aida Aris, Azri Iskandar, Ellie Suriati, Elfaeza Ul Haq,
Adik Azrell Omar, Adik Shira Shahril, Adik Qurratu Ain, Adik Danial, Adik Adrianna
Ramadan kali ini, Zaidi dan Rahmah akan menunaikan umrah. Masalah timbul apabila mereka tidak ada penjaga untuk anak-anak mereka termasuklah ibu bapa mereka yang setiap hari mahu menunaikan solat terawih di masjid. Maka, Rayyan iaitu adik kepada Rahmah bakal menjaga anak-anak mereka. Rayyan dikatakan seorang jurulatih yang tegas di Pusat Latihan Khidmat Negara. Anak-anak Zaidi dan Rahmah tidak suka pada Rayyan kerana jadual sepanjang bulan Ramadan mereka padat dengan ibadah dan disiplin. Suatu hari ketika menghantar anak-anak kakaknya ke kelas mengaji, Rayyan bertemu Ustazah Jannah dan mula cinta pandang pertama.
SEHELAI SONGKET BERBUNGA PENUH
Penerbit : Enuja Production Sdn Bhd
Pengarah : Murali Abdullah
Penulis Skrip : Didi Wahida
Pelakon : Namron, Amar Asyraf, Hanis Kamal Bakar, Rosnah Johari, Sabrina Ali, Ariff BMB
Haikal bekerja di bandar. Dia datang dari keluarga yang sederhana. Pada hari Raya tahun ini, dia berhajat untuk menghadiahkan bapanya, Fadil, sehelai sampin songket kerana selama ini Fadil tidak pernah memiliki walaupun sehelai. Haikal mengajak rakan serumahnya, Johan, untuk menemaninya mencari songket. Mereka berurusan dengan Farah, pembantu di gedung kain tersebut yang merupakan bekas kekasih Haikal. Namun, perkara tersebut dirahsiakan daripada pengetahuan Johan. Johan yang mula jatuh hati dan keluar bersama Farah akhirnya mendapat tahu tentang kisah silam mereka. Hubungan rapat mereka mula renggang sehingga terjadi sebuah insiden yang menyebabkan Johan menyesal.
SEUTAS GELANG EMAS
Penerbit : A.Aida Production Sdn. Bhd
Pengarah : Raja Mukhriz
Penulis Skrip : Rosmadewi Zain
Pelakon : Fahrin Ahmad, Jaja (DFKL), Rosnah Mad Aris, Norlia Ghani
Adam tinggal dengan ibunya di kampung. Berjawatan tinggi dan bergaji besar menyebabkan ibunya, Hasnah cukup bangga. Satu hari Bedah, penjual barang kemas, datang ke rumahnya untuk mengajak ke kenduri doa selamat. Di samping itu Bedah membuka juga barangan kemasnya. Hasnah tertarik pada seutas gelang tangan tetapi Adam tidak mengendahkannya. Adam jatuh hati pada Zaira, rakan sepejabatnya dan kemudiannya mereka berkahwin. Mulanya Zaira sangat rajin di dapur tapi bila bekerja semula, dia jadi lemak. Manisah dengan bangga menunjukkan gelangnya kepada Hasnah. Hasnah merasa sedih dan memalingkan muka tak sanggup melihat gelang yang sangat diingininya itu dipakai oleh besannya kerana Adam mampu membelikan gelang untuk mentuanya tapi bukan untuknya.
MISIKU KUBUR
Pelakon : Joey Daud, Azrel Ismail, Kilafairy, Munir, Zizan Nin, Dato Boy Iman, Maimunah Ahmad, Hamid Gurkha
Zack telah dibebaskan dari hukuman penjara kerana dituduh merompak kedai emas. 15 tahun lepas, dia telah menyembunyikan emas rompakan tersebut di suatu tempat. Setelah keluar dari penjara, dia mahu ke lokasi itu bersama seorang kenalan barunya, Fakir. Malang tidak berbau apabila lokasi itu telah menjadi tanah perkuburan. Bermulalah misi Zack dan Fakir untuk mendapatkan semula emas rompakan tersebut diselangi dugaan yang sentiasa ada di sekeliling mereka.
Zack had been released from prison for allegedly robbing a goldsmith shop. 15 years ago, he had hidden gold somewhere. After leaving prison, he decides to go to the place with his new acquaintance, Fakir. Unfortunately, the location has been now changed into a cemetery. Zack and Fakir begin their mission to recover the gold in spite of all that is going on round them.
MINGGU RAYA KEDUA
KAU, AKU, KITA RAYA (Ditaja oleh F&N 100 Plus)
Penerbit : JS Pictures Sdn Bhd
Director : Azman Hj Yahya
Script Writer : Rehal Nuharis
Casts : Saharul Ridzwan, Janna Nick, Shamsul Ghau Ghau, Kuza, Issey BMB
Sambungan daripada drama siri Kau, Aku, Kita.
Cerita bermula dengan memperlihatkan kemesraan atau romantik Im Aus kejutkan Iman bangun pagi dengan kata-kata manis dan gelaran ‘abe’ dan ’sayang’ antara mereka kemudiannya Iman ketawa kerana itu hanya lakonan. Dia masih belum boleh mengubah panggilan ‘kau’ dan ‘aku’ antara mereka. Im Aus nampak kecewa tapi dia tetap cuba untuk biasakan Iman dengan panggilan itu tambahan ketika ini Iman sudah pun mengandungkan anak pertama mereka. Namun, sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku apabila kandungan Iman bermasalah. Anak dalam kandungan mati tanpa mereka perasan kerana Iman terlalu aktif. Berita itu membuatkan Iman rasa tertampar tambahan dia tahu dia dah pun kecewakan Im Aus. Sejak keguguran, Iman mula menjadi pendiam. Iman cuba mengubah kelakuannya yang sedikit kasar itu menjadi lembut malah mengubah penampilannya dengan bertudung.
PROGRAM BUAL BICARA EKSKLUSIF AIDILFITRI TV9
KETUPAT RENDANG KOPI O 2016
Raya Ketiga & Keempat, 8 & 9 Julai (Jumaat & Sabtu), 8.00 pagi – 10.00 pagi
Ketupat Rendang Kopi O kali ini lebih menghiburkan dengan pengisian istimewa bersempena dengan Syawal tahun ini. Saksikan perkongsian menarik serta keriuhan seorang suami yang menyambut lebaran bersama-sama 4 orang isterinya dan anak-anak mereka serta perkongsian tips bagaimana keluarga ini menjaga keharmonian rumah tangga mereka. Terdapat juga persembahan dari Adira dan Ippo Hafiz serta nantikan penampilan istimewa Sharifah Shahira sebagai pengacara jemputan. Bagi tema ’Nusantara Aidilfitri’ yang berkonsepkan rumpun Melayu, saksikan bagaimana lebaran disambut oleh keturunan Melayu yang berbeza. Penonton juga berpeluang menyanyikan lagu Raya secara langsung dalam segmen ’Karaoke Raya’ bersama-sama dengan barisan pengacara.
PROGRAM RAUDHAH EKSKLUSIF AIDILFITRI TV9
SIS RAYA
Raya Ketiga, 8 Julai 2016 (Jumaat), 6.30 petang
Tahun ini, hos SIS Heliza Helmi, Bella Yunus dan Shea Rasol akan beraya di kampung Shea. Mereka akan mengimbau kembali kenangan nostalgia zaman kanak-kanak Shea yang menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan arwah neneknya pada ketika itu. Berjayakah Heliza menyempurkan misi untuk mencari pasangan hidup? Bella pula berpeluang untuk belajar masakan tradisional daripada makcik Shea.
(English) SIS Raya is a special episode where the hosts consist of Heliza Helmi, Bella Yunus and Shea Rasol experience Eid Fitr at Shea’s hometown. A nostalgic special episode taps into shea’s childhood memories celebrating eid with her late grandmother. While Shea goes back to memory lane, Heliza is on a mission to seek for a soulmate! will she succeed? Bella on the other hand will get her hands dirty and learn to cook traditional dishes from Shea’s aunt.
TANYALAH USTAZAH RAYA
15 Julai 2016 (Jumaat), 4.00 petang
Tanyalah Ustazah Raya 2016 berkonsepkan “Kembali Kepada Fitrah”. Menyelami kesedihan seorang anak yang kehilangan kedua ibu bapa dan ketiga orang kakaknya dalam tragedi di Air Terjun Belukar Bukit Kuala Berang, Terengganu yang amat tragis dan mengharukan. Episod ini dihoskan oleh Da’i Hamidah dan menampilkan Adik Mohd Hasif yang pertama kali beraya tanpa kesemua ahli keluarganya yang hilang dalam sekelip mata akibat daripada peristiwa itu.
PROGRAM VARIASI EKSKLUSIF AIDILFITRI TV9
KITA PUNYA RAYA
Menjelang Raya, 5 Julai 2016 (Selasa), 8.30 malam
Sebuah dokumentari yang akan meneroka kisah sebenar dan juga misteri disebalik lagu-lagu popular. Program dengan paparan temubual bersama komposer dan penyanyi akan merungkai lebih lanjut lagi bagaimana lagu nukilan dan nyanyian mereka menjadi popular.
(English) Kita Punya Raya is a Raya variety program hosted by Ammar & Isey which celebrates the festivities. Celebrities share their Raya experience and stories with the audience. Enjoy classic Raya songs performed by Hazama, Mark Adam, Amira Othman and others keeping the Raya spirits high.
GLAM RAYA (Ditaja oleh Top)
Raya Pertama, 6 Julai 2016 (Rabu), 9.00 pagi
Rancangan majalah dokumentari yang akan memaparkan pereka fesyen tempatan Malaysia terkenal seperti Alia Bastamam, Bernard Chandran dan Melinda Looi. Rancangan ini akan turut memaparkan Nora Danish sebagai salah seorang pereka fesyen yang sedang meningkat naik. Glam Raya akan membawa anda melihat disebalik tabir bagaimana tercetusnya idea, pemilihan material, sesi penggambaran sehinggalah pada hari rekaan-rekan fesyen Raya para pereka ini diperagakan di pentas peragaan. Saksikan bagaimana mereka bekerja di bawah tekanan demi memastikan peragaan fesyen Raya mereka berjaya.
(English) Glam Raya is a magazine documentary showcasing top Malaysian designers namely Alia Bastamam, Bernard Chandran, and Melinda Looi. Nora Danish is also featured in this documentary as one of the rising designers in the industry. Glam Raya takes the viewers to the behind the scenes of the Raya collection of these top designers. From idea generation, material selection, fashion photo shoot, up till the big fashion show event! Watch all the drama unfolds as the designers work under pressure to ensure their big Raya fashion show is a success.
POP TV RAYA
Raya Pertama & Kedua, 6 & 7 Julai 2016 (Rabu & Khamis), 6.30 petang
Artis jemputan Ep 1: Maria Tunku Sabri, Aznil Haji Nawawi, Ogy Ahmad Daud
Artis jemputan Ep 2: Sasha Saidin, Linda Rafar, Azza.
Rancangan khusus untuk golongan muda dengan budaya pop mendapatkan informasi dan berita-berita terkini selebriti tempatan dan antarabangsa tampil dengan Pop TV Raya bertemakan ‘Throwback 90-an – Hos & Muzik. 2 episod istimewa ini akan memfokuskan pengacara popular pada tahun 90-an dengan tetamu jemputan seperti Maria Tunku Sabri, Aznil Haji Nawawi, Ogy Ahmad Daud. Tetamu jemputan bagi episod kedua pula adalah kumpulan Elite yang juga menjadi fenomena ketika tahun 90-an.
(English) The youth’s ultimate guide to POP culture which features local and international celebrities. The Theme for Raya is Throwback 90s – Host & Music. The 2 episode special will focus on Popular hosts in the 90s as well as Popular music in the 90s namely, the girl group Elite. Hosted by Nana Mahazan and Hefny Sahad.
PERANG BIBIR
Raya Pertama, 6 Julai 2016 (Rabu), 7.00 malam
Artis: Hafidz Roshdi, Puteri Aishah, Ruhainies & Syafiq Kyle
Saksikan Nabila Huda dan Issey mencabar sesama sendiri dalam pertarungan ‘lipsync’ dengan bantuan rakan-rakan selebriti mereka. Sepanjang rancangan, para artis perlu melalui beberapa cabaran dan cabaran terakhir secara berkumpulan. Kumpulan terbaik akan dinobatkan sebagai ‘Juara Perang Bibir’.
(English) Catch Nabila Huda and Issey as they challenge each other into a lipsync battle, Perang Bibir that recruits their celebrity friends as backup. Along the way, the artists will need to go through few games challenges and the ultimate group battle. The Best group will be dubbed as ‘Juara Perang Bibir’.
KISAH DI SEBALIK LAGU
Raya Kedua, 7 Julai 2016 (Khamis), 9.00 pagi
Sebuah dokumentari yang akan meneroka kisah sebenar dan juga misteri disebalik lagu-lagu popular. Program dengan paparan temubual bersama komposer dan penyanyi akan merungkai lebih lanjut lagi bagaimana lagu nukilan dan nyanyian mereka menjadi popular.
(English) A documentary that explore the true stories and enduring mysteries behind popular songs. This program will feature interview sessions between composers and singers to explore more about the true stories behind each songs.
LARI KITA KEJAR DIA
Raya Ketiga, 8 Julai 2016 (Jumaat), 7.00 malam
Saksikan Mark Adam, Nazrief Nazri, Atu Zero, Ezzrin Loy dan dua gadis manis, Ain Edruce dan Nonny Nadirah menjadi agen dengan bermain ‘game’ untuk menyelesaikan misi mereka untuk mendapatkan ganjaran dalam Lari Kita Kejar.
(English) Lari Kita Kejar Dia is a variety game show where Mark Adam, Nazrief Nazri, Atu Zero, Ezzrin Loy and 2 lovely ladies, Ain Edruce and Nonny Nadirah become agents as part of a team. They play games and solve missions to complete their tasks and win prizes.
KELAB KOMEDI EKSTRA
Raya Keempat, 9 Julai 2016 (Sabtu), 7.00 malam
Kelab Komedi kembali dengan Kelab Komedi Ekstra, istimewa raya ini tonton dan bergelak ketawa dengan lakonan Ajak Shiro, Abam Bocey, Issey Titan, Mark Adam dan Zara Zya dengan sketsa yang pastinya mencuit hati anda.
(English) Kelab Komedi returns with “Ekstra”, a special 1-hour version where the cast will showcase funny sketches for the audience. Watch the antics of Ajak Shiro, Abam Bocey, Issey Titan, Mark Adam and Zara Zya as they tickle your funny bone! Hosted by Abam, Ajak & Issey.
PROJEK M.E.J.A
Raya Kelima, 10 Julai 2016 (Ahad), 7.00 malam
Rancangan komedi bersama 6 pelawak iaitu Ebby Yus, Ropie, Tauke, Joey, Ajak Shiro dan Mark Adam yang memerlukan mereka berlawak untuk mengelak daripada didenda.
(English) The popular comedy gameshow pits 6 comedians – Ebby Yus, Ropie, Tauke, Joey, Ajak Shiro and Mark Adam in a table and they must tell jokes or funny stories to avoid punishment.
TELEFILEM EKSKLUSIF AIDILFITRI TV9
DERHAKA
Penerbit : Enuja Production Sdn Bhd
Pengarah : Zamri Zakaria
Penulis Skrip : Rosmadewi Zain
Pelakon : Zahiril Adzim, Hanis Kamal Bakar, Liza Othman, Nazeera Sardi, Roy Azman, Rashidah Jaafar
Kisah remaja nakal bernama Izwan yang hanya mementingkan kawan-kawannya dan aktiviti hariannya yang tidak sihat. Anisah, ibu kandung tunggal yang menyara hidup mereka dua beranak juga tidak dihormati oleh Izwan. Malahan dia akan mencuri duit Anisah dan mengamuk apabila kesuntukan duit. Apabila Izwan kemalangan semasa berlumba haram, Anisah tidak endahkan Izwan kerana terlalu kecewa. Izwan dijaga oleh rakannya, Halim, dan selama berada di rumah Halim, Izwan sedar akan ibunya terlalu baik jika dibandingkan dengan ibu tiri Halim, Rokiah yang garang seperti singa. Izwan semakin pulih dan pulang ke rumah. Alangkah terkejutnya apabila Anisah tiada di rumah tersebut. Dikhabarkan Anisah sudah tinggal di madrasah berdekatan. Proses transformasi berlaku sedikit demi sedikit sehingga menjadikan Izwan seorang anak yang berguna dan dia menjemput semula Anisah pulang ke rumah untuk membalas jasa seorang ibu.
DUIT RAYA
Penerbit : Jutaan Ringgit Sdn Bhd
Pengarah : Nazir Jamaluddin
Penulis Skrip : Azlina Din
Pelakon : Bell Ngasri, Siti Elizad, Putri Balqis, Muntazar Ghufran, Nur Shaaida Ali
Win seorang kanak-kanak periang yang gemar membeli mainan kereta dan robot. Win meminta ibunya, Syarmin membelikan sebuah mainan terbaru yang berharga RM1000. Semua disebabkan oleh Trisya, rakan sekolahnya yang suka bermegah tentang permainan barunya itu membuatkan Win cemburu. Syarmin terpaksa pujuk dan berjanji akan diupah RM300 jika Win Berjaya puasa penuh pada tahun ini. Ketika di kampung, dia juga meminta upah daripada opahnya setiap kali membuat sesuatu perkara. Satu hari, Syarmin membawa Win untuk bebuka puasa bersama rakannya. Apabila tiba, Win terperanjat kerana terdapat Trisya dan ayahnya, Nazrul, di restoran berkenaan. Rupa-rupanya Syarmin dan Nazrul telah lama berkawan rapat tanpa pengetahuan anak-anak mereka.
PULANG
Penerbit : Frontrow Pictures Sdn Bhd
Pengarah : Feroz Kader
Penulis Skrip : Sall Wana
Pelakon : Talha Harith, Aedy Asyraf, Fazlina Ahmad Daud, Mohammad Syazwan Hasriezal, Muhd Shahudan Abdullah
Ilham seorang budak lelaki gelandangan mempunyai keinginan untuk beraya telah sengaja mencuri baju raya di sebuah kedai pakaian. Apabila dia menunjukkan pakaian itu kepada neneknya, dia disuruh untuk pulangkan kembali pakaian tersebut. Kata nenek, mencuri adalah suatu dosa. Dalam perjalanan untuk memulangkan pakaian tersebut, dia terlihat seorang budak lelaki bernama Omar yang ditinggalkan di tepi jalan.
BLOCKBUSTER RAYA TV9 |
SUPERMAN RETURNS
Pelakon: Brandon Routh, Kate Bosworth, James Marsden, Kevin Spacey
Setelah sekian lama Superman menghilangkan diri dan tinggal di tempat asalnya Planet Krypton, Superman kembali ke Metropolis dan menyedari dunia tidak memerlukannya lagi. Lois, kekasihnya juga telah bersama dengan seorang hartawan Richard White setelah dia meninggalkannya. Akhirnya Superman dapat menerima kenyataan dia tidak diperlukan lagi, namun terpaksa pula berdepan dengan musuh lamanya, Lex Luthor yang cuba mengambil kesempatan akan ketiadaan penyelamat dunia, Superman, untuk melakukan kemusnahan dan mengambil kembali apa yang pernah hilang dalam hidupnya.
(English) Some time has passed since the events of Superman II and the world has gotten used to life without Superman ever since his puzzling disappearance years earlier. Upon his return, he finds a Metropolis that doesn’t need him anymore, while Lois Lane has moved on with another young suitor Richard White in the meantime. As the hero begins to tackle the fact that life on Earth has continued without him, he is forced to face his old arch-nemesis Lex Luthor and restore the life that was once his.
HARRY POTTER & THE DEATHLY HALLOWS – PART I
Pelakon: Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson, Ralph Fiennes
Bahagian pertama ini mengisahkan perjalanan Harry, Ron dan Hermione mencari Horcrux Voldemort yang telah dipisahkan daripada badannya yang telah disembunyikan tanpa diketahui sesiapa. Jika ketiga-tiga mereka tidak berjaya untuk mengesan dan memusnahkan Horcrux itu, Voldemort akan kekal abadi dan terus berkuasa.
(English) The first installment of the two-film adaptation of Harry Potter and the Deathly Hallows follows Harry, Ron, and Hermione as they search for the pieces of Voldemort’s soul that he extracted from his being and hid in obscure locations both far and wide. If the trio is unable to locate and destroy them all, Voldemort will remain immortal.
HARRY POTTER & THE DEATHLY HALLOWS – PART II
Pelakon: Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson, Ralph Fiennes
Bahagian kedua ini memaparkan pertempuran akhir yang paling ditakuti di mana kuasa baik dan jahat dalam dunia ahli sihir akan berperang sesama sendiri. Tiada siapa yang boleh terselamat, hanya dengan pengorbanan Harry Potter yang semakin hampir menemui kuasa jahat Voldemort dapat menghentikan pertempuran terakhir ini.
(English) The final adventure in the Harry Potter film series. The much-anticipated motion picture event is the second of two full-length parts. In the epic finale, the battle between the good and evil forces of the wizarding world escalates into an all-out war. The stakes have never been higher and no one is safe. But it is Harry Potter who may be called upon to make the ultimate sacrifice as he draws closer to the climactic showdown with Lord Voldemort.
HOTEL TRANSYLVANIA
Pelakon Suara: Adam Sandler, Kevin James, Andy Samberg
Dracula, pengusaha sebuah resort lima bintang jauh daripada kehidupan manusia mula resah apabila tanpa sengaja seorang budak lelaki telah mengetahui kewujudan resortnya itu dan mula jatuh cinta dengan anak perempuannya.
(English) Dracula, who operates a high-end resort away from the human world, goes into overprotective mode when a boy discovers the resort and falls for the count’s teen-aged daughter.
G.I JOE – THE RISE OF COBRA
Pelakon: Chaning Tatum, Christopher Eccleston, Dennis Quaid, Sienna Miller
G.I Joe sekumpulan askar elit yang menjalankan pelbagai misi di seluruh dunia dilengkapi teknologi terkini dalam ketenteraan dan perisikan. Pasukan G.I Joe perlu menyelesaikan misi terbaharu mereka iaitu Gen. Hawk dan Duke bersama rakan-rakan lain perlu menghalang Destro, penjahat yang dikhuatiri akan cuba menawan dunia dengan nanomites yang dinaungi oleh organisasi Cobra.
(English) Armed with the latest in military and spy technology, the team of elite soldiers known as G.I. Joe travel around the globe to wherever their services are needed. In their latest assignment Gen. Hawk and Duke) and the rest of the G.I. Joe team take on Destro, a corrupt arms dealer, and fight the growing threat of the mysterious Cobra organization.
Tonton
Tonton menawarkan pilihan drama terbaik untuk VIP Tonton dan menariknya semua drama-drama ini boleh ditonton di mana jua sama ada di telefon bimbit, tablet ataupun komputer. Saksikan pelakon-pelakon hebat seperti Saharul Ridzwan dan Amyra Rosli dalam drama terbaharu mereka Seindah Takdir Cinta, Hanna Aqeela dan Johan As’ari dalam Mr. Tanda Soal serta Fattah Amin bersama Mira Filzah dalam Ketupat Palas Mr Handsome. Tonton menjanjikan pengalaman #tontonMacamVIP kerana drama-drama hebat ini boleh disaksikan satu episod awal dari siaran TV!
Imbau kenangan masa lalu anda dengan seleksi retro di tonton dengan drama bersiri dan filem Melayu yang pernah popular seketika dulu seperti kesemua musim siri Kopitiam, Mr.Os, Awang Spanar dan siapa boleh lupa filem 80-an seperti Azura, Ali Setan dan Gila-Gila Remaja.
CJ WOW SHOP
CJ WOW SHOP yang merupakan rangkaian membeli-belah dari rumah secara inovatif menerusi platform-platform telefon mudah-alih dan atas talian akan menawarkan pelbagai produk istimewa sempena bulan Syawal iaitu Tudung Ariani x WOW, Jubah Jakel x WOW, Tudung Instant Zawara, Riino Turbo Air Fryer, Mitsutoya Bread & Ice Cream Maker, Samsung 43-Inch Full HD Smart TV dan banyak lagi. Sempena menyambut bulan Syawal ini juga, 10% Kupon Diskaun WOW akan diberikan dengan setiap pembelian daripada CJ WOW SHOP sepanjang 25 Jun sehingga 24 Julai 2016 untuk digunakan sebagai diskaun sebanyak 10% bagi pembelian seterusnya, sah selama 3 bulan dari tarikh pembelian produk pertama. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.cjwowshop.com.my.
Saluran CJ WOW SHOP boleh disaksikan menerusi TV3 (6 pagi – 7 pagi), ntv7 (6pagi – 1 petang), 8TV (6 pagi – 9 pagi) dan TV9 (10 pagi – 12 tengah hari, 12.30 tengah hari – 4 petang) pada setiap hari. Pembelian produk boleh dibuat melalui panggilan telefon, secara online di laman sesawang ataupun aplikasi mudah alih yang disediakan oleh CJ WOW SHOP. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian bebas tol : 1800-18-0808 atau layari laman sesawang www.cjwowshop.com.my
Studio 8
Sebelum menjelang bulan Ramadan, Hatch memperkenalkan 7 Hari Sebelum Puasa – sebuah siri mini yang memaparkan beberapa makanan yang perlu di jamah sebelum bermulanya bulan puasa. Antara program menarik lain dalam Hatch di bulan Ramadan dan Syawal (www.youtube.com/wehatchyou): “Them Boys” dari #Kitchenlife, Sufiz (Chef selebriti dan pemilik bersama restoran Kulcats Barrio Restaurant) mengajar Bryan (seorang jurugambar professional fesyen dan sukan) beberapa resipi mudah untuk sahur dalam #Kitchenlife – Sahur Yo!..
Dalam Min Tuds with Attitude, kami akan paparkan empat gadis bertudung ‘biasa’ yang mempunyai kisah-kisah menarik dan bakat. Kami akan membongkar apakah yang menjadi motivasi dan inspirasi mereka dalam mencapai cita-cita. Program lain untuk kaum hawa, Noriana The Face Designer akan berkongsi tips dan panduan dalam memilih make-up dan barangan kosmetik yang bersesuaian dengan kehidupan seorang Muslimah dalam “Fuss-Free Nude Makeup During Ramadan”. Untuk kecantikan dan fesyen pula, Noriana akan berkongsi panduan dalam pemadanan gaya berbeza dengan hijab yang sesuai.
Dalam Quickie (www.youtube.com/quickieofficial) Ramadan ini, DA FAQ seperti biasa akan membincangkan trend dan berita sensasi terkini. Untuk LongShorts pula, kami akan memaparkan video-video lucu dan menarik yang bertemakan Ramadan dan Raya: kami mengetengahkan video-video “How to be a good friend during Ramadan” dan “Things people say during Ramadan”.
Rangkaian Radio Media Prima Berhad
Melalui kempen Syukur Selalu, Rangkaian Radio Media Prima Berhad iaitu Hot FM dan Kool FM turut menghidangkan pengisian istimewa sepanjang Syawal nanti. Hot FM akan menyingkap pengalaman pasangan pengantin baharu yang pertama kalinya menyambut Syawal bersama melalui “Stacy dan Akim Beraya Bersama” juga “Rumah Terbuka Ajak Bersama Keluarga”. Selain itu, Hot FM juga akan menjemput Janna Nick, Saharul Ridwan untuk bersama-sama Issey dalam mengangkat drama terbaik DFKL 2016, kali ini versi dengan versi radio bertajuk “Kau Aku Kita Radio Raya di Radio”. Di Kool FM pula, pengisian Syawal termasuklah “Lebaran Di Kool: Dari Kacamata Reporter” di mana para media akan bercerita tentang artis-artis popular berhari raya, “Lebaran Di Kool : Jejak Kool Lagu Raya” – sebuah doku-raya yang menjejaki seniman-seniman seperti Khairil Johari Johar & Pak Ngah Suhaimi yang bertanggungjawab dalam menghasilkan karya-karya agung yang malar segar sehingga ke hari ini serta “Lebaran Di Kool : Group Chat Isteri-Isteri Kool” yang bakal memaparkan perbualan harian para isteri selebriti tanah air mengenai persiapan raya. Turut bakal diperdengarkan nanti adalah Lebaran Di Kool : PHD Sakan Beraya yang menampilkan barisan artis popular 90an dan terkini seperti Ani Mayuni, Salwa Abd Rahman, Maya Matahari, Ezad Lazim, Bagio, Zur Eda, Noraniza Idris, Ifa Raziah, Ronnie Hussin, Fazli Zainal, Ieda Moin juga Liza Hanim.
The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad
The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad menawarkan sesuatu yang baharu sepanjang bulan Ramadan untuk Raikan Ramadan bersama ‘Syukur On Wheels’. Kempen ini merupakan anjuran bersama New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro di mana 100 individu berpeluang untuk memenangi satu pek makanan setiap hari bermula jam 5 petang ke atas. Langkah-langkah penyertaan adalah seperti berikut:
- Ambil gambar di lokasi à Kongsi gambar tersebut di Instagram & Facebook, hashtag #syukuronwheels dan #syukurselalu à Tunjukkan gambar yang dikongsi untuk mendapatkan pek makanan percuma.
Syukur On Wheels akan berada di LRT Putra Taman Melati dan LRT STAR Bandar Tasik Selatan (Selasa, 14 Jun), LRT PUTRA Dato’ Keramat dan LRT PUTRA DBKL, Jalan Raja Laut (Rabu, 15 Jun), LRT PUTRA Setiawangsa dan Monorail KL Sentral (Khamis, 16 Jun), LRT PUTRA Wangsa Maju dan LRT STAR Ampang (Jumaat, 17 Jun), Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa (Sabtu, 18 Jun).