(HIBURAN) Tak Perlu Tunggu Lagi, Jom Tengok ONE! – Saluran Televisyen Berbayar Sony, ONE, Rombak Barisan Program Dengan Sajian Kandungan Terbaharu Korea

The ONE You've Been Waiting For

KUALA LUMPUR, 20 April 2016 – ONE, saluran hiburan nombor 1 Korea di Asia Tenggara+, terus memantap dan merancakkan lagi program rancangannya mulai 25 April ini demi memenuhi kehendak penonton-penonton di rantau ini yang mendambakan akses kepada drama dan rancangan varieti terkini Korea Selatan.

“Ini merupakan suatu tempoh waktu yang cukup mengujakan kita semua,’ said Cik Virginia Lim, Naib Presiden & Ketua, Kandungan & Pemasaran, Networks, Asia, Sony Pictures Television. “Populariti kandungan Korea kini telahpun menjangkaui satu tahap yang lebih tinggi dan kami amat yakin bahawa perubahan terbaharu yang ONE bawakan pastinya dapat memenuhi kehendak penonton-penonton kami.”

 

Sorotan:

  • Rancangan varieti seperti Running Man akan ke udara dalam tempoh kurang dari seminggu selepas ia disiarkam di Korea
  • 3 rancangan varieti yang dibarisi sekumpulan bintang terkenal akan disiarkan secara langsung dan eksklusif di ONE
  • Drama-drama blokbuster PPALI-PPALI (yang bermaksud “cepat-cepat” dalam bahasa Korea) akan ke udara mengikut slot masa baharu
  • K-drama klasik kegemaran sepanjang zaman dapat dinikmati pada setiap tengah hari

Dapatkan lebih, cepat di ONE

ONE bakal menyiarkan rancangan varieti utamanya dalam tempoh kurang dari seminggu selepas kesemuanya dipertontonkan di Korea. Beberapa rancangan yang mencuit hati juga telah dibariskan seperti Running Man; Law of the Jungle; Oh! My Baby; K-Pop Countdown (Inkigayo); dan Star King (S2), akan disiarkan pada jam 11mlm setiap Isnin hingga Jumaat.

Tambahan pula, penonton-penonton bukan sahaja akan dihiburkan dengan satu, tetapi tiga program hiburan gaya hidup bintang-bintang terkemuka baharu, yang mana akan disiarkan secara langsung dan eksklusif di ONE:

Skinny Lunchbox_4 Emcees

  1. Skinny Lunchbox

Pernahkan terlintas di fikiran anda bagaimana selebriti-selebriti Korea boleh memiliki bentuk badan yang menarik dan berkulit putih dan licin? Jawapannya akan terungkai apabila gadis-gadis kumpulan Apink membawa anda menyelami rutin diet dan kecergasan seharian mereka melalui rancangan Skinny Lunchbox ini, sambil dibimbing sekumpulan cef dan jurulatih profesional. Ke udara pada setiap Isnin pada 6.55ptg mulai 25 April, rancangan varieti berinformatif ini akan menbuka rahsia kepada pengurusan diet dan berat badan idola Korea anda!

Stargram

  1. Stargram

Mahu menjadi orang pertama mengetahui mengenai produk-produk kecantikan yang sedang digunakan dalam dunia hiburan Korea? Bagaimana pula panduan ‘orang dalam’ untuk mengajar anda cara mendapatkan gaya seperti selebriti terkemuka Korea? Maka pastikan anda bersedia di depan kaca televisyen mulai 25 April bagi menyaksikan rancangan kecantikan ala-pertandingan yang dikemudi sekumpulan panel K-fesyenista seperti Son Dam Bi, setiap Isnin pada 8mlm.
The Show (Portrait)

  1. The Show

Para pencinta K-pop kini berpeluang menyaksikan persembahan artis-artis kesayangan mereka secara langsung pada setiap minggu! The Show bukan hanya satu lagi rancangan carta muzik yang biasa semata-mata – ia adalah program berkeistimewaan tersendiri yang julung kalinya dipertontonkan hasil ilham bersama penerbit Korea Selatan dan China. Saksikan pengacara kesukaan ramai Yerin dari GFriend dan Zhou Mi dari Super Junior M pada jam 11mlm setiap Ahad mulai 1 Mei.

Banyaklah pula drama ni!

Barisan terbaharu ONE akan menampilkan bukan sahaja drama-drama blokbuster, malahan yang mencetuskan nostalgia! K-drama klasik seperti Stairway to Heaven akan disiarkan pada Isnin hingga Jumaat, jam 5.40ptg mulai 27 April, dengan audio Bahasa Cina dan Bahasa Malaysia. Blokbuster waktu perdana seperti Entertainer dan Jackpot pula akan disajikan dalam tempoh kurang 24 jam sejurus siarannya di Korea menerusi slot waktu baharu PPALI-PPALI, iaitu jam 8.10mlm dari Selasa ke Jumaat.

Saksikan jejaka jambu Jang Geun Suk dalam drama berunsur sejarah Jackpot pada setiap Selasa dan Rabu, jam 8.10mlm.

 

Dibintangi pasangan pelakon popular Ji Sung dan Hyeri, Entertainer akan ke udara mulai 28 April pada setiap Khamis dan Jumaat, jam 8.10mlm.

Bagi jadual lengkap dan maklumat lanjut, sila layari www.onetvasia.com/theNewONE.

Untuk penonton-penonton di Malaysia, ONE boleh didapati di: Astro B.yond Saluran 393.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *