(HIBURAN) Teater ” KALUT”

Spread the love

poster-maducrop

SINOPSIS TEATER

Kisah komedi yang berlatar belakangkan era moden, mengisahkan tentang kehidupan seorang pemandu teksi yang terpaksa memberikan komitmen terhadap kerjayanya yang tidak menentu masa dan kehidupan rumahtangganya bersama dua orang isteri. Di mana isteri pertama dan kedua tidak tahu yang mereka di madukan. Kekalutan demi kekalutan terus berlaku dan akhirnya rahsianya terbongkar namun semua orang tidak lagi mempercayainya. Naskah ini telah diadaptasi oleh Mazli Abdul Rahman berdasarkan skrip Run For Your Wife karya Roy Cooney. Pementasan ini diarahkan oleh Muhammad Azhar Zainal. Pementasan KALUT selama 1 jam 30 minit ini akan berlangsung  di Lambang Sari, Istana Budaya pada 27 hingga 30 September 2013 pada jam 8.30 malam. Teater bergenre komedi berdurasi 1 jam 30 minit ini membariskan para pelakon komersial dan pentas seperti Izzue Islam, Jihan Musa, Nad Zainal, Karl Shafek, Sofian Bujang, Fazleena Hishamuddin dan Nasz Sally. Pas pas masuk berharga RM35, RM55, RM85 & RM155(PLATINUM) boleh didapati di AirAsiaRedTix.com dan di kaunter BoxOffice Istana Budaya. Untuk tempahan berkumpulan dan sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Amirul di talian 0133962612KALUTsmall

KALUT (ADAPTASI : RUN FOR YOUR WIFE. KARYA : RAY COONEY)

KALUT, sebuah naskah komedi yang berlatarbelakangkan tahun 2000, mengisahkan tentang kehidupan seorang pemandu teksi, Selamat Bin Johan, yang mempunyai jadual harian yang ketat. Dia terpaksa memberi komitmen terhadap kerjayanya yang tidak menentu masa dan kehidupan rumah tangganya bersama dua orang isteri iaitu Bibi, isteri pertama, yang tinggal di Kampung Baru dan Mimi, isteri kedua yang tinggal di Keramat.

Bagi mengelakkan rahsianya terbongkar, Selamat membahagikan masa tertentu untuk bersama isteri-isterinya. Selamat telah terlibat dalam satu insiden yang telah mengalutkan keadaan sehingga dia terpaksa meminta bantuan Adam, seorang pemuda, yang juga jirannya untuk bersemuka dengan pihak polis, wartawan dan kedua-dua isterinya. Kekalutan demi kekalutan terus berlaku. Akhirnya rahsia Selamat terbongkar dan dia terpaksa membuat pengakuan sebenar, malangnya, semua orang tidak mempercayainya.

BIODATA PELAKON

IZZUE ISLAM

Muhammad Izzul Islam bin Mazlan, lebih dikenali sebagai Izzue Islam, ialah seorang penyanyi, pemuzik dan pelakon dari Malaysia. Beliau berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Memulakan karier seninya dengan berlakon dan seterusnya nyanyian dengan menyertai sebuah kumpulan di bawah naungan KRU Studios iaitu kumpulan Forteen. Beliau mula dikenali selepas memenangi anugerah “Pelakon Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia ke-25″ dan “Hero Baru Terhebat Anugerah Blokbuster 2″. Namanya kian meningkat apabila diberikan tanggungjawab menggalas watak utama di dalam drama Sebenarnya, Saya Isteri Dia ! Teater Maduku… Kalut merupakan penampilan pertama Izzue Islam di pentas teater.

NAD ZAINAL

Farah Nadia Binti Zainal Abidin atau nama komersial beliau Nad Zainal (Pelakon Bukan Bidadari, Putera Rayyan dan Kampung Girl), dilahirkan di Kajang, Selangor. Mendapat pendidikan Diploma Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Nad Zainal memulakan kerjaya sebagai seorang pelakon Drama, Iklan dan Teater. Antara drama beliau adalah Sunsilk Impian, Bloggerboy 2 (2008), Apa Dosaku : Sybil Kathigasu (2009), Inikah Cinta, Qolbu, Papaku Nak Kahwin dan kisah futuristik, Rafik (2010), Buaian Kasih, Elly dan Epit, Incredible Tales, Memberku Hawa, Bukan Bidadari, Putera Rayyan. Beliau juga aktif berlakon filem seperti Jidin Sengal, Kami Histeria dan juga aktif di pentas teater seperti Muzikal Tun Abdul Razak (2009), Tanda, Makyong Sindo. Beliau juga pernah membintangi iklan iaitu SimplySity dan Simple 5.

JIHAN MUSE

Nur Jihan Musa atau nama komersial beliau iaitu Jihan Muse dilahirkan di Selangor dan merupakan pemenang kedua bagi program realiti lawak Malaysia, Raja Lawak. Baru-baru ini beliau dicalonkan dalam TOP 5 Anugerah Bintang Popular BH 2013 bagi kategori pelakon komedi wanita popular. Beliau kini aktif dalam bidang lakonan samada filem mahupun drama. Antara filem lakonan beliau seperti Amukan Buas Frankenstein Tempatan, Mat Tudung, Shortfilm Kopi 3 Rasa dan Adik Manja Returns. Diantara drama/telefilem lakonan beliau adalah seperti Antara Bintang, Cinta & Mimpi, Landasan Qurban, Cuba Jadi Lelaki, Tutty Polkadot, Pontianak Beraya Lagi Di Kg Batu, Order Saja, Konangan, 13ep “Gila-Gila” S2, Patah Seribu dan banyak lagi. Jihan juga mula berjinak dalam teater kecil seperti Lorong Blues yang baru sahaja tamat pementasannya beberapa minggu yang lalu.

KARL SHAFEK

Karl Shafek Ibrahim merupakan seorang pengacara TV, pelakon, model dan juga seorang penulis. Beliau dikenali melalui program Hip TV (TV9), On Air (ASTRO) dan juga merupakan finalis Masterchef Selebriti Malaysia musim Pertama. Di antara drama lakonan Karl Shafek adalah Cinta itu milikku (TV3), Dan Bila Esok (TV9), dan Aalia (Astro Prima). Beliau juga terlibat dalam dunia peragaan dan meragakan untuk Celcom World Cup, Yes Internet 4G dan Dashing Deodorant. Beliau kini baru sahaja terlibat dengan satu program Masakan Rasa-Rasa yang akan keluar tidak lama lagi.

SOFIAN BUJANG

Mohamad Sofian Bin Bujang atau lebih dikenali sebagai Sofian Bujang berasal dari Kuching, Sarawak. Beliau merupakan graduan Universiti Teknologi MARA dalam jurusan Diploma Seni Persembahan (Seni Lakon) dan juga merupakan Pelakon Terbaik Pilih Kasih 2009 (Program Realiti Mencari Pelakon) terbitan RTM. Beliau yang kini sedang giat menjadi pengacara bagi saluran TVi 180, turut membintangi beberapa drama/telefilem seperti Songket Ibu untuk Mama, Keluarga Adab dan yang terbaru, Drama Sedetik Cinta yang baru sahaja ditayangkan di TV3. Sofian Bujang juga pernah terlibat dengan pentas teater melalui Teater Ram, Teater Roh Anai-Anai, dan juga teater Natrah musim 1 & 2.

FAZLEENA HISHAMUDDIN

Fazleena Hishamuddin adalah seorang gadis yang tidak peru diperkenalkan lagi. Beliau digelar Ratu Indie Malaya yang telah banyak terlibat dalam kegiatan seni indie sekitar Kuala Lumpur. Dari bacaan puisi, penulisan cerpen, lakonan, penerbitan dan banyak lagi. Antara pembikin filem pendek wanita yang aktif malah beliau turut mengatur beberapa kegiatan seni di sekitar Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan penulis buku Himpunan Puisi ‘Seksi Ovari’ yang kini semakin diminati ramai.

PENGARAH TEATER MADUKU KALUT

Azhar Zainal

Muhamad Azhar Bin Zainal berasal dari Segamat Johor. Mendapat pendidikan formal dalam bidang teater di Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik (Seni Lakon). Mula aktif berteater sejak tahun 2003 hingga kini. Selain mengarah teater, beliau juga aktif sebagai pereka tatacahaya, Pengurus pentas, pereka set, pelakon dan pengarah artistik.

Antara pementasan yang dijayakan adalah Dimana Bulan Selalu Retak, Bantal Impian, Ayam Jantan Ayam Betina, Salina, Muzikal Rubiah, Macbeth, Alang Rentak Seribu, Manja Oh Manja, Puteri Gunung Ledang Singapore Tour, Kalut ,RAM, Wajah Lumpur , Berani Mati, Puteri Gunung Ledang Season III, Muzikal Ibu Zain, Muzikal Tun Razak, Intan Yang Tercanai, Cuci The Musical 1 & 2, Muzikal Uda & Dara, Muzikal Tun Mahathir 1 & 2, Lost & Found, Teater Juta-Juta, 1 Plastik Hitam, Mak Dara Nyonya, Kawan-Kawan Yang Kita Suka, Upin & Ipin The Muzikal, Nyonya & The Geng dan lain-lain.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *