(HIBURAN) TV3 KEKAL STESEN NOMBOR SATU NEGARA MAHU PENONTON PATUHI SOP DAN KEKAL DI RUMAH SAMBIL MENONTON PROGRAM MENARIK 

Stesen TV Nombor Satu Malaysia, TV3, bakal menyambut ulang tahun yang ke-37 pada 1 Jun 2021. Sejak mula beroperasi pada tahun 1984, TV3 menjadi pilihan utama dalam kalangan rakyat Malaysia untuk mendapatkan laporan berita terkini dan kandungan program yang berkualiti sebagai sumber ruji kerohanian mereka. 

Menurut Dato’ Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, “Terima kasih kepada jutaan penonton yang kekal setia bersama TV3 selama 37 tahun dan kami berharap agar anda terus mendapat manfaat dan terhibur dengan kepelbagaian program yang disajikan. Drama dan program terbitan TV3 juga dipasarkan ke pasaran antarabangsa menerusi kolaborasi dengan pemain-pemain utama di industri penyiaran mahupun platform digital.”

Ketika rakyat Malaysia sedang memerangi pandemik Covid-19, TV3 tidak lupa akan tanggungjawab sosial korporatnya dengan menyalurkan info terkini dan saranan kerajaan menerusi slot berita, bual bicara dan dokumentari faktual. Terkini, kru Majalah 3 telah membuat liputan eksklusif di  PKRC MAEPS, Serdang dan Hospital Sg.Buloh, memaparkan kisah sebalik tabir petugas barisan hadapan bertungkus lumus berjuang menyelamatkan nyawa pesakit kritikal Covid-19. Paling meruntun jiwa adalah saat-saat akhir pesakit kritikal berkomunikasi dengan keluarga mereka. Episod ini mencapai 4 juta penonton ketika disiarkan pada 17 Mei 2021, pukul 9.00 malam. 

Bersempena Ulang Tahun TV3 yang ke-37 pada 1 Jun ini juga, Tanyalah Ustaz menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama membaca Surah Yasin secara serentak di seluruh negara untuk kesejahteraan negara  yang sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19 dan juga mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin. Bacaan Yasin ini akan dibawakan oleh Ustaz Sheikh Abdul Karim Al-Makki, Ustaz Prof. Madya Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah dan Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud. Tanyalah Ustaz diteruskan dengan episod istimewa iaitu ‘Sampaikan Walau Satu Ayat’ bersempena dengan ulang tahun TV3 yang ke 37 pada pukul 6.30 pagi bersama hos Da’i Hadhari dan Da’i Hakim.  Penonton juga boleh turut serta memeriahkan ulangtahun ini dengan berkongsikan pengalaman melalui video dan gambar bersama keluarga menerusi tanda pagar #tv3ulangtahun37 #BacaanYasinTanyalahUstaz #kesejahteraannegara di laman sosial untuk sama-sama kita mengimarahkan majlis ini. 

Sepanjang beroperasi 37 tahun ini, TV3 telah menerbitkan pelbagai genre program. Antaranya, Buletin Utama, Anugerah Juara Lagu, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin, Majalah 3, Jejak Rasul, I Can See Your Voice Malaysia, Lagu Cinta Kita 2, Vokal Mania dan juga drama-drama popular seperti 7 Hari Mencintaiku, Kampung People, Takdir Yang Tertulis, Melastik Ke Hatimu yang sentiasa mendapat tempat di hati penonton TV3 seterusnya meraih jumlah penonton yang tinggi.  

Tidak ketinggalan juga program TV3 yang sentiasa mendapat hati di penonton setiap kali tibanya bulan Ramadan iaitu Jejak Rasul. Jejak Rasul mula bersiaran sejak 1995 di TV3. Sepanjang 26 musim, Jejak Rasul membawa penonton TV3 mengembara ke bumi anbia di Asia Tengah, Asia Pasifik, Eropah, Benua Oceania dan Amerika Syarikat untuk memaparkan kisah nabi dan rasul, sahabat dan juga komuniti muslim. Musim ke-27 menawarkan sedikit kelainan di mana ia membawakan kesinambungan dakwah Islamiah di Tanah Melayu seawal kurun pertama Hijrah. Lokasi strategik yang terletak di laluan dagang sutera menghubungkan dunia Timur dan Barat, dengan pelabuhan-pelabuhan di daerah pesisir Tanah Melayu dipercayai menjadi pintu masuk alim ulama. Catatan perjalanan kru Jejak Rasul akan dizahirkan dalam sebuah mini pameran yang berkolaborasi dengan Muzium Kesenian Islam Malaysia. 

Program hiburan yang sedang berlangsung di TV3 iaitu I Can See Your Voice Malaysia Musim 4 (ICSYVMY4) dan Sumbang Suara akan menceriakan malam Ahad anda. Pastikan anda duduk di rumah dan tonton I Can See Your Voice Malaysia Musim 4 pada setiap hari Ahad dari pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam dan teruskan berhibur dengan Sumbang Suara yang akan bersiaran pada 10.30 malam. Ikuti kedebaran artis jemputan untuk mengenal pasti penyanyi sebenar dan penyamar bersuara sumbang dalam kalangan penyanyi misteri ICSYMY4 yang dihoskan oleh Sean Lje dan Shuk Sahar serta dibantu oleh panel penyiasat tetap iaitu Jihan Muse, Alif Satar dan Fad Bocey. Sumbang Suara pula pasti membuatkan anda pecah perut dengan gelagat hos Elly Mazlein dengan Dato’ Awie dan Hazama yang perlu mencari video nyanyian suara sumbang yang paling menghiburkan! 

Slot drama di TV3 seperti slot Akasia, Lestary dan Samarinda tidak pernah mengecewakan peminat drama Melayu. Akan datang di slot Akasia bermula 2 Jun 2021, saksikan gandingan baharu Farid Kamil dan Mimi Lana menerusi drama bersiri Masih Ada Rindu. Mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang disatukan tetapi masih dibayangi dengan hubungan yang lepas, apatah lagi isterinya hidup dalam memori indah bersama arwah suaminya. Bagaimanakah mereka mengharungi dugaan dalam melayari bahtera perkahwinan itu? Saksikan Masih Ada Rindu di slot Akasia, mulai 2 Jun 2021, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam. 

Bagi program animasi pula, penonton cilik pasti tidak asing lagi dengan Ejen Ali. Terkini, Ejen Ali juga mengeluarkan rangkaian produk penjagaan diri dan hand sanitizer meningkatkan kesedaran adik-adik tentang pentingnya menjaga kebersihan diri dalam pandemik Covid-19. Jangan ketinggalan untuk menonton animasi kegemaran anda, Ejen Ali pada setiap hari Sabtu, pukul 11.00 pagi. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *