(HIBURAN) USIN UFO: Cabaran Untuk ‘Zul Yahya’ Sebagai Pengarah Filem

Spread the love

Poster USIN UFO

Setelah berkecimpung dalam bidang lakonan selama 24 tahun, pelakon Zul Yahya yang memulakan karier lakonannya menerusi filem Pesona Cinta pada tahun 1992 kini mengorak langkah dalam kerjayanya.

IMG_1591

Jika sebelum ini dia dikenali sebagai seorang pelakon yang sering tampil di layar perak atau kaca televisyen, kini buat julung-julung kalinya Zul Yahya berjaya duduk di kerusi sutradara.DSC_0454

Filem Usin UFO, merupakan karya sulung buat Zul Yahya yang menampilkannya sebagai seorang pengarah. Ternyata penat lelahnya untuk menghasilkan filem berkenaan selama empat tahun telah membuahkan hasil apabila bakal ditayangkan pada tahun ini.IMG_1619

Merupakan sebuah filem komedi yang menerapkan elemen sains fiksyen, Usin UFO mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Usin yang aktif dengan persatuan dan memiliki sebuah resort percutian yang diuruskan bersama-sama ibu dan adiknya, Husna.IMG_1573

Bagaimanapun, di kampungnya itu pula terdapat sekumpulan kutu rayau yang suka mengganggu iaitu Jojo bersama-sama dua orang rakannya. Malah, mereka gemar menghabiskan masa melepak di gerai Makcik Limah serta mengganggu Suraya, anak kepada Limah dan Husna.IMG_1035

Memulakan penggambaran pada tahun 2012, filem Usin UFO ini turut menampilkan beberapa pelakon popular seperti Shuib Sepahtu sebagai teraju utama serta Aishah Illias, Puteri Sarah Liyana, Aliff Satar, Joey, Liza Abdullah, Khaty Azean, Chomat Samad dan ramai lagi.IMG_0667

Filem Usin UFO yang diterbitkan oleh Cahaya DJ Pictures akan ditayangkan di pawagam pada 10 Mac 2016.IMG_0692

Trailer Usin UFO

https://www.youtube.com/watch?v=6PzmxjvKi2Y

IMG_0834PELAKON

  1. SYUIB SEPAHTU
    2. LIZA ABDULLAH
    3. PUTERI SARAH LIYANA
    4. AISHAH ILLIAS
    5. ALIFF SATAR
    6. JOEY
    7. CHOMAT SAMAD
    8. CAT FARISH
    9. YASIN SENARIO
    10. KAZA SAISI
    11. KHATY AZEAN
    12. DATIN FADILAH MANSOR

PENERBIT
1. PUTERI NAZIRA DATO’ ABD JALIL
2. PUTERI NADIRA DATO’ ABD JALIL
3. SITI RAIHAN MOHD RODZI

CERITA & SKRIP
ZUL YAHYA
SITI RAIHAN

PENGARAH

ZUL YAHYA


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *