(HIBURAN) ‘WARNA CINTA IMPIAN’ satukan kembali Awie & Erra di layar perak

Spread the love

IMG-20140717-WA0017gmo

TouchTronics Entertainment Sdn Bhd (TTESB) adalah sayap baru TouchTronics Rail & Services Sdn Bhd yang ditubuhkan dengan aspirasi mengambil bahagian secara aktif dalam industri hiburan dan kandungan kreatif tanahair. Sejarah baru dalam bidang perfileman tempatan terukir dengan penerbitan sulung filem, ‘Warna Cinta Impian’.

Trouchtronics Entertainment telah mempertanggungjawabkan Saudara N. S. Krishna sebagai Pengarah dan Penerbit Eksekutif bagi merealisasikan penerbitan filem sulung yang berkualiti dengan mengabungkan bakat seni terkemuka tanahair. Krishna percaya kejayaan sesebuah karya terletak pada kerja berpasukan antara artis, tenaga kreatif dan teknikal untuk merealisasi dan menyatukan imaginasi masing-masing berdasarkan naskah skrip sulung yang telah dinukil oleh Shida Zali.

Penerbitnya, Saudara G. Ravindran adalah seorang peminat filem pelbagai genre, sedar dengan masalah yang dihadapi oleh pasaran filem tempatan sekarang di mana banyak filem tidak begitu mendapat sambutan yang dijangkakan. Beliau merasakan keperluan suatu formula baru yang dapat menghiburkan penonton dicuba pakai dalam penghasilan filem ini bagi mengembalikan keyakinan penonton ke pawagam.

Dengan kos penerbitan sebanyak RM1.5 juta, Warna Cinta Impian membariskan pelakon hebat tanahair seperti Awie, Erra Fazira, Azlee Khairi, Nelydia Senrose, Syiqin Kamal di samping memperkenalkan seorang pelakon baru dari Singapura, Erwin Shah Dawson. Sinematorafi dipertanggungjawabkan kepada Khalid Zakaria (Ombak Rindu, Sejoli & Jogho), musik oleh Zaidi Abd Rahman manakala lagu tema OST filem ini, ‘Kau Masih Mawar Merah’ telah dinyanyikan oleh Ronnie Hyperact.

Penggambaran akan dijalankan sekitar 30 hari dengan lokasi utama di Malaysia, Rajasthan India dan Australia. Filem romantik Warna Cinta Impian sentuhan N. S. Krishna diharapkan mampu menarik perhatian peminat filem tempatan khasnya dan pasaran serantau umumnya.

 

Senarai Nama Pelakon-Pelakon.

1)      DIANA ALLISYA – Shiqin Kamal

2)      DANIEL ZAKARIA – Erwin Shah Dawson

3)      MAYA – Nelydia Senrose

4)      IZZUE – Azlee Khairi

5)      AWIE – Awie

6)      ERRA FAZIRA – Wati

 

SINOPSIS ‘WARNA CINTA IMPIAN’

Tiga cinta yang kecundang dan sebuah perkahwinan yang perlu diselamatkan

 

Kisah percintaan dan konflik kehidupan dunia moden yang berkisar di antara Daniel seorang arkitek dan Diana seorang peguam menjadi nadi penceritaan. Perkahwinan Daniel dan Diana telah diatur oleh keluarga dan bukan atas dasar percintaan. Mereka cuba untuk menyemai rasa cinta dalam rumahtangga tetapi keegoan dan kegagalan percintaan silam masing-masing menimbulkan pelbagai konflik dalam kehidupan mereka. Ketegangan baru pula bermula dengan kemunculan Erra, kakak angkat Daniel dari luar negara yang mengamit kenangan silam cintanya bersama Awie yang kecundang lebih 2 dekad dahulu. Kebetulan pula Awie adalah abang kepada Diana. Erra dan Awie akhirnya mengenepikan duka lama demi menyelamatkan perkahwinan Daniel dan Diana. Mampukah mereka menyelamatkan rumahtangga pasangan muda ini? Apakah keegoan Daniel dan Diana akan luntur dengan sisa-sisa cinta yang masih tinggal? Mampukah cinta berputik kembali selepas kekecewaan cinta pertama?


Spread the love

One comment on “(HIBURAN) ‘WARNA CINTA IMPIAN’ satukan kembali Awie & Erra di layar perak

  1. TRIPTI DASH says:

    want to watch

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *