(HIBURAN) ZULIN AZIZ – “TERBIAR”

Farah Azleenda Abd Aziz atau lebih dikenali sebagai Zulin Aziz merupakan seorang pelakon, pengacara, penyampai radio dan juga seorang komedian wanita yang tidak asing lagi di dalam industri seni tanah air. Beliau memulakan kariernya sebagai anak seni dengan mencuba nasib di dalam salah sebuah program realiti televisyen terbitan Suhan Movies iaitu ‘Pilih Kasih’ pada tahun 2009 dan  berjaya menjadi salah seorang finalis. Justeru beliau meneruskan bakat lakonannya di dalam beberapa drama dan filem di antaranya ialah Penanggal, Joyah Vs Bedah, Misiku Kuza, Lagenda Budak Setan, Suamiku Mr Perfect, dan banyak lagi. Setelah mengorak langkah dalam bidang lakonan beliau diundang untuk menjadi   pengacara untuk program yang berprestij seperti Melodi pada tahun 2015, Anugerah Lawak Warna, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2014.

Untuk menjadi seorang anak seni yang serba boleh beliau ingin terus mencabar dirinya dengan menjadi seorang komedian dimana beliau telah menyertai program Liga Lawak Superstar TV3 dan dinobatkan sebagai Naib Juara. Beliau juga menyertai program Juara Parodi 2015 terbitan Astro, di mana  program ini  menggabungkan  penyanyi dan pelawak popular tanahair untuk berentap di pentas dengan konsep gabungan nyanyian dan komedi.

Atas pencapaian beliau sebagai seorang anak seni serba boleh maka  Zulin telah tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPH) 2014 untuk tiga kategori iaitu pelawak wanita popular, pengacara wanita popular dan artis baru wanita popular.

Bakat Zulin tidak berakhir di situ….KINI…beliau memperluaskan bakat sedia ada di dalam  bidang nyanyian pula.  Seperti ramai yang sudah sedia maklum beliau memiliki suara yang merdu apabila beliau telah memuat naik video nyanyiannya di laman sosial Instagram dengan mendapat sambutan diluar dugaan. Kini, “Terbiar” adalah single pertama Zulin yang membawa genre bossa balada. Lagu hasil ciptaan  Aiyad Sakti dan Ijoo Omar.

Khas buat peminat Zulin Aziz, lagu ‘Terbiar’ edaran Warner Music (M) Sdn. Bhd  ini boleh dimuat turun di semua digital platform iTunes, Apple Music, Spotidy, JOOX, Yonder dan KKBox.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *