(HIBURAN) Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Anjuran Maju Junction Mall & Warner Music

4 Ogos 2012 – Maju Junction Mall dan Warner Music berkerjasama berkongsi kegembiraan Ramadhan ini bersama – sama dengan 50 anak-anak yatim dan asnaf dari Rumah Amal Ummul Qura di majlis berbuka puasa yang bertempat dia concourse area Maju Junction Mall. Semua hadirin dan pengunjung dihiburkan oleh 2 artis Warner Music iaitu Kumpulan Firdaus dan penyanyi Asmidar. Mr Albert Khoo, Pengurus Besar ASM Properties mewakili pihak Maju Junction Mall berbesar hati menyumbangkan sumbangan tunai kepada  Rumah Amal Ummul Qura serta sumbangan duit raya kepada semua anak-anak yatim dan golongan asnaf yang hadir pada majlis itu. Majlis ini diakhiri dengan majlis berbuka puasa bersama-sama artis warner music dan juga pihak media disertai kesemua penerima-penerima sumbangan di Pizza Hut Maju Junction Mall. Bersempena bulan Ramadhan ini juga pihak Maju Junction Mall melaksanakan kempen jualan Ramadhan yang bermula 1 Julai sehingga 18 Ogos 2012 dimana lebih 58 booth perniagaan disediakan dan menawarkan barisan keperluan Hari Raya seperti pakaian, barangan kraft, aksessori serta barisan kek dan biskut perayaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *