(SEMASA) AMAXMALL UMUM 4 RAKAN KERJASAMA STRATEGIK  – Inisiatif terkini perkasa sektor e-dagang PKS dan usahawan mikro

Spread the love

KUALA LUMPUR, 24 Mei 2017: amaxmall.com (amaxMALL) hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), PEMANDU Associates Sdn. Bhd. (PEMANDU), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Melalui kerjasama strategik tersebut, ia menjadikan amaxMALL sebagai platform e-dagang yang dipercayai, lengkap dan peneraju dalam memasarkan jenama generasi baru rentas sempadan.

“Inisiatif terbaharu ini disasar mengiktiraf amaxMALL sebagai platform e-dagang pilihan usahawan mikro, jenama tempatan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sekaligus membolehkan produk mereka dipasarkan secara meluas,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Asiaspace Sdn. Bhd., Datin Dr. Nik Sarina Hashim.

Dr. Nik Sarina berkata, platform kondusif seperti amaxMALL menggalakkan perniagaan tradisional, terutama PKS dan usahawan mikro beralih ke bidang e-dagang bagi mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab digital. Beliau berkata demikian dalam majlis memperkenalkan wajah baharu laman sesawang amaxMALL di ibu negara, hari ini.

Yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri) KPDNKK, Dato Basaruddin Sadali dan Pengerusi Asiaspace Sdn. Bhd., Datuk Abdul Ghani Abdullah.

Dalam majlis tersebut, amaxMALL yang dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Asiaspace Sdn. Bhd. turut menyaksikan transformasi dari laman pasaran atas talian (online marketplace) ke platform e-dagang (e-commerce platform).

“Kami di amaxMALL akan sentiasa membantu para usahawan tempatan untuk mengembang e-dagang di Malaysia dengan menawarkan iklim e-dagang yang lebih baik dan latihan intensif kepada mereka selain pemasaran gerila menerusi platform digital,” kata Dr. Nik Sarina.

Dengan lebih 700 vendor berdaftar, amaxMALL menawarkan 6 kategori iaitu fesyen, teknologi, makanan, keibuan, kecantikan dan keperluan rumah untuk penghantaran ke seluruh negara. Bagi meningkatkan mutu dan kecekapan penghantaran produk kepada pelanggan, amaxMALL juga menubuhkan saluran penghantaran khas yang dikenali sebagai amaxtapau.

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *