(SEMASA) Astro Lakar Sejarah Dunia di Sabah

Spread the love

Astro Kasih with new GWR title1GMO

Kota Kinabalu, 13th April, 2013 – Astro telah berjaya mencipta rekod baru untuk pembersihan dasar laut terpanjang dalam GUINNESS WORLD RECORDS™ apabila seramai 134 penyelam sukarelawan Astro Kasih berjaya menyempurnakan selaman untuk membersihkan dasar laut selama lebih 168 jam secara berterusan, di 14 lokasi selaman meliputi kawasan sekitar Tunku Abdul Rahman Marine Park, Kota Kinabalu, Sabah bermula 6 hingga 13 April 2013.

Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah yang mewakili Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah bersama Tun Zaki Tun Azmi, Pengerusi Astro hari ini menyaksikan upacara penyerahan sijil GUINNESS WORLD RECORDS™ untuk pembersihan dasar laut terpanjang yang disampaikan oleh Kirsty Bennet, Pengadil Guinness World Records™ kepada Dato Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro. Majlis tersebut turut dihadiri oleh para penyelam sukarelawan tempatan dan antarabangsa yang menyertai percubaan ini.

Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah berkata “Saya ingin merakamkan ucapan setingi-tinggi tahniah kepada Astro kerana mewujudkan satu lagi inisiatif yang patut dijadikan contoh di bawah payung tanggungjawab sosial korporat, Astro Kasih. Astro telah memainkan peranan yang aktif dalam melahirkan kesedaran untuk mengekalkan keindahan Malaysia melalui pemuliharaan marin. Saya juga ingin menyeru supaya lebih banyak syarikat-syarikat di Malaysia memainkan peranan yang lebih besar dalam proses pemuliharaan ini kerana kita hanya dapat mewariskan negara yang indah ini kepada generasi akan datang melalui usaha kolektif kita”. 

 

Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata “Seperti yang kita tahu, Sabah terkenal dengan habitat semulajadi yang kaya lagi unik. Oleh itu, penting untuk kita semua bekerjasama, berganding bahu bagi mempromosikan eko-pelancongan di kalangan rakyat Malaysia dan komuniti antarabangsa, agar kita dapat membina persekitaran bersih, lestari dan sihat yang bebas daripada sebarang pencemaran”.

 

Tun Zaki Tun Azmi, Pengerusi Astro turut menambah, “Pencapaian pembersihan dasar laut selama lebih 168 jam yang diukir pada hari ini adalah sesuatu yang dapat dibanggakan oleh semua. Saya dapat melihat bahawa harapan dan impian pemuliharaan marin serta kebersihan alam sekitar merupakan aspirasi yang memberikan dorongan kepada setiap penyelam yang

 

 

berada di sini bersama kita. Terima kasih kepada 134 penyelam yang komited dalam usaha pemuliharaan marin, kerana andalah Malaysia dan rakyat negara ini dapat meraikan catatan GUINNESS WORLD RECORDS™ untuk pembersihan dasar laut terpanjang pada hari ini”.

Dato Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro berkata, “Atas perpaduan, semangat Malaysia Boleh dan komitmen kita untuk menuju ke arah Beautiful Malaysia, kita bukan sahaja berjaya meletakkan nama dalam GUINNESS WORLD RECORDS™ untuk pembersihan dasar laut terpanjang, tetapi juga telah berjaya meningkatkan kesedaran untuk memelihara keindahan khazanah alam semulajadi Malaysia yang akan diwariskan kepada anak-anak kita. Yang paling penting juga, kita telah menjalin hubungan persahabatan baru yang cukup akrab.”

Kirsty Bennet, Pengadil GUINNESS WORLD RECORDS™ menyebut, “Bagi pihak GUINNESS WORLD RECORDS™, dengan sukacita saya mengumumkan bahawa Astro Kasih dan pasukan penyelam sukarelawannya telah mencatatkan rekod dunia baharu untuk pembersihan dasar laut terpanjang. Sebagai sebahagian daripada projek Beautiful Malaysia, pencapaian ini menegaskan komitmen Astro Kasih untuk menambah kesedaran dan menggalakkan penglibatan secara langsung dalam pemuliharaan marin.”

Para penyelam sukarelawan Astro Kasih dari Malaysia serta Perancis, Australia, New Zealand, United Kingdom, Amerika Syarikat, Lithuania, Switzerland, Hong Kong dan Belanda telah berjaya membuat sebanyak 1120 selaman di 224 lokasi selaman meliputi kawasan sekitar Tunku Abdul Rahman Marine Park. Para penyelam sukarelawan Astro Kasih ini juga telah mengumpulkan sebanyak 3 tan serpihan marin termasuklah botol dan beg plastik, tali pancing, jala, tin kosong dan tayar.

“Setelah selama 30 tahun berpengalaman menyelam, saya akui ini merupakan pengalaman yang paling memuaskan, terutamanya menyelam di tengah malam dalam cuaca ribut dan laut bergelora. Sebagai jurulatih selam yang menghabiskan kebanyakan masa di laut, saya gembira kerana dapat menjalankan peranan saya untuk alam sekitar. Tahniah Astro atas kejayaan ini” ujar Kapten Kumaran Balakrishnan.

Kakitangan Astro, Izamuddin bin Abdul Rahman turut berkongsi pengalamannya “Sebagai sebahagian daripada keluarga Astro, saya amat berbangga kerana dapat mengambil bahagian dalam inisiatif Astro Kasih ini. Pengalaman menyempurnakan selaman dan menjadi sebahagian daripada usaha ini amat berharga dan sama sekali tidak dapat dilupakan. Saya juga gembira dapat bertemu sera berkongsi pengalaman dengan penyelam tempatan dan antarabangsa lain”.

Sempena program ini juga, Astro Radio telah menjadi penyiar radio pertama yang bersiaran secara langsung dari dasar laut, dan baru-baru ini hitz.fm bersama dua orang penyampainya dari Sabah sempat berkongsi pengalaman mereka dan melaporkan keadaan semasa percubaan selaman mereka kepada para pendengar.


 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *