(SEMASA) BAJET 2014 – Rancangan istimewa selama 1 jam

Spread the love

Mock-Run - 2014 Budget (ntv7 team)

Bajet 2014 yang bakal dibentangkan di Parlimen pada 25 Oktober ini pastinya bakal ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Bagi memastikan para penonton dilengkapkan dengan pemahaman serta perkembangan terkini, saluran pilihan ramai, ntv7 akan membawakan rancangan diskusi khas SECARA LANGSUNG selama satu jam sebelum dan selepas pembentangan Bajet 2014 itu nanti.

Buat pertama kalinya dalam sejarah rancangan bajet ntv7, stesen itu bakal menggunakan elemen imej janaan komputer interaktif menerusi teknologi “Augmented Reality” yang pastinya memberi penonton pengalaman yang menarik dalam data-data yang akan dipersembahkan secara maya.

Sementara itu, menyandang tugas sebagai pengacara rancangan itu adalah Amy Ghani yang pertama kalinya bersiaran menerusi rancangan tersebut. Beliau merupakan graduan lepasan Ekonomi dan Strategi Perniagaan dari University of Rochester, New York dan bakal mengendalikan rancangan itu pada sesi 3.30petang – 4.00petang dan 5.30petang – 6.00 petang. Pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula dijangkakan pada jam 4.00 petang hingga 5.30 petang.

 “Menerusi rancangan ini, kami berharap sesiapa sahaja yang menontonnya bakal memahami dengan lebih jelas tentang Bajet Malaysia 2014 kerana kami juga akan membuat imbasan ringkas tentang belanjawan tahun lalu serta yang bakal dibentangkan nanti,” kata Penerbit Eksekutifnya serta Penyampai Berita, Praevitriana Yuliawiratman yang bakal menerbitkan rancangan itu nanti.

“Dengan latar belakang ekonomi, Amy Ghani pastinya mampu memberikan penyampaian yang baik dengan pengalamannya yang luas dalam bidang berkaitan di samping memberikan perspektif dari sudut pandangan belia,” tambah Praevitriana.

Amy akan diberikan tugas untuk memberikan pandangan secara 360 darjah mengenai fiskal dan lanskap ekonomi Malaysia dalam sesi pertama rancangan itu. Ini juga merangkumi perbincangan mengenai maklum balas dan idea tambahan yang diberikan rakyat Malaysia mengenai bajet tahun hadapan yang diperolehi menerusi laman sesawang #Bajet2014 (www.1malaysia.com.my/bajet2014).

Manakala sesi pasca Bajet 2014 akan menyaksikan Amy Ghani mengemudi perbincangan khas bersama tiga panel jemputan. Sesi ini akan membincangkan bajet yang telah dibentangkan serta apakah kesan dan maknanya terhadap rakyat Malaysia.

“Mengacara rancangan ini bakal memberikan saya peluang untuk berkomunikasi dengan pelbagai lapisan penonton dalam mendidik mereka berkaitan bidang kewangan dan ekonomi serta menyemai perasaan minat dalam lapangan ini di mana saya rasa masih kurang rakyat Malaysia yang mendalaminya,” kata Amy Ghani yang juga berkerja sebagai ahli ekonomi bersekutu di salah sebuah bank tempatan.

 “Saya amat berharap rancangan ini nanti berjaya memberi pemahaman yang sewajarnya kepada masyarakat serta merapatkan jurang terhadap pengetahuan pembangunan ekonomi dan kewangan mereka,” tambah Amy.

Tiga panelis jemputan untuk rancangan itu adalah Ng Yeen Seen, Naib Presiden Kanan Institut Strategik & Kepimpinan Asia (ASLI) yang juga Pengarah Centre for Public Policy Studies (CPPS), Dr. Veerinderjeet Singh, Pengerusi Taxand Malaysia Sdn Bhd, dan Ahmad Zakie Ahmad Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif Federation of Investment Managers Malaysia.

Pastikan anda bersama ntv7 sebagai satu-satunya saluran Media Prima yang berbahasa Inggeris untuk Bajet 2014 – selama sejam sebelum dan selepas pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri, Datuk seri Najib Tun Razak pada 25 Oktober 2013 jam 3.30petang – 6.00 petang.

Untuk maklumat lanjut layari www.ntv7.com.my atau ikuti perkembangan kami menerusi akaun Facebook dan Twitter ntv7.

MASA

BLOK

3.30 – 4.00 petang Pre-talkshow (Siaran Langsung dari Sri Pentas)
4.00 – 5.30 petang Pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri Malaysia (siaran langsung dari Parlimen)
5.30 – 6.00 petang Post-talkshow (Siaran Langsung dari Sri Pentas)

###


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *