(SEMASA) Best in the World di Asian Food Channel (AFC)

Spread the love

Best in the World 2

Rancangan terbitan Primeworks Studios, Best in the World, telah menerima tayangan perdananya di Asian Food Channel (AFC) di Saluran Astro 703 semalam pada pukul 9 malam, menyertai barisan rancangan bulan Mei yang menarik  di saluran makanan dan gaya hidup ini. Travelog berunsur  makanan  ini memaparkan misi  hos  Razif  Hashim  untuk mencari hidangan-hidangan  terbaik di seluruh negara. Setiap episod  menyajikan paparan  hidangan-hidangan lazat di pelbagai destinasi makanan termasuk Kuala Lumpur, Melaka, Pulau Pinang dan Kelantan. 

Best in the World

Dari gerai-gerai mi terkenal ke kafe-kafe  unik,  rancangan  Best in the World  penuh dengan detik-detik manis  yang pasti akan menarik perhatian penonton-penonton  saluran AFC. Dalam  salah sebuah episod  yang meraikan makanan jalanan terbaik, Razif mencuba chapati segar di MKP Kelana Chapati Corner, bersarapan pagi di Om Shakti Chelo di Bangsar, dan kemudian jatuh hati kepada burger sajian The Burger Shop. Rancangan  Best in the World  ini juga menujukan sebuah episod khas untuk penonton-penontonnya melalui episod  People’s Special, di mana Razif dibawa ke tempat-tempat makan yang dicadangkan oleh peminat-peminat rancangan ini. Episod ini melihat Razif dibawa ke Bawang Merah di Subang untuk mencuba Mee Soto dan Rendang. Selepas itu, seorang peniaga burger pula membawa Razif ke kedai burger yang lain untuk  menjamahciptaan-ciptaan burger yang disukai ramai. Di bulan Mei ini,  Best in the World  akan bersiaran  bersama  beberapa rancangan produksi Primeworks Studios  lain  yang turut  disiarkan  di AFC, iaitu  5 Rencah 5 Rasa  dan  Makan Angin.  5 Rencah 5 Rasa  kini  dalam musim keduanya di saluran ini  dan memberi tumpuan kepada resipi-resipi menarik yang diilhamkan oleh rempah ratus Malaysia. Sementara itu,Makan Angin  meneroka destinasi-destinasi kurang dijelajahi dan mencari hidangan-hidangan menarik di setiap lokasi. “Kami bersyukur kerana satu lagi hasil produksi kami telah dipilih untuk ditayangkan di saluran makanan yang terkenal ini. Kami faham bahawa AFC mempunyai komitmen yang tinggi untuk menyiarkan rancangan makanan dan gaya hidup yang terbaik di rantau Asia dan juga di seluruh dunia, dan ini jelas melalui rancangan-rancangan berkualiti tinggi pilihansaluran ini. Sejajar dengan ini, kami amat berbesar hati untuk melihat rancangan Best in theWorld disertakan dalam barisan rancangan-rancangan makanan terbaik. Kami berharapjuga rancangan ini akan meningkatkan pengetahuan penonton-penonton saluran AFC mengenai makanan-makan menarik di Malaysia,”  Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, berkata. Best in the World telah mula bersiaran di AFC semalam, 9 Mei 2013. Saksikan rancangan ini pada pukul 9 malam setiap Khamis di Saluran Astro 703.  Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan-rancangan Primeworks Studios yang bersiaran di AFC, sila layari www.asianfoodchannel.com.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *