(SEMASA) BMW Group Malaysia dan Safe ‘n Sound menyampaikan 90 kerusi keselamatan kanak-kanak bersubsidi penuh kepada keluarga B40 menerusi Program Subsidi NEXTStep.

Spread the love

Cyberjaya, 8 Ogos 2022 – Program Subsidi NEXTStep telah diperkenalkan pada bulan Mei 2022, atas sebahagian daripada inisiatif BMW Safety 360° yang masih sedang dijalankan, ia bermatlamat untuk memberi tumpuan terhadap kepentingan keselamatan jalan raya bagi kanak-kanak dengan menjadikan kerusi keselamatan kanak-kanak lebih mudah untuk diakses bagi isi rumah berpendapatan rendah.  Sejumlah 90 kerusi keselamatan kanak-kanak telah disubsidi sepenuhnya buat para keluarga dalam komuniti B40 menerusi dana yang dikumpul oleh BMW Group Financial Services Malaysia sepanjang tahun lalu.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Sambutan memberangsangkan yang kami telah terima untuk program subsidi ini menonjolkan keperluan segera untuk meluaskan akses ke atas kerusi keselamatan kanak-kanak buat warga umum, terutamanya golongan berpendapatan rendah. Kami berhasrat untuk terus memperjuangkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kalangan keluarga di Malaysia, sambil meningkatkan kesedaran serta menggalakkan ibu bapa untuk mengambil langkah dalam menjamin tahap keselamatan yang tertinggi buat anak-anak mereka semasa memandu.”

Matthias Schlesiger, Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Financial Services Malaysia turut menyatakan, “Kami berbesar hati kerana dapat menyokong Program Subsidi NEXTStep menggunakan dana yang kami telah kumpul melalui salah satu inisiatif kami. Bagi setiap kontrak pembiayaan yang ditandatangani untuk kenderaan berelektrik BMW atau MINI, RM100 telah dikumpul lalu disalurkan kepada usaha yang dekat dengan hati kami ini. Berlatarkan detik yang mencabar, kami ingin membantu meringankan beban keluarga yang sedang bergelut, terutamanya ibu bapa baharu, agar keselamatan anak-anak mereka dapat dipelihara dari hari pertama.”

May Hwong, Pengarah Urusan SNS Products Sdn Bhd berkata, “Ia adalah diwajibkan bagi setiap penumpang kenderaan untuk menggunakan tali pinggang keledar, tetapi kita perlu menitik berat bahawa kanak-kanak berusia 12 tahun di bawah perlu menngunakan kerusi keselamatan kanak-kanak yang sesuai kerana mereka mungkin tidak mencapai ketinggian untuk mengguna tali pinggang keledar. Keselamatan kanak-kanak harus menjadi keutamaan setiap ibu bapa dan kami berharap program susbsidi ini dapat memudahkan ibu bapa untuk memastikannya.”

Mereka yang bakal menimang cahaya mata serta para keluarga yang memiliki anak dengan berat 36kg ke bawah, dan dengan pendapatan isi rumah bulanan bawah RM 3,500, layak memohon untuk mendapatkan kerusi keselamatan bersubsidi tersebut di bawah Program Subsidi NEXTStep. Lebih daripada 900 pendaftaran telah diterima sepanjang tempoh permohonan tersebut dibuka, sekali gus membuktikan betapa pentingnya keperluan akses ke atas kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah.

Program Subsidi NEXTStep telah disimpulkan dengan majlis penyerahan khas dianjurkan menerusi kerjasama dengan Safe ‘n Sound bagi mengagihkan kerusi keselamatan bersubsidi tersebut kepada ibu bapa yang terpilih di kawasan Lembah Klang. Majlis ini telah berfungsi untuk membekalkan ilmu kepada para penerima mengenai cara pemasangan dan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak mereka secara efektif. Demonstrasi turut dijalankan oleh sekumpulan Pengajar Keselamatan Penumpang Kanak-Kanak (COSI) daripada Safe ‘n Sound. Sejumlah 12 kerusi keselamatan kanak-kanak telah diserahkan semasa acara tersebut, dan bilangan yang berbaki telah diserahkan kepada ibu bapa yang menetap di dalam dan di luar kawasan Lembah Klang.

Kerusi keselamatan kanak-kanak bersubsidi penuh yang dibekalkan kepada para keluarga ini, atas sebahagian daripada Program Subsidi NEXTStep, meliputi model-model seperti snskidz Ace (Infant Carrier) snskidz sport (Convertible Seat), snskidz Whizz (ISOFIX Seat), snskidz Proto (Combination Booster) dan mifold (Booster Seat), yang masing-masing lazimnya disediakan pada harga runcit bernilai RM 199, RM279, RM 499, RM 399, dan RM199.

BMW Group Malaysia memulakan Program subsidi yang pertama melalui inisiatif BMW Safety 360° pada 2019 yang mendapat sambutan yang menggalakkan dengan lebih 25,000 pendaftaran. Sehingga kini, lebih 400 keluarga telah menerima kerusi keselamatan kanak-kanak bersubsidi, termasuk penerima Program Subsidi NEXTStep.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *