(SEMASA) Brother International Meneruskan Kuasa Inovasi Sempena Sambutan 105 Tahun Di Pasaran

BrotherAirScouter2GMO

Bermula pada tahun 1908 yang kaya dengan sejarah, Brother International telah berkembang daripada permulaan yang rendah kepada sebuah syarikat multinasional yang pelbagai. Walaupun teknologi dan aktiviti perniagaan telah berkembang mengikut peredaran masa, asas kepimpinan yang kukuh dan kebolehan menggunakan kuasa inovasi terus kekal sepanjang sejarah penubuhan Brother.

Cabaran bertukar menjadi peluang untuk pengeluar utama mesin pencetak, Multi-Function Centres (MFCs), mesin faks, mesin pencetak label, mesin jahit dari jepun dan telah berkembang ke satu cabang yang baru.

Di saat kebanyakan syarikat bergelut ketika pasaran tidak menentu seperti zaman kegawatan dan kemelesitan ekonomi, Brother International telah mencapai pembangunan dan berinovasi secara maju ketika zaman ekonomi yang mencabar.

Walaupun syarikat cenderung kearah konservatif, ia telah berkembang secara stabil sejak 105 tahun, terkenal dalam mengeluarkan produk inovasi dan kepuasan pelanggan, ia terus berkembang mengikut perdedaran masa melalui pendekatan ‘Pelanggan Diutamakan’ dan kebolehan untuk kekal dihadapan dalam inovasi.

Kini, syarikat telah menghasilkan dan menjual kelengkapan di lebih 40 buah negara, dengan lebih 31,000 pekerja.

Piagam Brother Global selari dengan visi syarikat untuk gelombang pembangunan yang ke-3 termasuk ‘komitmen kepada kualiti’, ‘pelanggan diutamakan’, dan ‘prihatin kepada alam sekitar’.

Menurut Ichiro Sasaki, Pegawai Eksekutif Servis Urusan dan Penyelesaian, Brother telah berinovasi sejak berdekad untuk sentiasa mengikut langkah dengan peredaran masa dan tidak gentar kepada risiko kerana ia terus mengembangkan portfolio produknya.

“Brother mensasarkan untuk jenama yang berevolusi, bermakna kami akan berubah kehadapan mengikut kehendak pelanggan, dan kami akan menginovasikan produk kami supaya mereka setanding dengan perubahan penggunaan, cara hidup dan cara kolaborasi bisnes, dengan komitmen untuk mencipta dan menyampaikan nilai yang unggul kepada pelanggan melalui produk dan servis yang berkualiti tinggi,” berkata En. Sasaki.

“Memahami bagaimana Brother berupaya untuk kekal kehadapan memerlukan pemahamam tentang sejarah syarikat, kerana kami membina setiap gelombang kejayaan melalui inovasi,” En. Sasaki menerangkan.

Pada Permulaan

Kanekichi Yasui, menanam benih masa hadapan yang gemilang dengan menjual dan membaiki melalui Syarikat Yasui Sewing Machine pada 1908.

Masayoshi Yasui, anak sulung Kanekichi Yasui, dia mula menolong ayahnya pada umur 9 tahun dan pada umur 17 tahun dia mula berkerja sebagai  pelatih di Osaka.

Brother Terus Maju Ke Hadapan

Produk import mendominasi pasaran mesin jahit pada masa itu. Masayoshi bertekad untuk memecah dominasi tersebut dengan mencipta mesin jahit dari Jepun yang mampu memenuhi kehendak pasaran domestic dan juga boleh dieksport.

Kepercayaan bahawa ketiadaan kelengkapan produksi dan teknologi pemprosesan yang canggih menjadikan ia mustahil untuk mencipta mesin jahit di Jepun. Masayoshi bertindak untuk membuktikan bahawa pasaran adalah salah dan menjalankan kajian mengenai pembuatan mesin jahit.

Kajian mesin jahit berbaloi apabila Jitsuichi Yasui, adik Masayoshi dan pengasas bersama Brother, berjaya mencipta ‘shuttle hook’, komponen asas mesin jahit.

“Pada 1932, adik beradik Yasui telah berjaya memperkenalkan mesin jahit pertama dibuat sepenuhnya di Jepun untuk kegunaan domestic sebelum dieksport keluar negara. Mereka berjaya mengatasi cabaran ketika dunia mengalami zaman kemelesitan global dikenali sebagai  ‘Great Depression’,” kata En. Sasaki.

‘Brother’, bukan ‘Sister’

Menariknya, ‘Brother’ bukan nama pertama yang dipilih oleh adik beradik Yasui ketika menamakan jenama mereka. Pada mulanya, mereka memilih ‘Sister’ kerana majority pengguna mesin jahit adalah wanita, tetapi nama tersebut telah didaftarkan sebagai jenama mesin jahit untuk syarikat lain,” En. Sasaki menambah, syarikat mungkin berkembang dalam arah yang berlainan menggunakan nama yang berlainan.

Mengambil inspirasi daripada ikatan kekeluargaan mereka yang utuh, pengasas Jitsuichi dan Masayoshi Yasui mengambil keputusan menggunakan nama ‘Brother’.

Pada 1933, syarikat membina kilang baru di kawasan Ward Mizuho, Bandar Nagoya, untuk pengeluaran mesin jahit besar-besaran. Mengambil langkah seterusnya menuju pengeluaran besar-besaran, kedai mesin jahit adik-beradik Yasui dibubarkan untuk membolehkan syarikat mereka diperbadankan dibawah nama Nippon Sewing Machine Manufacturing Co., yang kemudian mula mengeluarkan mesin jahit untuk kegunaan industri pada 1936.

Pada 1941, Brother Sales Ltd ditubuhkan untuk membangunkan rangkaian penjualan di Jepun.

“Inovasi selalu di hati Brother. Menggunakan teknologi yang telah dicipta melalui pengeluaran mesin jahit, Brother mula berkembang ke bidang bisnes yang lain seperti mesin mengait dan peralatan elektrik rumah, dan menjalankan eksperimen terhadap barangan elektronik. Malah kami mempunyai basikal Brother,” En. Sasaki menceritakan.

Permulaan Sebagai Jenama Global

Pada 1947, atas permintaan kerajaan Jepun, Brother mengeksport 200 mesin jahit ke Shanghai. Ia adalah langkah pertama dalam membangunkan industri mesin jahit tempatan ke arah industry berasaskan eksport, yang telah menjadi matlamat syarikat sejak ia ditubuhkan.

Pada 1954, dalam usaha untuk meningkatkan eksport, Brother International Corporation telah ditubuhan sebagai syarikat pengeksportan. Dengan penubuhan asas penjualan di New York pada 1954 dan asas produksi Eropah pertama mereka di Ireland pada 1958, Brother secara aktif mempromosikan pengantarabangsaan lebih maju dari syarikat Jepun yang lain.

“Menjadi sebuah syarikat global sentiasa menjadi visi pengasas syarikat Brother dan mereka berjaya melihat ia berjaya ketika mereka masih hidup,” En. Sasaki berkongsi.

Daripada Mesin Jahit ke Mesin Taip

Pada 1950 an, syarikat pantas melihat potensi dalam produk mesin taip sebagai alatan pejabat yang penting. Kumpulan kejuruteraan Brother mencipta model kos murah yang lebih berkualiti dan tahan lama berbanding yang dipasarkan oleh pesaing mereka.

Mesin Taip Brother kemudian di eksport ke U.S, dan tidak lama kemudian mereka mendapat reputasi untuk kualiti tinggi, ia menjadi titik permulaan kearah bidang kelengkapan informasi dan komunikasi.

Pada 1961, bangunan ibu pejabat telah siap dibina di Jepun, dan pada 1962 nama korporat ditukar daripada Nippon Sewing Machine Manufacturing Co. kepada Brother Industries Ltd untuk menggambarkan pembangunan produk yang stabil yang dihasilkan oleh syarikat.

Ketika Sukan Olimpik Tokyo 1964, Brother menyediakan 300 mesin taip untuk wartawan antarabangsa dan ia telah membantu meningkatkan lagi pengiktirafan jenama Brother.

Pada tahun 1971, Brother telah mencipta mesin taip dalam lebih 20 bahasa dan mengeksportnya ke 110 buah Negara serata dunia. Selari dengan mesin jahit, mesin taip menjadi produk eskport utama syarikat.

Syarikat berinovasi sekali lagi dengan memperkenalkan mesin taip elektrik pada 1970 an. Pada 1980, Brother mencipta mesin taip elektrik (EM-1) untuk kegunaan pejabat memaparkan roda cetak daisy menggunakan motor nadi linear, dan produk tersebut mendapat reputasi yang baik. Sebagai pengedar sah Sukan Olimpik  Los Angeles 1984, Brother membekalkan 3,000 mesin taip, sekali gus mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai jenama mesin taip taip No. 1 dunia.

Brother Menawan Pejabat

Menambah teknolgi elektrik ke asas mekanikal adalah langkah semulajadi untuk Brother yang sejak dari mula telah terlibat secara aktif dalam pembangunan produk baru.

Pada 1971, Brother berjaya mencipta pencetak kelajuan tinggi dot-matrix pertama dunia, sebuah kejayaan yang dianggap sebagai asas penciptaan teknologi mesin cetak pada hari ini. Produk ini, dicipta hasil kerjasama gabungan sebuah syarikat dari U.S dan ia mendapat reputasi dari Jepun dan antarabangsa atas kelajuan tinggi yang menakjubkan berbanding mesin kontemporari pada masa itu.

Pada 1980 an, Brother International menjadi jenama global sebenar dengan pengenalan mesin cetak label dan faksimili komersial pejabat dan kegunaan rumah.

Pada masa yang sama, Brother memperkenal produk “sistem label” yang unik, menggunakan teknologi pemindahan haba yang dihasilkan melalui pengeluaran pencetak peribadi elektronik dan pemprosesan perkataan Jepun.

Pada 1987, Brother mula mengeluarkan mesin faksimili, mengukuhkan lagi posisi syarikat dalam bidang kelengkapan informasi dan komunikasi.

Pada 1992, Brother memperkenalkan Mesin Faksimili mereka yang terbaru, ‘FAX-600’ di U.S. dan ia telah memberi impak yang besar, membawa Brother ke era rangkaian dan kandungan yang sebenar.

Berikutan kejayaan tersebut, Brother menghasilkan mesin faks pelbagai fungsi dengan harga berpatutan dan prestasi tinggi. Brother menang besar bila mereka memutuskan untuk memasuki segmen pelanggan yang tidak disedari oleh pihak pesaing dan peningkatan bisnes berasaskan usahasama (SOHO) dengan pejabat kecil yang memerlukan kelengkapan pejabat yang murah.

Pada 1990 dan 2000, jenama Brother International seperti yang kita ketahui telah berkembang dengan mesin cetak pelbagai jenis dari dot matriks, ke laser, pengimbas dokumen dan image juga pusat pelbagai fungsi yang menggabungkan mesin cetak, pengimbas, fotokopi dan faks.

Pada 1995, Brother memasarkan mesin digital laser pelbagai fungsi, yang menggabungkan  fungsi mesin cetak, faks dan fotokopi dalam satu unit. Mesin bersepadu baru ini telah mempercepatkan pembangunan bisnes percetakan Brother. Brother kemudian memperkenalkan mesin pelbagai fungsi color inkjet. Hasil daripada inovasi produk tersebut, perniagaan kelengkapan informasi dan komunikasi Brother berkembang secara drastik.

“Kejayaan jenama kami dengan mesin taip membuatkan kami sedar, terdapat pasaran yang besar dalam produk pejabat, daripada syarikat besar ke operasi perseorangan. Semua syarikat memerlukan faks, cetak, salin dan imbas. Brother telah maju kehadapan dengan memperkenalkan pusat pelbagai fungsi yang boleh melakukan pelbagi fungsi seperti cetak, imbas, salin dan faks dalam 1 mesin,” terang En. Sasaki.

Bertahan Dalam Kegawatan Ekonomi

Terdapat beberapa syarikat panik ketika kegawatan, ada juga yang mengumpul kekuatan dan muncul di posisi yang lebih kukuh. Brother berada di kategori yang kedua.

“Daripada ‘Great Depression, kepada zaman peperangan dan inflasi, jenama Brother terus unggul melalui kajian dan inovasi, strategi dan pelaksanaan yang di rancang secara rapi dan pendekatan ‘Disisi anda’.

“Mesin jahit adalah gelombang inovasi pertama. Mesin taip, mesin cetak, mesin faks dan pengimbas adalah gelombang kedua dan sekarang kami sedang melihat kehadapan untuk gelombang ketiga, yang akan memaparkan sistem pengurusan dokumen, dan servis kolaborasi jarak jauh dan penyelesaian secara talian,” kata Sasaki.

Beliau menambah bahawa inovasi adalah kunci dimana syarikat menghasilkan teknologi ‘proprietary’ yang akan menjana gelombang ke-3 evolusi syarikat, untuk mencapai sasaran jualan USD10billion pada 2021, dibawah pelan visi global 21.

Penyelesaian Persidangan Web oleh Brother

Brother meneroka penyelesaian persidangan web dengan OmniJoin yang telah mula dipasarkan di Australia awal tahun ini.

“Menurut maklumat yang dikongsi oleh Kajian Wainhouse, servis persidangan web global akan mencecah USD2.5billion pada 2016, dan Brother meneroka pasaran ini” dia berkata.

Sistem ‘Cloud-based’ yang baru ini menawarkan syarikat dari pelbagai saiz, pengalaman mesyuarat secara online dengan mantap dan ciri-ciri canggih.

Inovasi teknologi OmniJoin memberi ciri  imej video yang canggih (sehingga HD) dan kualiti audio, juga dengan interface yang intuitif, untuk membantu syarikat berkumpul dengan cepat dan telah meningkatkan kolaborasi dan berpontensi menjimatkan masa dan perbelanjaan.

“Sehingga kini, pengalaman dengan persidangan web dan video selalunya mengecewakan” kata En. Sasaki. “Akibat daripada kualiti video yang tidak konsisten dan audio yang tidak selari, mesyuarat secara online tidak diterima sebagai pengganti mesyuarat secara bersemuka. Servis OmniJoin ynag baru dari Brother mengubah semua itu. Ia menawarkan kualiti video yang terbaik dan video yang selari, bersama dengan alat kolaborasi yang bagus. Akhirnya, syarikat-syarikat boleh menikmati mesyuarat online yang produktif.

Dalam mesyuarat OmniJoin, pengguna boleh berinteraksi, dan edit dokumen pada masa yang sama, dan kemudian boleh menyimpan maklumat yang di ubah untuk rujukan. Rakaman video yang selamat membantu pengguna untuk fokus kepada perbincangan, mengetahui mereka boleh memainkan ia semula. Servis OmniJoin juga menawarkan talian sokongan yang percuma.

“Walaupun ia mempunyai ciri-cri yang canggih, servis OmniJoin sangat mudah digunakan”, kata En. Sasaki. “Kami mencipta ia dibawah kawalan pengguna seperti semua produk Brother yang jelas dan intuitif. Kemudahan penggunaan yang digabungkan dengan sokongan pelanggan percuma untuk sepanjang hidup anda menjadikan perkhidmatan OmniJoin pilihan yang bijak bagi mana-mana perniagaan.

Brother Memasuki Masa Depan Dengan AirScouter

2 tahun yang lalu, Brother memperkenalkan AirScouter, paparan yang dipasang di computer dan telefon pintar yang membolehkan pengguna melihat paparan di gadget mereka. Imej kelihatan seperti ia berada dihadapn pemakainya. Teknologi ini termasuk panel yang berdefinisi tinggi, dengan cermin bias cahaya menjadikan imej kelihatan bagaikan ia dipaparkan di paparan yang lut sinar.

AiRScouter akan dipasarkan di Jepun, Amerika, dan Eropah dan syarikat sedang menambah baik produk tersebut mengikut kehendak pelanggan.

Aplikasi AirScouter termasuk sokongan pemasangan, operasi jarak jauh dan sokongan pengambilan stok.

“ Gelombang ke-3 Brother telah melalui jalan yang jauh dari mesin jahit yang kami mulakan dengan prinsip asas kekal untuk mencipta dan memberikan nilai terunggul kepada pelanggan melalui produk yang berkualiti tinggi dan servis dan sentiasa mengikut prinsip pelanggan diutamakan, prihatin terhadap alam sekitar dan inovasi dalam setiap yang dilakukan. Dan ya, kami akan terus mencapai keuntungan yang tinggi” kata En. Sasaki.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *